Lokman Adam Diarah Padam Hantaran Fitnah Hakim Syarie Oleh Mahkamah



Lokman Adam diarah padam hantaran fitnah hakim syarie oleh mahkamah
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Lokman Noor Adam supaya memadam kesemua hantaran berunsur fitnah membabitkan Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube milik bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Mohd Na’im ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan Mohd Na’im dalam kes samannya terhadap Lokman.
Dalam saman fitnah yang difailkan pada 17 Jan lepas, Mohd Na’im selaku plaintif memohon suatu perintah injunksi supaya defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Akberdin berkata mahkamah membuat keputusan itu dalam prosiding secara dalam talian (Zoom).
“Anak guam saya memperoleh perintah injunksi interim bagi menghalang defendan (Lokman) atau wakilnya daripada menerbitkan semula hantaran berkenaan dalam apa jua cara sekali pun,” katanya menambah mahkamah menetapkan 7 Feb untuk pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak).
Mohd Na’im, 54, selaku plaintif memfailkan saman atas kapasiti peribadi dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang ‘Datin.’
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na’im yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Jan dan 13 Jan lepas.
Mohd Na’im mendakwa defendan juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lepas.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin yang berkredibiliti dengan akhlak yang terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.
Menurut plaintif, satu laporan polis telah dibuat pada 12 Dis tahun lepas bagi menafikan dakwaan dan tuduhan palsu Datin terbabit terhadapnya dan beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Lokman agar pihak polis membuat siasatan berhubung tindakan defendan.
Plaintif berkata notis tuntutan bertarikh 13 Jan lepas dikeluarkan terhadap defendan supaya menarik balik kenyataan fitnah serta memadamkan hantaran di Facebook selain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam namun sehingga hari ini, defendan tidak mengendahkan laporan polis dan notis itu.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah, serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial. Mk
Lokman Adam diarah padam hantaran fitnah hakim syarie oleh mahkamah
Baca Artikel Menarik :
SOP Tahun Baru Cina 2022 dikeluarkan Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video) Jangan nafikan kesan mudarat selepas dos penggalak – Mufti Perlis Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia Lelaki trauma digoda empat pondan Awas keladi kayangan beracun Adegan ranjang Jasmine Suraya, itu bukan saya tapi Angel Empat Sekeluarga Diserang Gajah Naik Minyak Nyaris Maut [VIDEO] Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah Shuk risau isteri semakin cantik selepas tinggal berasingan Salji turun di Gurun Sahara Layari Laman Facebook MYKMU</a
Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

The post Lokman Adam diarah padam hantaran fitnah hakim syarie oleh mahkamah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/20/lokman-adam-diarah-padam-hantaran-fitnah-hakim-syarie-oleh-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tinggi Perintah Lokman Padam Hantaran Fitnah Ketua Hakim Syarie

Mahkamah Tinggi Perintah Lokman Padam Hantaran Fitnah Ketua Hakim Syarie

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari telah memerintahkan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam memadamkan kesemua hantaran media sosial yang dikaitkan dengan Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar dalam tempoh...
Didakwa Fitnah Hakim Lokman Adam Belum Terima Tuntutan Dari Peguam Kp Jksm

Didakwa Fitnah Hakim Lokman Adam Belum Terima Tuntutan Dari Peguam Kp Jksm

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 164 hits
Lokman Noor Adam berkata setakat ini beliau masih belum menerima notis tuntutan saman berkenaan PETALING JAYA Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam memaklumkan masih belum menerima notis tuntutan saman daripada peguam Ketu...
Dakwa Difitnah Lokman Adam Ketua Pengarah Syariah Saman Rm30 Juta

Dakwa Difitnah Lokman Adam Ketua Pengarah Syariah Saman Rm30 Juta

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 211 hits
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam disaman sebanyak RM30 juta susulan fitnahnya berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seseorang yang bergelar Datin Tuntutan saman tersebut dibuat Ketua Pen...
Kunjungan Ketua Ketua Hakim Syarie Kepada Jamil Khir Jadikan Mereka Low Class

Kunjungan Ketua Ketua Hakim Syarie Kepada Jamil Khir Jadikan Mereka Low Class

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 138 hits
MALAYSIA DATELINETindakan lima ketua hakim syarie dari lima buah negeri mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipertikaikan dan dikecam kerana ia boleh menjatuhkan maruah para hakim Tindakan ini juga antara penyeb...
Pesaing Gunakan Lokman Untuk Cemarkan Hakim Dengan Dakwaan Gangguan Seksual Kata Peguam

Pesaing Gunakan Lokman Untuk Cemarkan Hakim Dengan Dakwaan Gangguan Seksual Kata Peguam

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 175 hits
Jason ThomasPETALING JAYA Peguam yang mewakili Ketua Hakim Syarie Mohd Na im Mokhtar percaya bekas pemimpin Umno Lokman Noor Adam sedang digunakan oleh pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik anak guamnya dengan dakwaan gangguan seksual ...
Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

Mahkamah Tetap 15 Februari Sebagai Pengurusan Kes Saman Fitnah Azam Baki

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 180 hits
Saman terhadap Lalitha Kunaratnam atas dakwaan terbit artikel memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Februari depan sebagai pengurusan kes bagi saman yang difailkan oleh Ketua Pesuru...
Penawar Penat Oleh Rasullullah

Penawar Penat Oleh Rasullullah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum Penawar di kala kepenatan Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s a w kepada puteri kesayangannya Saidatina Fa...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep