Lombong Bauksit Operasi Semula Di Bimbangi Ulangi Isu Bencana Planet Marikh Di Kuantan


 

KUANTAN - Debu-debu merah menyelubungi sebahagian besar daerah Kuantan pada 2014 dan 2015, sehinggakan muncul suasana seakan planet Marikh akibat perlombongan galian bauksit.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyuarakan kebimbangan bencana alam sekitar itu boleh berulang apabila perlombongan bauksit bakal beroperasi semula tidak lama lagi.
Dia berkata walaupun Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) telah dilakukan dengan cadangan mitigasi, apa yang ada di atas kertas tidak selalu menjadi kenyataan.
Dia berkata penguatkuasaan selalu menjadi isu dan boleh saja gagal.
"Saya tidak akan bersetuju seperti yang mereka (EIA) cadangkan (untuk mitigasi), kerana kami tahu kami selalu menghadapi masalah dengan penguatkuasaan. Bagaimana kita tahu kali ini ia akan menjadi lebih baik?
"Walaupun mereka berjanji dan berjanji, kita masih menghadapi masalah," katanya kepada Malaysiakini.
Fuziah berkata kejadian pencemaran masa lalu sering disebabkan oleh cadangan langkah-langkah mitigasi projek yang gagal dilaksanakan.
"Berdasarkan pengalaman masa lalu, mereka akan memasukkan sebanyak mungkin (bijih bauksit yang mereka dapat ke dalam trak).
"Sekiranya mereka mengisinya, walaupun anda mencuci tayar (lori seperti yang dicadangkan oleh EIA), ia (bijih bauksit) masih akan jatuh ke jalan," katanya.
Fuziah mendakwa pada 2015, laporan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan empat sungai Kuantan dicemari merkuri akibat perlombongan tetapi ini tidak didedahkan.
"Mereka kata akan memantau air (kolam pembendungan amang), (tetapi) bagaimana jika tiba-tiba mereka melihat kenaikan dan peningkatan logam berat?
"Bagaimana kita tahu bahawa orang-orang ini akan bertanggung jawab dan benar-benar rajin untuk memastikan persekitaran tidak terjejas," soalnya.
Tapak perlombongan yang dicadangkan adalah di Bukit Goh, sekitar 20km ke utara pusat bandar Kuantan.
Risiko terhadap loji rawatan air
-------------------------------------------------
Dia menunjukkan loji rawatan air Bukit Goh, yang terletak di Sungai Riau, berada berdekatan tapak perlombongan yang dicadangkan.
Penduduk setempat akan terkena dampak secara langsung jika air kumbahan dari kawasan perlombongan mengalir ke sungai, jelasnya.
Loji rawatan air Semambu, yang terletak berhampiran Sungai Kuantan, sumber air utama untuk lebih 700,000 penduduk di Kuantan.
Fuziah memberi amaran aktiviti perlombongan bauksit di hulu akan mencemarkan sumber air minuman untuk Kuantan.
Konflik kepentingan
--------------------------------
Fuziah mengkritik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) milik kerajaan negeri kerana menjadi pemacu utama projek perlombongan itu.
“PKNP (adalah sebahagian daripada) kerajaan negeri, penguatkuasaan juga dilakukan oleh kerajaan negeri. Tentu ada konflik kepentingan,” katanya.
Mengingat kejadian pencemaran yang berlaku enam tahun lalu, Fuziah menyifatkannya sebagai "malapetaka alam sekitar" dan "mimpi ngeri" bagi penduduk Kuantan.
Pun begitu, tidak ramai penduduk Kuantan yang tahu mengenai projek perlombongan baru itu, katanya.
Menurut Fuziah ini kerana peluang terbatas untuk menjelaskan masalah ini kepada orang ramai, seperti melalui sesi perundingan awam semasa penutupan Covid-19 yang sedang berlangsung.
"Kebimbangan saya, tidak akan ada banyak bantahan kerana orang tidak sedar dan mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan mengenainya.
"Bagaimana kita memastikan tidak akan ada satu lagi bencana lain disebalik semua janji-janji mereka," soalnya.
Sebelum ini dilaporkan moratorium perlombongan bauksit di Kuantan telah ditarik balik dan badan milik Kerajaan Negeri Pahang akan mengetuai projek perlombongan baru itu.
Laporan EIA ini dibuka untuk pameran awam bermula 22 Jun sehingga esok (21 Julai).
Orang ramai digalakkan untuk memberikan maklum balas mereka terhadap EIA projek tersebut sepanjang tempoh ini.
Kumpulan alam sekitar Save Malaysia Stop Lynas juga berkata pihaknya tidak berpuas hati kerana orang ramai tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai cadangan projek perlombongan itu.
Pengerusinya Tan Bun Teet berkata masa juga tidak cukup untuk meneliti projek tersebut dan memberi maklum balas.
"Setiap penduduk Kuantan adalah pemegang taruh, pihak kepentingan, bukan hanya penduduk Bukit Goh," katanya.
Tan mendesak Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melanjutkan tempoh pengumpulan maklum balas orang ramai.
Tinjauan yang dilakukan untuk EIA projek berkenaan mendapati 70 peratus responden tidak bersetuju dengan projek itu dan merasakan ia tidak akan bermanfaat.
Tan juga menyuarakan sentimen sama dengan Fuziah bahawa entiti kerajaan negeri tidak boleh terlibat dalam projek perlombongan kerana konflik kepentingan membabitkan agensi penguatkuasaan.
Dia mendesak JAS untuk berfikir dua kali sebelum meluluskan EIA lombong bauksit ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/fuziah-lombong-bauksit-operasi-semula.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Buat Laporan Sprm Isu Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan Tanah Di Kuantan

Aktivis Buat Laporan Sprm Isu Salah Guna Kuasa Dan Penyelewengan Tanah Di Kuantan

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 329 hits
KUANTAN Satu laporan berkaitan isu salahguna kuasa dan penyelewengan tanah telah di buat oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli di Komplek SPRM Pahang Indera Mahkota dekat sini hari ini Beliau yang tiba pada jam 10 00 pagi tadi memb...
Isu Kena Block Di Instagram Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice Video

Isu Kena Block Di Instagram Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice Video

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 442 hits
Isu Kena Block Di Instagram Pembantu Peribadi Ebit Lew Jawab Sindiran Serta Tohmahan Yang Dibuat Caprice VIDEO Sejak semalam panas apabila Caprice yang kini berada Cairo Mesir kurang gembira dengan pasukan di belakang Ustaz Ebit Lew Beliau ...
Teguran Isu Di Gaza Tak Dilayan Caprice Akhirnya Diblock Ebit Lew Di Instagram

Teguran Isu Di Gaza Tak Dilayan Caprice Akhirnya Diblock Ebit Lew Di Instagram

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 527 hits
Sejak beberapa hari ini ruangan penyanyi rap terkenal Caprice kerap memberi bayangan mengenai satu pendedahan yang akan dibuat
Caprice Tegur Ebit Lew Isu Show Off Misi Bantuan Di Palestin Akhirnya Kena Block Di Instagram

Caprice Tegur Ebit Lew Isu Show Off Misi Bantuan Di Palestin Akhirnya Kena Block Di Instagram

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 488 hits
Apa sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba tiba hubungan mereka menjadi dingin Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli 33 ...
Angkatan Pembela Rakyat Akan Buat Surat Terbuka Gesa Kerajaan Campur Tangan Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip

Angkatan Pembela Rakyat Akan Buat Surat Terbuka Gesa Kerajaan Campur Tangan Isu Penindasan Pekerja Tempatan Di Mckip

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 596 hits
KUANTAN Angkatan Pembela Rakyat hari ini bertegas akan membuat surat terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang berkaitan isu penindasan pekerja tempatan di kilang besi dan keluli Alliance Steel Sdn Bhd yang terletak di Tam...
5803 Zamsaham Kesal Isu Eka Noodles Belum Selesai Desak Egm Dibuat Bulan Depan Malakat Tribune 16 07 2021

5803 Zamsaham Kesal Isu Eka Noodles Belum Selesai Desak Egm Dibuat Bulan Depan Malakat Tribune 16 07 2021

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 486 hits
CYBERJAYA Salah seorang pemegang saham terbesar dalam syarikat bihun terkenal EKA Noodles Bhd Norizam Tukiman mendesak supaya satu mesyuarat agung luar biasa diadakan segera pada bulan depan bagi menyingkirkan pengarah sedia ada dan diganti...
Hiburan Luah Perasaan Isu Di Gaza Netizen Syak Caprice Terasa Hati Dengan Ustaz Ebit Lew

Hiburan Luah Perasaan Isu Di Gaza Netizen Syak Caprice Terasa Hati Dengan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 437 hits
Baru sahaja kelihatan akrab ketika misi di Gaza baru baru ini namun Caprice sepertinya terasa hati dengan Ustaz Ebit Lew dek beberapa luahan perasaan di laman Instagram miliknya baru baru ini BACA AdvertisementMenurut Caprice kebanyakan pen...
Ringkasan Kronologi Isu Caprice Ebit Liew Jadi Dingin Hingga Akaun Ig Caprice Kena Block

Ringkasan Kronologi Isu Caprice Ebit Liew Jadi Dingin Hingga Akaun Ig Caprice Kena Block

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 516 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Isu Pismp Apakah Kerajaan Sudah Iktiraf Uec

Isu Pismp Apakah Kerajaan Sudah Iktiraf Uec

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 304 hits
ismaweb netJangan iktiraf walau didesak UEC ancaman perpaduan nasionalBANGI 6 Zulhijjah 1442H Jumaat Sekalipun didesak kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti bertegas untuk tidak sesekali mengiktiraf Sijil Peper...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Lirik Lagu Akhirnya Kamu Bella Astillah Ft Daniesh Suffian

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter

Bubur Jagung Lemak Manis Rasa Tradisi Yang Buat Kita Rindu Dapur Mak

Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Hidup Kita Rasa Sibuk Tapi Tak Pergi Mana Mana Tukang Karut

Bolehkah Gempa Bumi Diramal

Kepentingan Pengeluaran Silaj Tempatan Rumput Napier Sebagai Kunci Kelestarian Industri Ternakan

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Gachawin 16 September Gachawin Top 92 By Collin

Westbluez 24 Westbluez Top 51 By Chau