Lokman Adam Ingatkan Khairy Pun Kena Fitnah


Lokman Adam membalas kenyataan sindiran Khairy terhadap Najib berkenaan punca kekalahan Umno-BN pada PRU14.
oleh Lokman Adam
Nampaknya ada yang sakit hati bila majlis santai bersama Datuk Seri Najib Razak mendapat sambutan luar biasa tadi.
Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar menempelak kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan bahawa BN kalah akibat janji-janji manis Pakatan Harapan (HARAPAN) dan fitnah mereka.
Sebaliknya, Khairy mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB, itu sahaja.
Saya tidak pasti apa masalah Khairy yang meroyan seperti orang datang bulan.
Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menuding jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi presiden Umno.
Sepatutnya, selaku bekas ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN.
Kita masuk bertanding sebagai satu pasukan, adalah sangat tidak bertanggungjawab sebagai seorang (bekas) ketua pemuda, kita menuding jari kepada (bekas) presiden parti seorang setelah kalah.
Harus diingatkan bahawa (sebelum PRU14) bukan sahaja presiden Umno dan isterinya difitnah HARAPAN, boleh dikata hampir semua menteri kabinet juga telah difitnah kecuali Datuk Seri Shabery Cheek yang terselamat daripada fitnah Pakatan Harapan.
Malah, Khairy sendiri terpalit dengan fitnah penyelewengan RM100 juta ringgit KBS, fitnah kononnya beliau mempunyai hubungan dengan Maya Karin, fitnah beliau ambil ice, fitnah pengagihan projek membina gelanggang futsal kepada kroninya, fitnah berhubung “1 Stop Visa Center” yang melibatkan seseorang yang dikatakan merupakan proksinya dan pelbagai fitnah lain yang melibatkan hubungan beliau dengan pihak Singapura.
Adakah semua fitnah-fitnah yang melibatkan dirinya ini langsung tidak mengakibatkan BN hilang walaupun 1 undi?
Sepatutnya, sebagai seorang (bekas) ketua pemuda yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi dan dikatakan bijak kerana merupakan graduan Oxford, Khairy sepatutnya mengambil pendekatan cuba memahami isu 1MDB dan GST.
Dua isu ekonomi yang sangat kompleks ini memang menyumbang kepada kecelaruan rakyat dan mengakibatkan kita kehilangan undi dalam pilihanraya lalu.
Namun, apa yang mengecewakan saya, Khairy langsung tidak melihatkan sumbangannya dalam usaha memperjelaskan dua isu ini.
Hanya beberapa individu seperti Tun Faisal Ismail Aziz dan Datuk Seri Arul Kanda Kandasamy yang membantu kami pihak Kementerian Kewangan (MOF) pada era Najib untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat.
Menuding jari memang mudah, tetapi jika Datuk Seri Najib mempunyai ketua pemuda yang proaktif dan bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menangkis fitnah pembangkang dan mempertahankan dasar dan polisi kerajaannya, sudah pasti kita akan dapat meraih lagi 33 kerusi untuk memerintah semula.
Saya masih ingat, sebaik sahaja Datuk Seri Najib mengisytihar BN telah kalah, saya telah pergi ke rumah beliau untuk memohon maaf atas kegagalan saya mempertahankan presiden saya daripada fitnah pihak musuh.
Tapi saya tidak boleh fikir, bagaimana seorang menteri kabinet dan ketua pemuda parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini (sebelum PRU14) boleh pergi ke rumah presiden pada malam kita kalah, menuntut supaya presiden meletakkan jawatan.
Adakah Khairy sudah lupa bahawa Tun Mahathir Mohamad mula marah kepada Datuk Seri Najib Razak kerana kedegilan beliau melantik Khairy, orang yang dibenci Mahathir dan pesaing Mukhriz, sebagai menteri belia dan sukan?
Kalau Datuk Seri Najib tidak ada ketua pemuda yang bebal dan gopoh seperti ini, tidak mustahil Datuk Seri Najib yang merupakan pengerusi Barisan Nasional dan merupakan parti yang memenangi kerusi paling banyak, dapat mentadbir negara ini sebagai “Care Taker Government” selama 3 bulan lagi selepas 9 Mei, 2018.
Dalam tempoh 3 bulan itu, mungkin Datuk Seri Najib sudah berjaya memujuk parti-parti lain untuk membentuk kerajaan campuran dan Khairy mungkin masih kekal sebagai menteri belia dan sukan, bukan anak kecil yang gemar berselfie di dalam tab mandi.
Jika Umno gagal menghentikan sikap menuding jari dan menanam sikap susah dan senang bersama serta kesetiaan kepada pemimpin, sampai bilapun Umno tidak akan berjaya menjadi parti yang kuat.
Itu sebabnya, bila nak pilih pemimpin, pertama kena pilih yang elok, kedua barulah pilih yang pandai.
Kalau pandai belajar sampai Universiti Oxford pun tidak ada gunanya, kalau perangai tidak elok. Jangan marah ya, kalau suka mengkritik, sekali sekala terimalah kritikan.
DATUK LOKMAN NOOR ADAM ialah Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bekas pengarah komunikasi strategik Kementerian Kewangan.
KLIK BACA: Ketuanan ‘pemimpin’ Melayu Umno yang berakhir, Syed Saddiq silap besar
KLIK BACA: “Pembunuhan Khashoggi ingatkan pada Altantuya dan Najib” – Kit Siang
KLIK BACA: Nazri sangka Tun Mahathir cuma mahu cari wang 1MDB?
MESTI BACA: Altantuya video pendedahan terbaru Deepak: Kenapa Najib bercakap seperti hakim?
KLIK BACA: Saya beri Najib, Rosmah hadiah barang kemas, kereta mewah dan hartanah – Deepak
KLIK BACA: Kenapa penyokong doa moga Najib Rosmah selamat seperti para Nabi Nuh, Musa, Isa, Ibrahim dan Muhammad SAW.
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak – Zaid Ibrahim bengong!
The post Lokman Adam ingatkan Khairy pun kena fitnah appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189838/lokman-adam-ingatkan-khairy-pun-kena-fitnah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lokman Adam Sama Cerdik Dengan Lobak Merah Kata Khairy

Lokman Adam Sama Cerdik Dengan Lobak Merah Kata Khairy

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 684 hits
Lokman Adam sama cerdik dengan lobak merah kata Khairy Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 4 Nov 2018 1 49P
Lokman Adam Kena Gelak Tak Tahu Beza Wikileaks Dan Wikipedia

Lokman Adam Kena Gelak Tak Tahu Beza Wikileaks Dan Wikipedia

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 647 hits
LOKMAN Adam antara pemimpin Umno paling agresif mengkritik pentadbiran Pakatan Harapan sejak Barisan Nasional dikalahkan kali ini jadi bahan gelak di media sosial lantaran salah satu kiriman di facebook beliau Mana tidaknya dalam kiriman it...
Kenapa Kj Sakit Hati Dengan Program Najib Tanya Lokman Adam

Kenapa Kj Sakit Hati Dengan Program Najib Tanya Lokman Adam

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 690 hits
KUALA LUMPUR Sekiranya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus menunding jari mencari kesalahan orang lain maka beliau boleh berhenti bermimpi menjadi Presiden Umno Itu pandangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor A...
Khairy Baik Lokman Doa Saya Tak Jadi Presiden Umno Kamu Akan Dipecat

Khairy Baik Lokman Doa Saya Tak Jadi Presiden Umno Kamu Akan Dipecat

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 344 hits
Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berbalas balas kenyataan berpunca dari isu Datuk Seri Najib Tun Razak Khairy Jamaluddin mencadangkan Lokman Adam berdoa dia tidak memenangi jawatan...
Lokman Adam Cakap Ikut Nafsu Sokong Najib Nabi Muhammad Maksum

Lokman Adam Cakap Ikut Nafsu Sokong Najib Nabi Muhammad Maksum

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 415 hits
Pemimpin Umno Johor Datuk Md Jais Sarday membidas Ahli majlis tertinggi parti Datuk Lokman Noor Adam apabila menyamakan pendakwaan terhadap presiden parti itu dengan fitnah terhadap Nabi Muhammad Ketua Umno Kluang Jais Sarday menasihatkan L...
Lokman Adam Buat Laporan Polis Terhadap Farid Kamil

Lokman Adam Buat Laporan Polis Terhadap Farid Kamil

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 327 hits
Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis terhadap pelakon Datuk Farid Kamil berhubung dakwaan Farid dalam isu menerima suapan kerajaan BN Menurut Lokman dakwaan Farid itu berat dan perlu segera...
Bn Kalah Sebab Ketua Pemuda Umno Bodoh Kata Lokman Adam

Bn Kalah Sebab Ketua Pemuda Umno Bodoh Kata Lokman Adam

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 658 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Lokman Nor Adam menyindir Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin susulan kenyataan mantan Ketua Pemuda UMNO itu yang mendakwa punca kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ...
Gubernur Anies Ingatkan Pemkot Bekasi Tak Berpolemik Di Media

Gubernur Anies Ingatkan Pemkot Bekasi Tak Berpolemik Di Media

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 251 hits
Berita Islam 24H Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan meminta Wali Kota Bekasi Rahmat Effendi dan jajarannya agar tidak berpolemik soal masalah dana kemitraan pengelolaan sampah di media massa Anies mengajak pihak pihak terkait untuk duduk b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025