Login Hrmis 2 0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia


Penjawat awam tak kira yang telah lama atau baru berkhidmat tentu telah diperkenalkan dengan sistem HRMIS dan pernah login HRMIS sejak pertama kali dilantik.
Ini kerana, HRMIS adalah aplikasi perdana Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan khusus untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.
Terkini, HRMIS Klasik telah ditutup. Penjawat awam dinasihatkan agar menggunakan HRMIS 2.0 sepenuhnya.
Bagi yang baru mahu menggunakan HRMIS 2.0, berikut adalah maklumat yang perlu anda tahu tentang sistem ini.
Apakah HRMIS? Selari dengan kemajuan teknologi, sistem HRMIS telah dibangunkan dengan tujuan memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua peringkat agensi kerajaan.
Secara ringkasnya, sistem HRMIS ini
Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan. Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital. Dapat mempercepatkan proses HR (sumber manusia). PEMAKLUMAN AWAL PENAMATAN PERKHIDMATAN HRMIS 1.0 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melaksanakan migrasi fungsi-fungsi yang masih di persekitaran HRMIS 1.0 kepada HRMIS 2.0.
Setelah migrasi dan pengujian selesai, pengguna-pengguna HRMIS dipohon untuk menggunakan HRMIS 2.0 sahaja kerana HRMIS 1.0 akan ditamatkan perkhidmatannya.
Tarikh sebenar penamatan HRMIS 1.0 akan dimaklumkan kemudian.
Baca juga : e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online
Objektif Di samping membolehkan data proses sumber manusia sektor awam disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat, sistem ini juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional.
Objektif penggunaan sistem HRMIS ini secara spesifiknya adalah untuk:
membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap; mengautomasikan proses-proses operasi PSM; membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan; memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window; menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi. Kegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam Selain menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti , tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.
Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat
melaksanakan, antara lain, perkara-perkara seperti berikut:
mengemas kini rekod peribadi memohon dan menyemak cuti rehat mengemukakan tuntutan memantau prestasi kerja memohon kursus yang bersesuaian membuat penilaian kompetensi memohon pertukaran memohon kaunseling Cara Login HRMIS 2.0 Semua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.
Berikut adalah cara login HRMIS untuk mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, serta permohonan.
Pergi ke laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my/ Masukkan ID Pengguna. Masukkan Kata Laluan. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan. Log keluar setelah selesai. PENGURUSAN KATA LALUAN HRMIS
Kata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut:
Sekurang-kurangnya 12 aksara Mengandungi huruf dan nombor Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*) Mengandungi huruf besar dan huruf kecil Rujuk panduan di bawah untuk kemaskini maklumat / membuat permohonan cuti, pengurusan prestasi dan tuntutan.
Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0 Syarat & Peraturan Muat Naik Gambar Pegawai Pada HRMIS
Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan Penampilan pegawai : Pegawai Lelaki Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform) Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian Pegawai Wanita Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata Berpakaian seragam (uniform) Rujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:
Kemaskini HRMIS Pastikan data dalam HRMIS dikemas kini.
Data anda tanggungjawab anda.
Luangkan 5 minit untuk buat semakan data HRMIS.
Antara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah
1. SOKONGAN/KELULUSAN CUTI
2. PERISYTIHARAN HARTA
3. PENGISIAN/PENGESAHAN SKT
4. KEMASKINI/PENGESAHAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI
5. PENGESAHAN DAN SEMAKAN TUNTUTAN PERJALANAN
Untuk panduan lengkap HRMIS 2.0, muat turun di
Pengisian Maklumat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Bilangan Prestasi Tahunan (LNPT) Pengisian Maklumat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Bilangan Prestasi Tahunan (LNPT) menerusi HRMIS adalah kewajipan kakitangan Perkhidmatan Awam dan merupakan salah satu dari 6 KPI HRMIS.
Disertakan Jadual Pengurusan Prestasi Tahun 2021.
Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri JPA telah menerbitkan 2 video tutorial HRMIS untuk Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).
Video tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:
1. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) – Peranan Pemohon
Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.
Fungsi ini menawarkan kemudahan permohonan tuntutan perjalanan dalam negeri secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula daripada permohonan sehingga penerimaan bayaran tuntutan.
Rujuk video penuh:
https://www.youtube.com/watch?v=W34HDsZjOcQ
2. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) – Peranan Pengesah Tuntutan
Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri bagi Pemilik Kompetensi (Pengesah Tuntutan).
Pengesah Tuntutan ialah pegawai yang diberi peranan untuk mengesahkan tuntutan pegawai di bawah seliaannya.
Peranan dan aliran kerja tersebut ditetapkan oleh pentadbir HRMIS agensi.
Rujuk video penuh:
https://www.youtube.com/watch?v=0VBg-NTMVxg
Muat Turun Aplikasi Mobile MyHRMIS Semua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih MyHRMIS di Google Play Store dan Apple AppStore.
6 aplikasi MyHRMIS tersebut adalah:
Aplikasi MyHRMIS Mobile telah berjaya diterbitkan dan boleh di muat turun melalui aplikasi GAMMA, GOOGLE PLAY STORE, APPLE APP STORE dan HUAWEI APP GALLERY seperti di pautan berikut:
GAMMA – https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/9 GOOGLE PLAY STORE – https://play.google.com/store/apps/details… APPLE STORE – https://apps.apple.com/my/app/myhrmis-mobile/id976019876 HUAWEI APP GALLERY – https://appgallery.huawei.com/#/app/C101640047 Baca juga : Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya
Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi talian telefon 03-8321 1400 atau e-melkan permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di [email protected].
Sebarang update dan info terkini boleh diperolehi melalui laman Facebook rasmi Change Management HRMIS JPA dan laman web https://www.eghrmis.gov.my/
Anda juga boleh mengemukakan pertanyaan terus melalui alamat Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hrmis-login/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hrmis-login

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Igfmas Sistem Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kerajaan

Igfmas Sistem Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 181 hits
iGFMAS atau sistem bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan merupakan sebuah sistem kewangan dan perakaunan yang telah dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan iGFMAS terdiri daripada 15 modul yang...
Teringin Kerja Di Putrajaya Ni Ada Kekosongan Di Kementerian Sumber Manusia Mohon Segera

Teringin Kerja Di Putrajaya Ni Ada Kekosongan Di Kementerian Sumber Manusia Mohon Segera

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 191 hits
Teringin kerja di Putrajaya Ni ada kekosongan di Kementerian Sumber Manusia Mohon Segera Kementerian Sumber Manusia Jawatan Kosong Februari 2023 telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarka...
Seronok Swafoto Di Kawasan Air Terjun Pelancong Terkejut Jumpa Kaki Manusia Tanpa Badan

Seronok Swafoto Di Kawasan Air Terjun Pelancong Terkejut Jumpa Kaki Manusia Tanpa Badan

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 261 hits
Pelancong terkejut melihat kaki manusia tanpa badan di kawasan pelancongan itu Foto Melani Ersa d Traveler PENGUNJUNG Air Terjun Grojogan Sewu Indonesia terkejut apabila melihat potongan kaki manusia di kawasan pelancongan itu Menurut polis...
Ramai Soal Childfree Melaney Ricardo Ungkap Pendapat Anak Adalah Sumber Kekuatan

Ramai Soal Childfree Melaney Ricardo Ungkap Pendapat Anak Adalah Sumber Kekuatan

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 223 hits
Menurut Melaney anak anaknya menjadi sumber kekuatan dan membuatnya berusaha hidup lebih baik lagi Bagaimana menurutmu
Bn Tak Ada Suara Runding Kerusi Dengan Ph Kata Sumber

Bn Tak Ada Suara Runding Kerusi Dengan Ph Kata Sumber

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 195 hits
freemalaysiatoday com February 10 2023 8 31 AMPH menguasai 40 daripada 56 kerusi di DUN Selangor manakala BN hanya lima kerusi PETALING JAYA Barisan Nasional tidak mempunyai suara kuat dalam rundingan kerusi bersama Pakatan Harapan menjelan...
Wang Dibawa Keluar Dari Sumber Haram Terlalu Tinggi Pm Anwar

Wang Dibawa Keluar Dari Sumber Haram Terlalu Tinggi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 131 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wang yang dibawa keluar dari sumber haram terlalu tinggi dari negara ini
Entah Betul Entah Tidak Sumber Nst

Entah Betul Entah Tidak Sumber Nst

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 182 hits
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan Datuk Dr Marzuki Mohamad Nampaknya sudah menjadi amalan media arus perdana sekarang memetik sumber tak bernama untuk melaporkan berita NST sebelum ini melaporkan Tan Sri Muhyiddin a...
T14b09 Tapak Kaki Manusia Purba Ditemui Di Norfolk England

T14b09 Tapak Kaki Manusia Purba Ditemui Di Norfolk England

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 126 hits
Satu siri kesan pada lumpur yang telah didedahkan oleh ribut di Norfolk telah dikenalpasti sebagai tapak kaki manusia terawal di luar Afrika Gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai berusia 800 ribu tahun Tapak kaki berusia 800 000 ta...
Mihun Goreng

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Kids Health Camp At Kgsc A Fun Filled Family Day Out In Iskandar Puteri

Huawei Nova 13 Series

Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre

Apa Itu Fiqih Ini Pengertian Tujuan Sumber Dan Cabangnya

Pkr Grassroots Warm To Tengku Zafrul Amid Talk Of Party Switch

Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics