Liverpool 4 Barcelona 0 Bawa Liverpool Ke Final


Liverpool 4 Barcelona 0 Bawa Liverpool Ke Final UEFA Champions League. 2018/2019. Dua gol jaringan masing-masing dari Divock Origi dan Georginio Wijnaldum membuatkan pasukan dari Sepanyol Barcelona berputih mata walaupun menang 3-0 di Nou Camp sebelum ini.
Liverpool 4 Barcelona 0 Bawa Liverpool Ke Final Liverpool layak dengan aggregat 4-3. Liverpool melakar salah satu kebangkitan paling mengagumkan dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila mengatasi defisit tiga gol sebelum ini.
Bukan saja berdepan tugasan menggunung untuk mara, tetapi Reds turut kehilangan dua senjata mereka di bahagian serangan pada aksi berkenaan iaitu Mohamed Salah dan Roberto Firmino susulan kecederaan.
Begitupun, Origi dan Wijnaldum membuktikan mereka layak dijulang sebagai wira ketika Barca mensia-siakan kelebihan tiga gol pada aksi pertama buat musim kedua berturut-turut selepas turut tersingkir kepada Roma di suku akhir, musim lalu.
“Sekali lagi kami menunjukkan yang tiada apa yang mustahil dalam bola sepak,” kata Wijnaldum. “Saya amat marah kepada pengurus kerana meletakkan saya di bangku simpanan tetapi saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu pasukan apabila saya dimasukkan.
“Kami masih mempercayainya sejak daripada awal. Orang dari luar (kelab) berfikir ia mustahil tetapi kami masih berupaya melakukannya.”
Tanpa kelibat Salah dan Firmino, skuad kendalian Jurgen Klopp membuktikan mereka masih belum hilang kepercayaan dan dibantu dengan suasana menakjubkan di Anfield.
Ironinya, Origi mungkin tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama jika Salah dan Firmino cergas.
Dan dia meneruskan tugasnya meledak gol penting buat Liverpool dalam usaha kelab itu apabila meledak jaringan pertamanya di Liga Juara-Juara seawal minit ketujuh selepas penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen gagal menangkap kemas cubaan kapten Jordan Henderson.
Selepas jaringan berkenaan, Barca mula mengorak langkah dan hampir berjaya memecah kebuntuan menerusi bintangnya, Lionel Messi berpunca sepakan percuma tetapi ia berjaya dihalang Alisson Becker sebelum penjaga gol Brazil itu menafikan cubaan rakan senegaranya Philippe Coutinho.
Liverpool mungkin berdepan satu lagi masalah kecederaan apabila Andy Robertson tidak dapat meneruskan aksi pada separuh masa pertama dan ia memberi ruang buat Wijnaldum.
Wijnaldum membuktikan impak yang dibawanya apabila meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-54 dan menambah jaringan kedua peribadi, dua minit kemudian sebelum Origi meledak gol kemenangan pada minit ke-79. – AFP
The post Liverpool 4 Barcelona 0 Bawa Liverpool Ke Final appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaviralterkini.com/liverpool-4-barcelona-0-bawa-liverpool-ke-final/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebangkitan Luar Biasa Liverpool Bikin Barcelona Terkedu

Kebangkitan Luar Biasa Liverpool Bikin Barcelona Terkedu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 280 hits
KEBANGKITAN dipamerkan pemain Liverpool ketika menyingkirkan gergasi La Liga Barcelona dengan agregat 4 3 pada separuh akhir kedua Liga Juara Juara di Anfield disifatkan sebagai cukup luar biasa Pengendali The Reds Jurgen Klopp berkata keme...
Liverpool Mara Ke Pentas Akhir Kejutkan Barcelona 4 0

Liverpool Mara Ke Pentas Akhir Kejutkan Barcelona 4 0

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 855 hits
Meskipun tanpa pemain sensasi mereka Mo Salah dan Roberto Firmino akibat kecederaan Liverpool berjaya melayakkan diri ke pentas akhir dengan membenam Barcelona dengan jaringan 4 0 bagi meneruskan misi untuk memenangi Piala Juara Juara untuk...
Mufti Wp Kongsi Iktibar Daripada Kebangkitan Mempesonakan Liverpool Atasi Barcelona

Mufti Wp Kongsi Iktibar Daripada Kebangkitan Mempesonakan Liverpool Atasi Barcelona

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 291 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dato Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sememangnya merupakan seorang tokoh agamawan yang sentiasa cakna dengan perkembangan semasa merangkumi pelbagai aspek berita Sehubungan dengan itu senario bola...
Menang Kompetisi Video Anak Muda Ini Bawa Pulang Satu Unit Suv Wuling Almaz

Menang Kompetisi Video Anak Muda Ini Bawa Pulang Satu Unit Suv Wuling Almaz

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 415 hits
Wuling Motors mengumumkan pemenang kompetisi berbasis permainan Drive Unlimited Way Challenge di Indonesia International Motor Show 2019 di JIExpo Kemayoran Jakarta Kompetisi ini berlangsung mulai dari 23 Januari hingga 5 Maret 2019 dan dii...
See You In Court Pu Abu Mahu Bawa Haniff Johara Ke Mahkamah Tak Sangka Ini Puncanya

See You In Court Pu Abu Mahu Bawa Haniff Johara Ke Mahkamah Tak Sangka Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 670 hits
See You In Court PU Abu Mahu Bawa Haniff Johara Ke Mahkamah Tak Sangka Ini Puncanya See You In Court PU Abu Mahu Bawa Haniff Johara Ke Mahkamah Tak Sangka Ini Puncanya
Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 446 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman KUALA LUMPUR Hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K Pop popular ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak membawa apa apa kebai...
Batalkan Hasrat Kbs Bawa Masuk K Pop Bts Presiden Teras

Batalkan Hasrat Kbs Bawa Masuk K Pop Bts Presiden Teras

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 420 hits
HALAMAN HIBURANBANGI 21 Syaaban 1440H Sabtu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didesak membatalkan hasrat membawa masuk kumpulan K Pop terkenal BTS ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Menyifatkan langkah mem...
Apa Faedah Habis Rm4 2 Juta Bawa Artis Kpop

Apa Faedah Habis Rm4 2 Juta Bawa Artis Kpop

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 462 hits
Jika sebelum ini Sharnaaz Ahmad bersuara kini giliran Awie pula menyelar usaha Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq yang mahu membawa masuk The post appeared first on
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

Saya Minta Ditukarkan Kepada Pembiayaan Peribadi Islamic Bank Kenapa

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Komando Serang Masjid Rusila

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Rizab Antarabangsa Malaysia Tetap Kukuh Pada Usd12 Bilion Menunjukkan Kestabilan Ekonomi Negara

4 Fon Kepala Wayarles Anc Bunyi Sedap Harga Bawah Rm500

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Oktober Hingga 29 Oktober 2025

Kedah Lelaki Bangladesh Mati Dijerut 6 Termasuk Suspek Ditahan