Logo Pkr Terbaik Untuk Ph Pru 15



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia memandang serius respons Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee berhubung isu penggunaan sekali lagi logo KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab, kenyataan Howard bahawa PH telah pun membuat keputusan untuk menggunakan logo gabungan itu dalam PRU akan datang adalah terburu-buru kerana keputusan muktamad belum dibuat oleh Majlis Presiden.
“Dalam hal ini Howard perlu bersikap terbuka dengan pendirian akar umbi KEADILAN yang tegas mahukan logo parti dipilih sebagai logo PH dalam PRU 15. Desakan yang dibuat oleh akar umbi KEADILAN seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan disokong dengan hujah yang kuat. Mereka membawa fakta bagaimana logo berkenaan telah terbukti meraih sokongan majoriti rakyat Malaysia dalam PRU yang lalu.
“Ternyata pemilihan logo KEADILAN sebelum PRU14 merupakan langkah yang tepat walaupun ketika itu PH memiliki 4 logo yang boleh dipilih iaitu logo DAP, Amanah, Bersatu dan KEADILAN.
“Amat tidak wajar Howard menggunakan nama Majlis Pakatan Harapan untuk menafikan merit desakan akar umbi KEADILAN ini. Lebih tidak wajar apabila mendendangkan seolah-olah keputusan telah dibuat di peringkat Majlis Presiden PH,” katanya.
Tambah Syukri, hujah Howard bahawa Presiden KEADILAN sendiri menggunakan logo PH dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 2018 tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk menerima logo berkenaan.
Katanya selain Port Dickson kubu kuat KEADILAN dan Anwar calon berkarismatik yang boleh menang mudah, perkiraan lain turut perlu disertakan, seperti penerimaan logo PH di Malaysia Timur dan kawasan pedalaman Semenanjung.
“Howard melontarkan hujah Anwar Ibrahim memenangi kerusi Port Dickson dengan logo PH. Bagi beliau tidak ada alasan meragui kekuatan logo PH.
“Saya kira hujah ini mengambil mudah soal strategi Pilihan Raya yang lebih rumit dan rencam. Malah pelajar sekolah rendah pun boleh faham bahawa sosok Anwar merupakan seorang ‘Winnable Candidate’ walaupun diletakkan di kerusi yang paling sukar.
“Kemenangan Anwar adalah kerana nama dan kredibiliti beliau yang sememangnya sudah dikenali seluruh negara. Mungkin jika Howard menggunakan logo PH dan bertanding di Tanjung Malim, keputusannya boleh jadi berbeza.
“Justeru saya menasihatkan beliau untuk bertenang dan tidak terlalu bersungguh-sungguh untuk mematikan pandangan kritis akar umbi KEADILAN,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Syukri mengharapkan Majlis Presiden PH membuat keputusan berhubung isu logo berdasarkan fakta dan data.
Tambahnya, satu kajian lapangan oleh agensi bebas perlu dijalankan terlebih dahulu bagi memilih logo terbaik yang akan digunakan sebagai lambang PH dalam PRU 15. PH tidak boleh bermudah-mudah kerana telah mempunyai logo berdaftar maka logo tersebut wajib diguna dalam pilihan raya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33200

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Logo Keadilan Pru 15 Lambang Perjuangan Rakyat Marhaen

Guna Logo Keadilan Pru 15 Lambang Perjuangan Rakyat Marhaen

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 353 hits
KEADILAN negeri Johor mahu logo parti itu digunakan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Kenyataan bersama Majlis Pimpinan Negeri Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN Johor logo parti berkenaan telah dianggap sinonim denga...
Pkr Pahang Cadang Pakatan Harapan Guna Logo Parti Itu Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

Pkr Pahang Cadang Pakatan Harapan Guna Logo Parti Itu Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 304 hits
KUANTAN Seramai 13 pemimpin sayap dan cabang Parti Keadilan Rakyat di Pahang mencadangkan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke 15 Cadangan itu dikeluarkan dibuat melalui kenyataan bersama pa...
50 Jasa Jasa Terbaik Ph Semasa Mereka Memerintah Negara

50 Jasa Jasa Terbaik Ph Semasa Mereka Memerintah Negara

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 242 hits
Kejayaan PH 22 bulan 50 JASA JASA TERBAIK PH SEMASA MEREKA MEMERINTAH NEGARA 1 Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data PH 2 Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego PH 3 Yang bayar hutang 1MDB PH 4 Yang hapuskan Cukai Ba...
Ic Sabah Penyelesaian Terbaik Untuk Orang Sabah Yang Tidak Berdokumen Jeffrey

Ic Sabah Penyelesaian Terbaik Untuk Orang Sabah Yang Tidak Berdokumen Jeffrey

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 271 hits
Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan KOTA KINABALU Parti Solidariti Tanah Airku menegaskan bahawa IC Sabah harus dilaksanakan secepat mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah Presiden STAR ...
5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

5 Resort Terbaik Di Pulau Pangkor Pilihan Agoda

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 440 hits
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak darul Ridzuan kini menjadi tumpuan pelancong kerana telah diisytiar sebagai Pulau Bebas Cukai semasa pembentangan bajet 2018 Pulau yang terkenal dengan keindahan pantainya serta pelbagai tarikan m...
Mengenal Lebih Dekat Dengan Kontributor Terbaik Bulan Agustus 2021

Mengenal Lebih Dekat Dengan Kontributor Terbaik Bulan Agustus 2021

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 298 hits
Kemampuan menulis Olive semakin berkembang kala mengenal platform Hipwee pada tahun 2015
Dlynd Gold Tawar Produk Sacha Inchi Original Lulus Kkm Halal Jakim Terbaik Di Malaysia

Dlynd Gold Tawar Produk Sacha Inchi Original Lulus Kkm Halal Jakim Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 863 hits
Produk Sacha Inchi iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari Hutan Amazon Peru Amerika Selatan kini semakin mendapat tempat dikalangan pengemar pemakanan kesihatan Apa tidaknya selepas viral kenyataan daripada pakar kesihatan profesional Dr ...
Saman Adalah Langkah Terbaik Jika Akhbar Bawa Berita Longkang Rakyat Dah Lihat Nasib Utusan Yang Menyembah Bumi

Saman Adalah Langkah Terbaik Jika Akhbar Bawa Berita Longkang Rakyat Dah Lihat Nasib Utusan Yang Menyembah Bumi

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 171 hits
Saman Harakah Mujahid hanya mahu nama dibersihkan masih menanti permohonan maafOleh SITI NUR ZAWANI MISCON September 24 2021Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meluahkan kelegaannya apabila kes saman fitnah yang difailkannya te...
Meme Terbaik Merespon Internet Apocalypse Di Indonesia Semoga Nggak Keseringan Begini

Meme Terbaik Merespon Internet Apocalypse Di Indonesia Semoga Nggak Keseringan Begini

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 228 hits
Jangan internet cepat internet nggak mati mati kayak gini aja rasanya udah syukur banget nggak sih
Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide

Mural By The One Academy

Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj