Loghat Kelantan Pekat Sangat Pemuda Tukang Gunting Rambut Ini Cuba Cakap Luar Demi Bisnes Risau Pelanggan Tak Faham


MELIHAT anak muda di awal usia 20-an membuka premis perniagaan sendiri, pasti ramai yang menyangka dia mendapat tajaan daripada bapa bergelar datuk seperti drama ‘megah holding’.
Namun menyoroti figura seorang tukang gunting rambut verstail di Presint 3, Putrajaya ini, dia bukanlah berketurunan T20 sebaliknya hanya anak kampung yang bercita-cita tinggi untuk mengubah nasib keluarga.
Menerusi perkongsian kali ini, mStar mengetengahkan kecekalan anak jati Tanah Merah, Kelantan yang sanggup merantau ke Pulau Pinang bagi mengutip pengalaman sebagai tukang gunting rambut sebelum akhirnya membuka kedai sendiri.
Menurut Ahmad Fathi Mohd Zaidi, dia meminati kerjaya sebagai tukang gunting rambut sejak kecil kerana sering melihat gerak-geri bapanya semasa menggunting rambut pelanggan.
Malah, semasa masih bersekolah dan tinggal di asrama, dia sudah mula menjana pendapatan sampingan sebagai tukang gunting meskipun tidak diajar menggunakan peralatan berkaitan.
“Saya tengok ayah gunting rambut dan daripada situ saya belajar… sepanjang usia membesar, ayah tidak pernah mengajar tentang teknik menggunting rambut.
“Tapi disebabkan minat, saya sentiasa mempraktikkannya bermula dengan rakan-rakan sekolah di asrama,” ujarnya yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik.
Sejak daripada itu, dia yang mesra dipanggil Afat mula mengasah bakat sehingga sanggup mengikut bapa saudaranya berhijrah ke Pulau Pinang dan bekerja sebagai tukang gunting rambut bagi mendapatkan pengalaman tambahan.
Meskipun baru beusia 18 tahun ketika itu, dia yakin untuk mengejar minatnya termasuk membuat keputusan drastik untuk berhenti belajar semasa berada di Tingkatan 6.

Afat (duduk belakang, kiri) bersama keluarga yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya.
Boleh digelar sebagai bakat keturunan, Afat juga menyatakan dua lagi adik lelakinya turut mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang tukang gunting rambut.
Pun begitu, masing-masing berkelana ke negeri lain dan tidak tertumpu di kampung halaman sahaja.
Hampir berputus asa
Tidak dinafikan, di usia yang masih muda dan berada jauh dari keluarga tercinta, Afat juga pernah merasa putus ada sehingga ingin melupakan hasratnya bergelar barber versatile yang mempunyai premis sendiri.
Sepanjang tempoh empat tahun berkelana menimba pengalaman, pelbagai perkara telah berlaku kepadanya.
“Masa tu memang masih mentah, jiwa muda… jadi ada rasa tak puas hati dan memberontak yang menyebabkan saya ingin berhenti. Banyak kali juga alami perasaan macam tu.
“Tapi saya bersyukur kerana keluarga sentiasa support dan memberi nasihat. Berkat kesabaran juga, saya mampu bertahan dalam tempoh empat tahun.
“Alhamdulillah akhirnya saya berjaya membuat simpanan untuk membuka premis sendiri di Putrajaya,” ujarnya yang turut mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan mempunyai seorang cahaya mata.
Menurut Afat lagi, dia tidak pernah mengikuti sebarang pengajian atau kursus rasmi berkaitan dandanan rambut tetapi hanya mempelajarinya menerusi pemerhatian, pengalaman digunting dan menerusi tutorial YouTube.
Cabaran memulakan perniagaan
Memilih untuk membuka perniagaan di Putrajaya yang terkenal sebagai ‘pusat’ penjawat awam semestinya pilihan terbaik yang dilakukan Afat.
Pun begitu, ia tidaklah seindah yang difikirkan kerana anak muda berusia 25 tahun ini bertutur pekat dalam loghat Kelantan.
“Saya memang pekat Kelantan kerana asal kampung, jadi agak sukar juga pelanggan ‘luar’ nak faham apa yang saya katakan.
“Tapi saya akan cuba juga berkomunikasi dengan mereka kerana saya seorang yang peramah dan gemar berbicara, yang penting saya memahami kemahuan pelanggan dan dapat memuaskan hati mereka menerusi hasil guntingan,” katanya lanjut.
Mengakui pernah berhadapan dengan amarah pelanggan, ujar Afat, kejadian berlaku semasa dia bekerja di Pulau Pinang.

Pelanggan juga diberi konsultasi tentang gaya rambut pilihan terlebih dahulu.
“Saya tak dengar apa yang diperkatakan pelanggan, jadi hasil guntingan rambut tidak seperti yang dimahukan. Syukur dia tidak marah saya seperti yang pernah dialami rakan sekerja yang lain… cumanya dia pesan ‘lain kali dengar betul-betul’.
“Masa tu memang rasa bersalah dan hanya boleh meminta maaf sahaja. Awal tu rasa down juga tapi bila difikirkan balik ia antara cabaran yang perlu saya atasi jika ingin berjaya.
“Sejak itu juga saya akan meminta pelanggan menunjukkan contoh atau gambar potongan yang diingini,” katanya.
Tambah Afat, dengan cara itu juga dia bukan sahaja dapat mengelakkan kesilapan tetapi dapat memberi konsultasi kepada pelanggan sama ada style pilihan itu sesuai atau tidak digayakan.
Menurutnya, ia berikutan jenis rambut dan bentuk kepala setiap individu adalah berbeza, oleh itu potongan atau style yang diingini perlu dipadankan dengan keadaan diri terlebih dahulu.
“Apabila saya mula memberi pandangan dan cadangan seperti itu, pelanggan akan berasa lebih selesa serta gembira. Mereka juga berharap tukang gunting yang lain dapat berbuat perkara sama supaya hasil yang diberikan lebih memuaskan,” ujarnya yang sering mendengar keluhan dan aduan pelanggan tentang ketidakpuasan hati selepas membuat guntingan rambut di sesetengah premis.
Seperti peniaga lain, Afat juga berharap dapat meluaskan perniagaannya termasuk membuka cawangan.
Pun begitu, pada masa ini dia masih selesa mengemudi bisnes seorang diri tanpa pekerja kerana bimbang sekiranya hasil yang diberikan pekerja tidak memuaskan.
“Dulu masa bekerja dengan orang, saya agak kerap membaiki hasil guntingan staf baru… selain dapat komplen, ada yang tidak melakukannya dengan kemas dan teliti.
“Mungkin saya agak cerewet sedikit tapi kepuasan pelanggan adalah keutamaan saya. Jadi, sementara waktu ini biarlah saya buat seorang diri sehingga betul-betul boleh melatih staf.
“Lagipun, nak jadi tukang gunting perlukan minat serta kebolehan dan ia perlu diasah supaya menjadi mahir. Tapi kalau asyik guna patung pun tak boleh juga kerana bentuk kepala dan jenis rambut manusia adalah berbeza,” tambahnya berkongsi tips.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/1EfXPDZ


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2022/10/loghat-kelantan-pekat-sangat-pemuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kan Dah Cakap Jeon Somin Banding Gaya Rambut Usia 20 An Sekarang

Kan Dah Cakap Jeon Somin Banding Gaya Rambut Usia 20 An Sekarang

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 241 hits
Sejak kebelakangan ini peminat asyik menyebut mengenai perubahan gaya rambut Jeon So min ARTIKEL BERKAITAN Malah wanita itu turut diusik oleh ahli Running Man dalam episod terbaru program berkenaan selain menjelaskan bahawa dia pernah mengg...
Uishh Kenapa Jahat Sangat Biker Aniaya 2 Pemuda Sampai Terjatuh Dari Motosikal

Uishh Kenapa Jahat Sangat Biker Aniaya 2 Pemuda Sampai Terjatuh Dari Motosikal

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 174 hits
Uishh Kenapa jahat sangat Biker aniaya 2 pemuda sampai terjatuh dari motosikalTular di media sosial seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya terjatuh akibat di dianiaya oleh seorang penunggang motosikal berkuasa besar Menurut sumber k...
Sengaja Sebar Gambar Asyraf Wajdi Hilang Integriti Tidak Layak Jadi Calon Pru15 Kata Pemuda Pas Kelantan

Sengaja Sebar Gambar Asyraf Wajdi Hilang Integriti Tidak Layak Jadi Calon Pru15 Kata Pemuda Pas Kelantan

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 197 hits
Sengaja menyebarkan gambar pertemuan mata antara pimpinan Pas dan Umno Asyraf Wajdi sudah hlilang integriti dan tidak layak untuk dicalonkan pada PRU15 nanti Dalam satu kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata belia...
Time Tu La Yang Ngantuk Video Gelagat Anak Amyra Rosli Tertidur Ketika Gunting Rambut Buat Ramai Terhibur

Time Tu La Yang Ngantuk Video Gelagat Anak Amyra Rosli Tertidur Ketika Gunting Rambut Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 219 hits
Tel4tah anak selebriti terkenal Amar Baharin dan Amyra Rosli sering kali mencvri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka Gelagat dua beradik Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa yang begitu bersahaja sering kali menghiburkan warganet Biarpun mas...
Video Simpan Misai Kerja Di Kantin Pemuda Usia 20 Tahun Sabar Je Dipanggil Pakcik Demi Kumpul Duit Sambung Degree

Video Simpan Misai Kerja Di Kantin Pemuda Usia 20 Tahun Sabar Je Dipanggil Pakcik Demi Kumpul Duit Sambung Degree

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 287 hits
HANYA kerana memakai apron dan memiliki wajah bermisai pemuda yang bekerja di sebuah kantin sekolah ini mendapat gelaran pakcik kantin Begitulah yang terjadi kepada Ahmad Aniq Yahaya 20 yang menceritakan pengalamannya ketika membantu keluar...
Hiburan Anak Saya Arrian Bukan Anak Luar Nikah Tolonglah Fatin Afeefa

Hiburan Anak Saya Arrian Bukan Anak Luar Nikah Tolonglah Fatin Afeefa

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 188 hits
Baru baru ini dunia hiburan tempatan dihidangkan dengan aksi pertelingkahan media sosial antara pelakon Fatin Afeefa dan juga bekas suaminya Adam Shahz di Instagram pada mulanya dituduh mengabaikan anak anak kerana berlibur di kelab malam b...
Jangan Cakap Anak Zaman Sekarang Tak Kuat Macam Zaman Kita Yatie Akui Tahap Stres Anak Zaman Sekarang Tinggi

Jangan Cakap Anak Zaman Sekarang Tak Kuat Macam Zaman Kita Yatie Akui Tahap Stres Anak Zaman Sekarang Tinggi

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 216 hits
Usahawan berjaya Yatie Sendayu Tinggi menitipkan beberapa nasihat buat ibu lain sebagai panduan dalam membesarkan anak anak zaman sekarang Tambahnya lagi semasa anak kecil itulah momen yang paling berharga dan tak mampu diulangi lagi Jangan...
Dah Bubar Parlimen Baru Nak Cakap Mandat Rakyat Ph Tak Sebarang Jawatan Dalam Kabinet

Dah Bubar Parlimen Baru Nak Cakap Mandat Rakyat Ph Tak Sebarang Jawatan Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 149 hits
AHMAD ALBABDah bubar parlimen baru nak sembang pasal mandat rakyat PH pikir kesuhsahan rakyat di musim banjir tak ada sebab PH tak takut parlimen dibubarkan sebab PH tak ada jawatan pun dalam kabinet BN PNkhianat tu yang takut hilang jawata...
Ph 22 Bulan Berkuasa Penipu Cakap Tiada Lagi Lantikan Politik Jadi Duta Khas

Ph 22 Bulan Berkuasa Penipu Cakap Tiada Lagi Lantikan Politik Jadi Duta Khas

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 173 hits
MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLITIK SEBAGAI DUTA KHAS PEMBAZIRAN PERTINDIHAN JAWATAN DENGAN PENJAWAT AWAM TAPI HAKIKATNYA MEREKA SEN...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah