Batalkan Hasrat Kbs Bawa Masuk K Pop Bts Presiden Teras



HALAMAN HIBURAN


BANGI, 21 Syaaban 1440H, Sabtu – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didesak membatalkan hasrat membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS, ke negara ini, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. 
Menyifatkan langkah membawa masuk kumpulan dari Korea itu sebagai tidak bijak, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan sepatutnya menunjukkan komitmen untuk memelihara negara daripada terpengaruh dengan budaya luar.

Pada masa sama, katanya, Kementerian Belia dan Sukan juga patut mengutamakan budaya kebangsaan untuk menarik pelancong, bukannya mengundang artis luar hanya kerana mendatangkan keuntungan lumayan.


“Apakah budaya tempatan yang mempunyai nilai tersendiri tidak mahu diketengahkan. Kumpulan K-Pop BTS yang lebih membawa nilai asing dari Barat, malah tidak mempunyai sebarang nilai sahsiah pula ditonjolkan.

“Justeru, kami mengesa agar pihak KBS membatalkan hasrat mengundang BTS dari Korea, dan rujuk kembali kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaaan agar mengadakan acara yang tidak bertentangan nilai tempatan,” katanya dalam satu kenyataan. 
Sebelum ini, Syed Saddiq memaklumkan, pihaknya dalam usaha membawa masuk kumpulan itu ke Malaysia tahun depan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020

Beliau menjelaskan kehadiran kumpulan muzik luar negara ke Malaysia bukan bertujuan untuk melalaikan generasi muda, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara

Malah, beliau berkata, pihaknya komited menjadikan Perbadanan Stadium Malaysia (PMS) sebagai hub industri hiburan yang bakal memberi pulangan kepada negara. (ismaweb.net/)Hiburan Dalam Islam
Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

Tujuan:

Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

Hiburan Syarie..

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip itu mempunyai perkataan yang tidak  boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala, juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).
( Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya. ( HR Muslim)

3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)

إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya. (HR Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
( Al A’raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :
إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا
Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء … منهن…. واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب – خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] – المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 4/75
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:
لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :
Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
(HR Ibnu Majah)

PERINGATAN
Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :
“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.

Kesimpulan
Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar.

Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.


Video: LOLONG - Ebiet G. Ade


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/batalkan-hasrat-kbs-bawa-masuk-k-pop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kbs Sedang Berusaha Bawa Masuk Bts Ke Malaysia Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Kbs Sedang Berusaha Bawa Masuk Bts Ke Malaysia Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 715 hits
The ReporterMenteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang dalam usaha untuk membawa masuk kumpulan K Pop terkenal iaitu BTS ke Malaysia untuk membuat persembahan bersempena dengan Tah...
Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

Syed Saddiq Bawa Bts Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 Artis Malaysia Kurang Power K Pop Agaknya

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 697 hits
Penggemar muzik K Pop pastinya gembira dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa persembahan kumpulan popular Bangtan Boys ke negara ini Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui penggiat seni tempatan S...
Ditegur Artis Tempatan Kenapa Nak Sangat Nak Bawa Bts Ke Malaysia Ini Respon Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

Ditegur Artis Tempatan Kenapa Nak Sangat Nak Bawa Bts Ke Malaysia Ini Respon Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 573 hits
Sebelum ini kecoh apabila Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq mengumumkan bahawa Kumpulan K Pop BTS dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia Terdapat segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan je...
Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 343 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman KUALA LUMPUR Hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K Pop popular ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak membawa apa apa kebai...
Nak Jemput Setan Setan Ni Datang Kenyataan Pu Syed Setankan Bts Peminat Bukan K Pop Turut Sekolahkan Pu Syed

Nak Jemput Setan Setan Ni Datang Kenyataan Pu Syed Setankan Bts Peminat Bukan K Pop Turut Sekolahkan Pu Syed

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 680 hits
Nak Jemput Setan Setan Ni Datang Kenyataan PU Syed Setankan BTS Peminat Bukan K Pop Turut Sekolahkan PU Syed Selepas Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa pihaknya bakal membawa masuk kumpulan BTS dari ...
Kenapa Banggakan Orang Luar Je Bawa K Pop Ke Malaysia Awie Tibai Syed Saddiq

Kenapa Banggakan Orang Luar Je Bawa K Pop Ke Malaysia Awie Tibai Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 363 hits
Kenapa banggakan orang luar je Bawa K Pop ke Malaysia Awie tibai Syed Saddiq Baru baru ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu pihak mereka dalam usaha bagi membawa kumpulan K Pop BTS sempena Tahun Melawat Mala...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat