Lkan Tahun 2017 Siri 2 Kemuka 298 Syor Penambahbaikan


THE MALAYSIAN TIMES 

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2017 Siri 2 mengemukakan sejumlah 298 syor penambahbaikan kementerian, jabatan dan agensi, dan badan-badan berkanun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata laporan itu merangkumi 83 syor terhadap aktiviti kementerian atau jabatan dan badan-badan berkanun Persekutuan, 42 syor terhadap pengurusan syarikat kerajaan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta 173 syor bagi pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri.

Beliau berkata sebanyak 16 pengauditan prestasi dan lapan pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Manakala di peringkat negeri, 25 pengauditan prestasi dan 13 pengauditan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri telah dijalankan. Pengauditan merangkumi pelbagai bidang antaranya pengurusan program/aktiviti, pembinaan, perolehan, sistem/ICT, penyenggaraan dan pengurusan hasil,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Madinah berkata laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan berkanun persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan, Akaun Amanah dan agensi lain bagi 2017.

Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap 148 penyata kewangan bagi tahun kewangan 2017 untuk Badan Berkanun Persekutuan, Kumpulan Wang Persekutuan dan Akaun Amanah serta agensi lain, katanya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 penyata kewangan telah diberi Pendapat Tanpa Teguran, Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (17), Pendapat Berteguran (enam), Pendapat Bertentangan (satu) dan Pendapat Penafian (satu).

Selain itu, 13 penyata kewangan agensi masih belum dimuktamadkan, yang mana sembilan daripadanya adalah kerana Pengerusi Lembaga Pengarah belum dilantik dan mesyuarat Lembaga Pengarah tidak dapat diadakan bagi memperakui penyata kewangan yang telah diaudit, manakala faktor kelewatan bagi empat penyata lain yang belum dimuktamadkan adalah kerana masalah sistem dan isu pengurusan.

Madinah berkata laporan itu yang turut merangkumi pengurusan kewangan jabatan dan badan berkanun Persekutuan menyatakan prestasi pengurusan kewangan di 19 jabatan Persekutuan menunjukkan dua jabatan mencapai tahap cemerlang, tahap baik (10), memuaskan (lima) dan kurang memuaskan (dua).

Prestasi pengurusan kewangan bagi 14 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri yang diaudit untuk tahun kewangan 2017 menunjukkan tiga JKDM mencapai tahap cemerlang, tahap baik (tujuh) dan memuaskan (empat), manakala prestasi pengurusan kewangan bagi cawangan Universiti Teknologi Mara di 13 negeri menunjukkan tiga kampus mencapai tahap cemerlang, tahap baik (tujuh), memuaskan (dua) dan kurang memuaskan (satu).

Berkaitan pengesahan penyata kewangan Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan negeri pula, Madinah berkata setakat 21 Nov 2018, terdapat keseluruhan 325 penyata kewangan yang perlu diaudit dan telah disahkan iaitu Kerajaan-kerajaan Negeri (13), badan berkanun negeri (151), pihak berkuasa tempatan (148) dan Majlis Agama Islam negeri (13).

Pensijilan setakat 21 Nov 2018 pula merangkumi kerajaan-kerajaan negeri (13), badan berkanun negeri (140), pihak berkuasa tempatan (138) dan Majlis Agama Islam negeri (12) menjadikan jumlah keseluruhan 303.

“Berdasarkan pengauditan terhadap 303 penyata kewangan Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri 2017, sebanyak 240 penyata kewangan diberikan Pendapat Tanpa Teguran, Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (35) dan Pendapat Berteguran (28).

“Sebanyak 16 penyata kewangan masih dalam proses pengauditan kerana kelewatan agensi mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan lengkap, manakala baki enam penyata kewangan masih belum dikemukakan oleh agensi kepada pihak audit bagi tujuan pengauditan,” katanya.

Madinah berkata pengauditan prestasi dijalankan mengikut standard pengauditan antarabangsa iaitu The International Standard of Supreme Audit Institutions (ISSAI) 3000, 3100 dan 3200.

Mulai LKAN Tahun 2017 Siri 2, beliau berkata Jabatan Audit Negara telah menambah baik pendekatan pengauditan prestasi dengan memberi penekanan terhadap penilaian output dan outcome, serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan tahap kepuasan golongan sasaran terhadap program atau projek yang dilaksanakan kerajaan.

Laporan itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my mulai hari ini.– Bernama​​​​​​



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/lkan-tahun-2017-siri-2-kemuka-298-syor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Penambahbaikan Dalam Bisnes Yang Boleh Dilakukan Pada Tahun Baru

6 Penambahbaikan Dalam Bisnes Yang Boleh Dilakukan Pada Tahun Baru

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 298 hits
Setiap tahun anda perlu menanam azam untuk melakukan penambahbaikan terhadap bisnes yang dilakukan Anda juga pasti mahu lihat kemajuan dalam bisnes yang dibina Untuk memastikan adanya perubahan daripada awal memulakan bisnes sehingga ke tah...
73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 406 hits
Timbalan Menteri pengangkutan YB Dato Hj Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak kanak pada setiap kendera...
Kedudukan Kewangan Pasb Kurang Stabil Amalan Tadbir Urus Kurang Memuaskan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2

Kedudukan Kewangan Pasb Kurang Stabil Amalan Tadbir Urus Kurang Memuaskan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 289 hits
KUANTAN PKNP Agro Tech Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang ditegur ekoran kedudukan kewangan kurang stabil dan amalan tadbir urus yang kurang memuaskan Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang diben...
Pengidap Hiv Aids Di Pamekasan Meningkat Dibanding Tahun 2017

Pengidap Hiv Aids Di Pamekasan Meningkat Dibanding Tahun 2017

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 216 hits
Dinkes Pamekasan mencatat 74 orang mengidap HIV AIDS dari bulan Januari hingga Oktober tahun ini
Moment Meraikan Majlis Graduasi Tahun 6 Puteri Kedua Di Skkbsr Port Dickson

Moment Meraikan Majlis Graduasi Tahun 6 Puteri Kedua Di Skkbsr Port Dickson

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 843 hits
As Salam Majlis Graduasi Tahun 6 Puteri Kedua di SKKBSR Port Dickson Seingat saya kali pertama saya menghadiri Majlis Graduasi sekolah rendah ketika saya menjadi guru di SERI AL Huda Gombak sekitar tahun 2004 Ketika itu masih lagi guru baru...
Mendagri 5 Tahun Ada Wakil Yang Tak Pernah Diberi Tugas Mewakili Gubernur

Mendagri 5 Tahun Ada Wakil Yang Tak Pernah Diberi Tugas Mewakili Gubernur

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 178 hits
Dia menuturkan pembagian tugas antara kepala daerah dan wakil tidak ada Semua adalah tanggung jawab kepala daerah
Eks Kadis Perkebunan Jatim Divonis 1 Tahun 3 Bulan Penjara Terkait Suap Dprd

Eks Kadis Perkebunan Jatim Divonis 1 Tahun 3 Bulan Penjara Terkait Suap Dprd

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 270 hits
Syamsul Arifien dijatuhi pidana selama 1 tahun 3 bulan dan denda sebesar Rp 50 juta terkait kasus suap di DPRD Jatim
Jom Baca Rahsia Bulan Kelahiran Hasil Kajian Dari Dato Dr Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

Jom Baca Rahsia Bulan Kelahiran Hasil Kajian Dari Dato Dr Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 447 hits
Rahsia Bulan Kelahiran Hasil Kajian Dari Dato Dr Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun Ini adalah hasil kajian dari Dato Dr Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka Ini adalah untuk pe...
15 Tahun Gagal Dapat Zuriat Suami Ceraikan Isteri Pertama Selepas Berkahwin Dengan Isteri Kedua

15 Tahun Gagal Dapat Zuriat Suami Ceraikan Isteri Pertama Selepas Berkahwin Dengan Isteri Kedua

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 440 hits
15 tahun gagal dapat zuriat suami ceraikan isteri pertama selepas berkahwin dengan isteri keduaDulu si suami berkata dia tidak kisah soal anak dan apa yang penting adalah si isteri sentiasa berada di sisi Malah berjanji tidak akan mencari y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids