Loke Nafi Pas Akan Dijemput Sertai Kerajaan Perpaduan


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 24, 2024 8:58 AM
Setiusaha Agung DAP Anthony Loke menafikan PAS akan dijemput menyertai Kerajaan Perpaduan, susulan laporan media yang memetik Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tidak mengesahkan mahupun menafikan khabar angin yang PAS akan menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan

"Tidak. Sebenarnya tak ada perbincangan soal PAS nak menyertai Kerajaan Perpaduan, mungkin saya rasa media telah salah erti apa yang dikatakan oleh Fahmi.

"Fahmi kata banyak perbincangan. Perbincangan itu antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Saya sendiri pun ada jumpa dengan pemimpin PAS, adakah saya jemput dia masuk Kerajaan Perpaduan?

"Tidak. Bukannya perbincangan pasal politik kita berjumpa, banyak perbincangan itu adalah bersifat G2G, iaitu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya, seperti dilapor Bernama

Khabar angin penyertaan PAS itu timbul pada Oktober tahun lepas namun dinafikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata isu berkaitan penyasaran subsidi diesel antara perkara yang dibincangkan dalam pramesyuarat bagi persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang bermula hari ini hingga 18 Julai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata selain isu itu, mesyuarat yang diadakan petang semalam di Seri Perdana turut membincangkan beberapa perkara berkaitan rang undang-undang (RUU) yang akan dibahaskan semasa sidang Parlimen.

"Ini mesyuarat yang biasa untuk setiap sidang Parlimen. Sudah tentu diberikan taklimat berkenaan isu-isu semasa, beberapa perbentangan RUU.

"Yang paling penting adalah penyasaran subsidi diesel, diberikan penerangan dan sebagainya kepada ahli-ahli Parlimen supaya mereka bersedia dalam perbahasan nanti di Parlimen dan juga apa agenda perundangan kita termasuklah beberapa pindaan undang-undang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Pendidikan Kepimpinan Politik Anjuran Wanita DAP di Putrajaya, semalam.

Beberapa Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan turut hadir pada pramesyuarat itu yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bermula 4 petang tadi.

Antara ahli Parlimen yang kelihatan hadir ialah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/06/loke-nafi-pas-akan-dijemput-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memang Ada Perbincangan Pas Dan Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

Memang Ada Perbincangan Pas Dan Kerajaan Perpaduan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 359 hits
MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil tidak menafikan dan tidak juga mengesahkan khabar angin berkenaan musuh ketatnya dalam politik PAS akan menyertai kerajaan perpaduan Beliau berkata ada banyak perbincangan antara kerajaan dan pembangkang teru...
Berusaha Keras Dia Nak Yakinkan Inflasi Zaman Pas Jadi Kerajaan Banyak Mana Pulak Inflasi

Berusaha Keras Dia Nak Yakinkan Inflasi Zaman Pas Jadi Kerajaan Banyak Mana Pulak Inflasi

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 263 hits
MMMSSyahir macam concern betul pasal inflasi Malaysia meningkat kepada 2 0 dari pada 1 8 untuk Mei 2024 Katanya akan ada impak untuk kuasa membeli rakyat Yang dia tak cerita masa PN jadi kerajaan inflasi kita naik sampai 4 7 2 kali Mac 2021...
Krt Wangsa Maju 2c Sertai Aktiviti Minggu Perpaduan Anjuran Kementerian Perpaduan Negara

Krt Wangsa Maju 2c Sertai Aktiviti Minggu Perpaduan Anjuran Kementerian Perpaduan Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 236 hits
Kisahnya umi dilantik menjadi setiausaha KRT Wangsa Maju 2C masuk penggal kedua tahun 2024 2025 dan penggal kali ni ramai juga orang Melayu yang menjadi ahli Penggal sebelum ni memang tak ada aktiviti langsung memandangkan waktu tu baru pul...
Dr M Pas Tak Akan Dapat Bentuk Kerajaan Sendiri

Dr M Pas Tak Akan Dapat Bentuk Kerajaan Sendiri

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 253 hits
Nicholas ChungPETALING JAYA PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan persekutuan sendiri memandangkan popularitinya yang terhad dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata PAS hanya mampu meraih undi di Kelantan Terengganu...
Fuziah Salleh Kerajaan Memberi Jaminan Tiada Kenaikan Harga Gula Di Pasaran Setakat Ini

Fuziah Salleh Kerajaan Memberi Jaminan Tiada Kenaikan Harga Gula Di Pasaran Setakat Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 214 hits
NIBONG TEBAL Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga gula di pasaran setakat ini kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh Beliau menegaskan setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat di p...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coklat Pemberian Anis

Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video