Lomak Cili Api Itik Salai Dan Sambal Tempoyak Daun Kayu Tapau Dari Salai Valley


 Assalamualaikum...
DAH lama nak makan di Salai Valley yang bercitarasakan masakan Nismilan, tapi tak ada geng. Selalu sangat iklan Salai Valley ni lalu di wall fb Sk, tempatnya pun taklah jauh sangat dari pejabat tapi masih belum berkesempatan menerjahnya. Kalau nak ajak Pak Inche memang tak dapeklah sebab Pak Inche bukan penggemar masakan Nismilan apatah lagi masakan salai yang dimasak lomak cili api. Iman pula sibuk dengan kelas online paling susah juga nak diajak. Tapi, semalam, kawan Sk, Fidah beritahu, malam semalamnya dia dan kawan-kawan serumah (kawan Sk jugalah), makan di Salai Valley ni, terus hati SK meronta-ronta bila dengar keenakan masakannya. Kebetulan jam dah hampir pukul dua belas, terus Sk capai handbag dan handphone, masuk kereta, hidupkan enjin, gostan dan gohead ke Salai Valley yang terletak di Dataran Larkin, kahhhhhh.

Sorang-sorang pun jadik ya, Fidah dah sarapan berat, Naza pula puasa, apa ada hal, kita tapau la. Disebabkan dah biasa dan pandai masak Daging Salai, jadi SK pilih Itik Salai. Pernah dulu, kawan Sk makan Itik Salai di sebuah restoran terkenal, liat dagingnya, jadi yang ini Sk berani cuba sebab Fidah kata, daging itiknya lembut. Sk minta adik yang ambil pesanan tu pilihkan bahagian berdaging, sebab Sk memang jenis tak suka bahagian bertulang, penat nanti nak kokah, hahaha


Setiap set hidangan Masak Lemak Cili Api disertakan bersama nasi putih untuk seorang makan, ulam raja, sehiris timun, kacang pancang dan suku tomato serta sambal belacan. Sk add-on Sambal Tempoyak Daun Kayu


Dah sampai pejabat... terus buka tapauan di pantri, hihi. Banyak juga nasinya tapi kuah masak lomak tu macam tak cukup aje, maklumlah kita biasa makan kuah banjir, haha. Okey, itik salai tu memang lembut dan lunak dikunyah, masakannya menggunakan santan kelapa asli yang memang terasa cuma tak cukup kick bagi Sk sebab tak cukup pedas. Apo??? Iya, tak pedas langsung sampai SK langsung tak minum air lepas makan. Sambal tempoyak daun kayu tu bolehlah, agak pahit sikit rasanya dan ada rasa salai, macam pelik aje, takkan sayur pun salai sekali, hahah.. tapi taklah mengecewakan, cuma tak pedas.. tengah makan jumpa petai setengah biji, hahah


Dua set hidangan yang mesti dicuba jika anda ke Salai Valley, Daging Salai dan Itik Salai. Kalau bawa anak-anak jangan risau sebab ada disediakan juga hidangan ala western untuk kanak-kanak


Selain tu, ada juga Keli Salai, Ikan Patin salai, Siput Sedut dan Tolur Itik. Kalua anda nak makan Nasi Beras Perang pun ado. Eh, lempeng dengan jemput-jemput pun ada tau, untuk dicicah bersama kuah masak lomak cili api. Pandai ke makan lempeng cicah lemak cili api? Jujurnya Sk tak pandai, maklumlah kita Johorean pandai makan lempeng cicah kari atau asam pedas aje, hihi

Jadi, peminat masakan Nismilan yang tinggal di JB, bolehlah cuba masakan Nismilan di Salai Valley ni. Boleh 'Berasap Sampai Menesap' katanya. Apa menesap tu, Sk tak tahulah pulek, heheheh

Salai Valley
2, Jalan Dataran Larkin 2, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Telefon 019 2588770
Ditutup setiap hari Jumaat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/11/lemak-cili-api-itik-salai-dan-sambal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapur Fiezasani Resipi Sambal Cili Padi Ikan Bilis Yang Sedap

Dapur Fiezasani Resipi Sambal Cili Padi Ikan Bilis Yang Sedap

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 411 hits
Siapa peminat makan pedas Maksudnya kalau makan nasi tu mesti nak rasa pedas pedas Korang geng dengan k fiezz kalau gitu K fiezz pun dah jadi habit sekarang ni wajib nak ada rasa pedas tiap kali makan nasi Bukan nasi je kuew tiow ke mihun k...
Muruku Ranggup Resipi Turun Temurun Sedap Campur Kacang Tanah Daun Kari

Muruku Ranggup Resipi Turun Temurun Sedap Campur Kacang Tanah Daun Kari

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 576 hits
Muruku antara kudapan yang sedap dan disukai ramai kerana keranggupannya Kalau letak dalam balang tu sekejap je anak makan Bukan anak je yang suka kita pun sambil tengok TV sedar sedar dah habis sebalang Nak dapatkan muruku yang ranggup dan...
Bingka Pandan Lemak Manis Wangi Daun Pandan Menambahkan Kesedapannya

Bingka Pandan Lemak Manis Wangi Daun Pandan Menambahkan Kesedapannya

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 712 hits
Kuih tradisi kebanyakannya ramai yang masih suka Bagi anda yang teringin nak makan kuih bingka pandan atau kuih bakar boleh buat sendiri Tak susah pun untuk sediakan kerana semua bahan asasnya pun senang nak dapat Mungkin kalau beli tak sem...
Tragis Pukul Anak Dengan Kayu Ketika Kelas Online Bapa Ditahan

Tragis Pukul Anak Dengan Kayu Ketika Kelas Online Bapa Ditahan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 440 hits
Tragis pukul anak dengan kayu ketika kelas online bapa ditahanPolis menahan seorang lelaki disyaki memukul anak perempuannya semasa kelas online gambar hiasanKISAH tragis apabila seorang pelajar disyaki dipukul bapanya ketika kelas secara d...
Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 940 hits
Hari ni last day join contest maggi Semalam pulun lah minta tolong husband beli pes sambal tumis maggi dan rencah nak memasaknya Mula tu macam nak masak sambal udang petai Tapi sebelum tu dah makan udang Macam jemu pula Petai pun husband da...
Tanam Daun Sup Guna Biji Benih 2 Minggu Dah Tumbuh Subur

Tanam Daun Sup Guna Biji Benih 2 Minggu Dah Tumbuh Subur

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 629 hits
Daun sup merupakan antara daun yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk sup Daripada beli di pasar anda boleh sahaja tanam sendiri di rumah Cara tanamnya juga tidak susah hanya guna biji benih Dalam masa dua minggu tanaman sudah t...
Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 885 hits
Bila baca menu sambal petai tu pun dah boleh buat kecur air liur dah Betul tak kawan kawan yang suka makan petai sekalian Sejenis Fiza ni boleh makan petai bila petai tu dimasak sahaja Contohnya buat sambal petai sambal udang petai ikan bak...
Makan Lagi Di Warung Santan And Sambal

Makan Lagi Di Warung Santan And Sambal

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum SECARA jujurnya setiap kali SK singgah makan makan di mana mana jarang sekali Sk mengaku yang diri SK ni blogger Satu kepuasan rasanya bila kita sendiri dapat menterjemahkan pengalaman kita menikmati hidangan yang kita bayar...
Sambal Tumis Udang Yang Sedap

Sambal Tumis Udang Yang Sedap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 776 hits
Saya masih lagi nak kongsikan intipati dari buku Perjalanan ku bersama Al Quran Manusia sanggup menghabiskan masa dan tenaga berjam jam semata mata untuk mengejar kesenangan hidup di dunia seperti pangkat perhiasan pujian dsb Mengapa ini te...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan