Lirik Lagu Sikasih Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat


Lirik Lagu Sikasih - Abam Bocey Tinggalkan Untuk Peminat | Salam semua, sejak pemergian pelawak terkenal, Abam atau nama yang sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Juga ahli kumpulan Bocey, sampai sekarang tak putus - putus buka mana - mana sosial media, mesti ada cerita pasal arwah yang lalu - lalang. Sis bila tahu Abam dah tak ada, terkejut la jugak, macam tak percaya.


Bila sis dengar cerita - cerita kebaikan yang Abam pernah buat semasa hayat hidupnya, lagi sis sebak. Ya Allah, patutlah ramai yang solat jenazah arwah Abam. Tak putus juga ramai Ustaz sentiasa sebut nama arwah kat Youtube, Ustaz Ebit Liew, Ustaz Kazim Elias, PU Rahmat. Kalian cubalah tonton kat Youtube. Ramainya orang baik - baik mendoakan Abam, sampaikan ustaz pun petik nama arwah. Orang baik - baik ni Allah sayang.

Dua lagi ahli anggota kumpulan Bocey adalah Fad dan Achey. Mereka adalah sahabat paling rapat. Mereka lagi macam tidak dapat menerima kenyataan yang Abam dah tak ada.

Lagu Sikasih Untuk Peminat Abam Bocey 

Mula - mula sis tak perasan pun pasal lagu Sikasih. Sebab ternampak ada yang kongsi di facebook. Tertanya pula siapa Sikasih. Sis pergi intai instagram arwah, tapi dah privatekan. Sis ingatkan arwah ada channel youtube. Kemudian tengok pula di instagram Achey sendiri. Rupanya Sikasih tu tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Abam sendiri. Allahuakbar.

Sedih dan sayu bila lihat anak kecil arwah. Wajah anak kecil yang tak tahu apa - apa. Sis tengok view di klip video tersebut dah lebih 2 juta lebih views dah selepas dipromosikan oleh Achey di instagram. Sis berulangkali dengar pun rasa tak tahan sebak gugur juga air mata ni. Maksud lirik lagu tersebut amat mendalam.




View this post on Instagram


SIKASIH..... apa itu??... cari di YouTube apa @abam_bocik tinggal kan untuk kita... please dengarkan naikkan view dan hasilnya untuk tanggungjawap yang dia tinggalkan... iringi lah dengan doa anda untuk nya... #bocey #gemokisawesomeA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on Feb 10, 2020 at 4:48am PST
Lirik lagu Sikasih telah ditulis oleh Zimi dan Rongak. Sis ingat lagu ini lagu baru tahun ini, rupanya tak. Video lirik lagu Sikasih telah dimuatnaik di Youtube pada 22 Februari 2019. Dalam bait dalam lirik lagu tersebut ada satu rangkap sis terasa menusuk dalam kalbu sangat.

" Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia ". Bukan sis saja yang tersentuh ramai netizen lain yang tersentuh mendengar lagu ini setelah pemergian arwah. Setakat sis tengok kat Youtube komen dah lebih 7K. Di antara komen - komen di video lirik lagu Sikasih yang menyentuh perasaan.


Kami sayang Abam
Abam hanya satu dan tiada ganti

Rehatlah Abam. Kami tahu Abam penat.
Abam dah tak sama dunia dengan kita. Dia dah dunia lain, dunia yang lebih indah. InsyaAllah kita akan bertemu dengan Abam suatu hari nanti. Sentiasa ingat pesan abam. #kitabaikramaisayang
Daripada menangis lebih baik kita memperbanyakkan doa untuk Abam insyaAllah Abam tenang di sana. Al fatihah.

Abam selamanya di hati kami.


 Malaysian's sweetheart. Abam akan sentiasa dikenang. Semasa hidupnya dia menghiburkan, menyenangkan hati semua orang. Kepergiannya ditangisi ribuan orang. Kata - kata dan kebaikannya akan dijadikan contoh orang - orang insyaAllah semoga abam ditempatkan di antara para solihin, "kita baik ramai sayang".

Aku akan ingat kata - kata ini sampai mati, terima kasih diatas motivasi ini Abam, sebuah kepergian yang meningglkan luka yang mendalam terhadap kami semua, Abam bukan sahaja seorang pelawak, tapi dia insan yang sangat baik, Allah sayangkan dirinya, sebab itulah dia pergi dulu.

Segala kebaikanmu yang tak pernah ditunjuk terbongkar sedikit demi sedikit. Itulah janji Allah orang - orang solihin. Dia buat baik ramai sayang dia. Dia buat baik tanpa menunjuk - nunjuk tapi bila dia dah tak ada kebaikannya terbongkar.

Orang yang tak berapa kenal dia pun boleh menangis apatah lagi yang kenal dia. Mulia hatinya. Abam, kan ku kenang mu dalam doaku.


Arwah Abam meninggalkan satu inspirasi buat diri ini, dengan tagline dia "kita baik ramai sayang". Dia mengutamakan ibunya dan keluarganya dan dia sangat rajin bersedekah serta berbuat kebajikan kepada semua orang.

Seperti saya yang baru berusia 20. Ayah saya sakit stroke dan saya merupakan seorang anak yang harus menampung kedua ibu bapaku. Jadinya setiap kata - kata abam akan saya ingat. "Utamakan keluarga dahulu". Itu yang saya harus ingat !

Terima kasih Abam ! Terima kasih buat segala - segalanya!. Semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman hendaknya. Al Fatihah. Miss you Abam #kitabaikramaisayang.

Rata - rata komen ambil tagline Abam "kita baik ramai sayang" . Semua kebaikan yang arwah buat dijadikan inspirasi buat yang masih hidup.

Sis ni jarang nak kongsi lirik lagu dalam blog. Sebab makna lirik lagu Sikasih sangat mendalam. Sis kongsi di sini. Lebih lagi, lagu ini dah makin popular selepas arwah dah tak ada. Lagi sayu dan sebak bila mendengar suara Abam.

Lirik Lagu Sikasih 

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala di miliki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mula kan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Namun takkan mungkin
Ku Menjadi seperti dirimu
(Menjadi sepertimu)

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat dijiwa

Video Klip Lagu Sikasih – Abam Bocey



Semoga arwah Abam ditempatkan ke dalam golongan orang - orang yang beriman dan soleh Salam takziah buat keluarga arwah Abam.

Sumber
1. Ohlirik.com
2. BH online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/02/lirik-lagu-sikasih-abam-bocey.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbeza Sudah Dua Dunia Lagu Abam Tinggalkan Buat Kita Please Dengar Naikkan View

Berbeza Sudah Dua Dunia Lagu Abam Tinggalkan Buat Kita Please Dengar Naikkan View

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 397 hits
Berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pagi semalam masih lagi dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia Arwah Abam meninggalkan seorang isteri Nor Hidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Ham...
Abam Bocey Tiada Lagi Tinggalkan Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

Abam Bocey Tiada Lagi Tinggalkan Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 321 hits
Al fatihah Hari ini kita dikhabarkan dengan berita sedih pemergian seorang insan seni Abam Bocey yang telah menghadap illahi pagi tadi Arwah meninggalkan seorang isteri dan anak yang baru sahaja berusia 5 bulan Semoga rohnya di tempatkan be...
Tinggalkan Isteri Bayi 8 Bulan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Tinggalkan Isteri Bayi 8 Bulan Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 834 hits
Pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi ini Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali iaitu adik kepada Abam Isteri Abam hubungi saya dan beritahu abang s...
Lagu Si Kasih Abam Bocey

Lagu Si Kasih Abam Bocey

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 721 hits
hai assalammualaikumLagu Si Kasih Abam Bocey Masih terkejut dengan pemergian arwah Abam Bocey masih tidak percaya dia telah meninggalkan kita semua Antara pelawak nad suka tengok sangat selamba je dia buat lawak Tagline Gemuk Is Awesome bua...
Abam Bocey Yang Akan Dirindui

Abam Bocey Yang Akan Dirindui

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 487 hits
Assalamualaikum hai semua Abam Bocey Yang Akan Dirindui Hari nie kita semua dikejutkan dengan pemergian pelawak yang disayangi ramai Syed Omar Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey Kak Sue sendiri tak dapat nak tahan airmata se...
Nak Famous Sangat Ke Setan Netizen Selar Individu Hina Arwah Abam Bocey

Nak Famous Sangat Ke Setan Netizen Selar Individu Hina Arwah Abam Bocey

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 561 hits
Pemergian pelawak Abam Bocey membuatkan ramai yang sedih dan terasa dengan kehilangannya itu Tetapi ada juga individu yang biadab mengutuk arwah Abam secara terbuka di media sosial Di Facebook seorang individu yang menggunakan nama Mrspoon ...
Belasungkawa Abam Bocey

Belasungkawa Abam Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 1177 hits
KELETAHNYA yang bersahaja dan menghiburkan menjadikan Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disenangi peminat dan rakan rakan Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga meletakkan A...
Rasa Janggal Enam Hari Sebelum Abam Meninggal Dunia Fad Bocey

Rasa Janggal Enam Hari Sebelum Abam Meninggal Dunia Fad Bocey

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 686 hits
ARWAH merancang nak tambah seorang lagi anak kata anggota kumpulan Bocey Fad menceritakan perbualan terakhirnya dengan Allahyarham Abam sebelum dia meninggal dunia Isnin lalu Fad 29 atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata p...
Abam Bocey Insan Luar Biasa

Abam Bocey Insan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 291 hits
KERANA dia rezeki saya melimpah ruah Atas nasihat dia juga saya kini memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan perniagaan untuk anak anak yatim kata seorang stokis peralatan sauna Hamidah Husin 55 mengenai pengalamannya bersama pelawak ...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven