Lokasi Wajib Di Kunjungi Jika Ke Santubong Kuching Sarawak



Sarawak merupakan negeri terakhir di Malaysia yang telah aku kunjungi pada 2015 yang lalu. Alhamdulillah, selepas beberapa tahun, pada 9 hingga 13 November 2022 yang lalu aku berpeluang sekali lagi mengunjungi bumi kenyalang ni yang mana merupakan negeri terbesar di Malaysia dan hampir sama dengan saiz Semenanjung Malaysia

Jika nak diceritakan mengenai negeri Sarawak ni, sudah semestinya terlalu banyak hal yang boleh dikupas. Kepelbagaian budayanya, makanan-makanannya, tempat-tempat menariknya memang tak habis nak dibincangkan. Apapon jom kita tengok kemana kami pergi sepanjang 5 hari 4 malam di Kuching Sarawak

BAU, SARAWAK
Pada hari pertama, kami telah meneroka beberapa lokasi menarik di sekitar Bau. Untuk pengetahuan semua, Bau terletak hanya 35 kilometer sahaja dari bandaraya Kuching dan lokasinya sangat sesuai untuk di explore oleh korang yang sukakan kedamaian alam semulajadi.


Artikel Berkaitan : 3 Lokasi Menarik Di Bau, Kuching Sarawak Patut Korang Kunjungi
Memandangkan kami hanya sehari di Bau, cuma 3 lokasi sahaja yang sempat kami explore, iaitu Gua Pari-Pari, Tasik Biru dan Paku Rock Maze Garden. Ketiga-tiga lokasi ni aku dah kongsi dalam artikel sebelum ni. Jadi, kalau korang nak tahu lanjut mengenai lokasi yang kami lawati di Bau, korang boleh baca pada pautan di atas

Untuk hari berikutnya di Sarawak, kami banyak menghabiskan masa di sekitar bandar Kuching dan Santubong

SANTUBONG, SARAWAK
Sekiranya negeri Johor popular dengan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang, maka di Sarawak terdapat juga sebuah cerita rakyat popular yang turut dikaitkan dengan sebuah gunung iaitu kisah Puteri Santubong yang dikaitkan dengan kewujudan Gunung Santubong


Kali ni kita tak nak bercerita mengenai  kisah Puteri Santubong tu. Tapi, hanya nak berkongsi beberapa lokasi menarik yang korang boleh lawati jika ke Santubong dimana ianya dikatakan sangat terkenal dengan tarikan pelancongan semula jadi dan budaya

Kampung Budaya Sarawak

Sepertimana yang kita ketahui, Sarawak merupakan rumah kepada pelbagai suku kaum etnik yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan beberapa suku kaum kecil lain. Jadi terlalu mustahil jika kita nak explore seluruh Sarawak  untuk belajar mengenai kepelbagaian kaum etnik ini jika dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, cara terbaik adalah dengan mengunjungi Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village) yang menjadi tarikan utama di Santubong.

@projektravel Kampung Budaya Sarawak, or Sarawak Cultural Village, nearby Mount Santubong, in Kuching of the state of Sarawak, Malaysia. #SarawakCulturalVillage #Kuching #Sarawak #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #TikTokTravel #Travel ♬ original sound - projektravel - ProjekTravel
Digelar sebagai “muzium hidup”, tanah seluas 17 ekar ini mempunyai rumah dan rumah panjang yang dibina dalam gaya tradisi suku yang diwakilinya di kaki Gunung Santubong. Setiap struktur binaan disini mempunyai ceritanya tersendiri yang menceritakan tentang budaya dan gaya hidup setiap suku. Untuk pengetahuan korang, kampung ini juga merupakan tapak 'Rainforest World Music Festival' yang terkenal dan dinanti-nantikan setiap tahun

Salah satu perkara yang mesti dilakukan di Desa Budaya ni ialah berjalan melintasi jambatan buluh (bamboo bridge) untuk sampai ke Rumah Panjang Bidayuh. Jambatan buluh agak sempit tetapi dengan sempadan yang kuat dan panjang di kedua-dua belah kiri dan kanan mampu menampung kita untuk melintasinya. Dikatakan versi original lagi tinggi dari yang ada di sini

Di rumah panjang, terdapat permainan muzik tradisional dan penduduk tempatan menari untuk menyambut anda pameran yang berkaitan dengan budaya mereka juga dipaparkan


Di samping itu, terdapat penduduk tempatan yang melakukan aktiviti mereka sendiri termasuk membuat kraf tangan, membuat sumpit, memasak dan banyak lagi. Korang mesti datang ke Kampung Budaya Sarawak kerana, ini adalah salah satu muzium hidup terbaik di Sarawak


Dibuka dari jam 9pagi hingga 5petang setiap hari, jangan ketinggalan pertunjukan budaya yang berlangsung dari 11.30 pagi dan 4 petang, dua kali sehari. Tiket masuk standard berharga RM95 (Dewasa) dan RM60 (Kanak-kanak). 
Permai Rainforest Resort

Hanya 5 minit berjalan kaki dari Kampung Budaya Sarawak, kami singgah seketika di Permai Rainforest Resort untuk melakukan aktiviti "Nature walk" dan menikmati keindahan alam semulajadi di sini
 Berlokasi di sempadan Laut Cina Selatan, di dalam hutan di Gunung Santubong, Permai Rainforest Resort dikatakan telah lama beroperasi sejak tahun 1990 lagi. Resort ini merupakan sebuah pusat percutian dengan konsep penginapan Treehouse dan Log Cabin.

@projektravel Jika ingin menikmati keindahan alam dengan panorama hutan #GunungSantubong dan laut China Selatan, maka #PermaiRainforestResort harus dikunjungi. Terletak kira-kira 35km dari Kuching, di sini pengunjung boleh memilih untuk menginap di #Treehouse, Log Cabin ataupun berkhemah. #Sarawak #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak ♬ original sound - projektravel - ProjekTravel
Apa yang menarik perhatian saya adalah keunikan bilik jenis treehouse yang mereka tawarkan. Bilik jenis treehouse yang ada di sini merupakan bilik yang dibina 20 kaki dari aras tanah. Jadi, lokasi biliknya tinggi dan setanding level pokok yang menghijau. Bilik ini dapat memuatkan sehingga 2 orang dewasa, lengkap dengan bilik mandi persendirian, penghawa dingin, kemudahan asas seperti set membuat kopi/teh, tuala dan peralatan toiletries


Untuk pilihan yang lain selain jenis Treehouse, korang boleh pilih jenis penginapan lain seperti Log cabin atau lebih adventurous Permai Rainforest Resort turut menyediakan sebuah tapak kemah dekat hujung resort ini


Facebook | Instagram | Laman Web
The Culvert Hotel Resort

Selesai nature walk di Permai Rainforest Resort kami terus ke The Culvert Hotel Resort untuk menginap di sana. 
Untuk pengetahuan korang, The Culvert ni merupakan sebuah resort bergaya unikyang terletak di lereng bukit Resort dengan akses mudah ke pantai. Apa yang boleh saya katakan, ia merupakan sebuah resort yang menggabungkan keindahan dan ketenangan persekitarannya melalui reka bentuk unik biliknya yang diperbuat daripada pembetung konkrit bulat yang telah diperbaharui.

@projektravel The Culvert Hotel Resort 📍Santubong, Damai, Kuching, Sarawak The Culvert merupakan sebuah resort gaya yang unik, dengan akses mudah ke pantai dan ke Gunung Santubong. #TheCulvertKuching menggabungkan keindahan dan ketenangan persekitarannya yang indah melalui reka bentuk unik biliknya yang diperbuat daripada pembetung konkrit yang telah diperbaharui. *Dekat dengan Sarawak Cultural Village *Terdapat fasiliti lain yang lengkap seperti gym, surau, library, pool , sauna dll *Boleh menikmati suasana matahari terbenam yang sangat cantik. #Sarawak #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #Kuching #Travel #TiktokTravel #FYP #SarawakCulturalVillage #HotelReview ♬ suara asli - andre - ANDRE
Lokasinya tidak jauh dari Sarawak Cultural Village dan mempunyai fasiliti lain yang lengkap seperti gym, surau, library, pool , sauna dan lain-lain


Laman Web | Facebook | Instagram
Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Program Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia - Sarawak 2022 yang telah berlangsung 9 hingga 13 November 2022. Acara itu telah dianjurkan oleh Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/12/lokasi-wajib-di-kunjungi-jika-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Ke Fahmi Fadzil Akan Ambil Tindakan Terhadap Sarawak Report Yang Menghina Sultan Kelantan

Ada Ke Fahmi Fadzil Akan Ambil Tindakan Terhadap Sarawak Report Yang Menghina Sultan Kelantan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 302 hits
Sarawak Report yang pro Pakatan Harapan telah mengeluarkan cerita di bawah yang dianggap sebagai menghina DYMM Sultan Kelantan Ada ke Fahmi Fadzil akan juga ambil tindakan terhadap Sarawak Report
Awg Tengah Companies Seek To Manufacture Black Pellets For Green Fuel In Sarawak

Awg Tengah Companies Seek To Manufacture Black Pellets For Green Fuel In Sarawak

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 178 hits
Awang Tengah speaks to Hiel during the meeting in Tokyo KUCHING TG2 Wilhelmina Energy is partnering with Idemitsu Corporation with the intention to manufacture black pellets for green fuel in the state said Deputy P
Shell Livewire Sarawak 2022 Winners

Shell Livewire Sarawak 2022 Winners

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 129 hits
Normawati and Abuassan Morni founders of ZueemaFodo Industry Instant Mee Kolok a key feature of Zueema Food Industry A business that packs food close to many Sarawakians 8217 hearts is Zueema Food Industry producing instant mee kolok sagu Z...
Shell Invests In Sarawak S Budding Entrepreneurs

Shell Invests In Sarawak S Budding Entrepreneurs

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 106 hits
Tan is seen during the Shell LiveWIRE 2022 at the Tegas Digital Village KUCHING Shell continues to invest in Sarawak 8217 s entrepreneurial drive as it awards five entrepreneurs the state winners of Shell LiveWIRE 2022 with its partner Tabu...
Autonomous Rapid Transit Di Sarawak Menjelang 2025

Autonomous Rapid Transit Di Sarawak Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 190 hits
Menjelang 2025 Sarawak bakal mempunyai Autonomous rail transit mereka sendiri bag menghubungkan Kuching dengan beberapa bandar utama di Sarawak Dengan keluasan negeri dan kekayaan sumb negeri yang dimiliki oleh negeri Sarawak projek seperti...
As Of 9am 139 In Sarawak Evacuated Due To Floods

As Of 9am 139 In Sarawak Evacuated Due To Floods

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 104 hits
An APM personnel member sets up tents for flood victims at the Kota Samarahan Civic Centre APM photo KUCHING The number of flood victims in Sarawak has risen to 139 as of 9am today with the addition of 20 individuals from two families in Sa...
Sarawak Fire Dept Issues Reminder On Abcs For Safe Holiday Season

Sarawak Fire Dept Issues Reminder On Abcs For Safe Holiday Season

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 219 hits
Khirudin said we determine our own safety KUCHING The Sarawak Fire and Rescue Department has called on all celebrating Christmas and the long holiday to remember the 3Ls Lupa Lalai Leka which cou
Two Injured In Single Vehicle Crash At Mile 37 Kuching Serian Road

Two Injured In Single Vehicle Crash At Mile 37 Kuching Serian Road

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 231 hits
A Bomba photo shows the condition of the vehicle which landed in a ditch KUCHING The driver of a multipurpose vehicle and one of his two passengers were injured in a single vehicle accident near Kampung Stabun Mile 37 Jalan Kuching Seri
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord