Abam Bocey Insan Luar Biasa



“KERANA dia, rezeki saya melimpah ruah. Atas nasihat dia juga, saya kini memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan perniagaan untuk anak-anak yatim,” kata seorang stokis peralatan sauna, Hamidah Husin, 55, mengenai pengalamannya bersama pelawak popular, Abam Bocey yang meninggal dunia Isnin lalu

Hamidah berkata, dia menghubungi Abam tahun lalu bagi menawarkan produk jualannya untuk digunakan

“Niat saya sebenarnya nak bantu dia dari segi kesihatan. Bukan nak mengharapkan dia drastik menjadi kurus atau sebagainya

“Saya juga tiada pengalaman berurusan dengan artis dan hanya mencuba nasib dengan DM kepada Abam di Instagram

“Saya amat terkejut apabila dia menjawab mesej saya dengan santai tanpa menunjukkan sikap sombong walaupun dia sangat popular,” katanya kepada Harian Metro

Menurut Hamidah, selepas berbincang, dia menghantar sendiri peralatan itu kepada Abam di rumahnya di Gombak

“Memandangkan rumah Abam jauh ke dalam, dia jemput saya di tepi jalan besar dan saya berasa amat terharu

“Sebaik peralatan itu sampai ke tangannya, Abam terus membukanya dan meminta pembantu peribadinya merakam video tanpa disuruh oleh saya

“Saya nak bagi untuk kesihatan dia tanpa minta dia membuat ulasan. Lagipun produk itu boleh digunakan untuk ibunya juga kerana kebetulan ibunya tidak sihat,” katanya

Hasmah berkata, selepas tiga hari dan dibuat suntingan, barulah Abam memuat naik video itu di Instagram dan mendapat reaksi hangat daripada pengguna

“Bayangkan beratus ribu produk ini dapat dijual. Ejen semua beroleh pendapatan lima angka sebulan

“Jualan untuk sehari penuh satu lori. Ia sesuatu yang amat mengejutkan dan menakjubkan bagi kami

“Saya tak lupa menghubunginya bagi mengucapkan terima kasih. Jawapan ringkas daripadanya ialah ini rezeki bersama daripada Allah,” katanya

Hamidah kemudian mahu membayar Abam atas perkhidmatannya itu, namun dia terkejut apabila pelawak dan pelakon popular itu menolaknya

“Dia nasihatkan saya supaya gunakan bahagian yang sepatutnya diberikan kepadanya anak yatim

“Hati saya memang tersentuh dengan nasihatnya. Sekarang dia sudah tiada tapi saya akan ingat pesanannya supaya sentiasa bersedekah ke rumah anak yatim supaya murah rezeki

“Sejak berurusan dengan dia, barulah timbul keberanian untuk saya berhubung dengan artis lain. Dia juga banyak bantu pertemukan saya dengan artis lain,” katanya

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak pada 7.15 pagi Isnin lalu selepas mengadu demam dan sakit kepala selama dua hari

Ketika hayatnya, Abam dikenali rajin membantu golongan anak-anak yatim, menampung persekolahan anak-anak golongan miskin serta mengutamakan kebahagiaan ibu serta adik-beradiknya.

AL FATIHAH..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://viralglamour.blogspot.com/2020/02/abam-bocey-insan-luar-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalan Luar Biasa Abam Mr Os Dan Pak Yus Ketika Hidup Ustaz Hanafi Bongkar Mengapa Ramai Ziarah Jenazah Mereka

Amalan Luar Biasa Abam Mr Os Dan Pak Yus Ketika Hidup Ustaz Hanafi Bongkar Mengapa Ramai Ziarah Jenazah Mereka

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 685 hits
BENARLAH seperti diperkatakan dalam banyak kuliah agama jika seseorang melakukan sesuatu amal dengan ikhlas kerana Allah SWT ganjaran pahala dan darjat seseorang manusia itu akan diangkat serta dikenang sehingga akhir hayatnya Demikianlah y...
Nak Famous Sangat Ke Setan Netizen Selar Individu Hina Arwah Abam Bocey

Nak Famous Sangat Ke Setan Netizen Selar Individu Hina Arwah Abam Bocey

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 653 hits
Pemergian pelawak Abam Bocey membuatkan ramai yang sedih dan terasa dengan kehilangannya itu Tetapi ada juga individu yang biadab mengutuk arwah Abam secara terbuka di media sosial Di Facebook seorang individu yang menggunakan nama Mrspoon ...
039 Esok Aku Ziarah Kau Abam 039 Fad Bocey

039 Esok Aku Ziarah Kau Abam 039 Fad Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 686 hits
ERTI persahabatan yang rapat dan sukar diungkap dengan kata kata Itulah yang mungkin gambaran perasaan Fad Bocey yang tidak dapat menziarah jenazah Abam Bocey kerana bercuti bersama keluarganya di Tokyo Jepun Fad yang tidak mahu ketinggalan...
Abam Bocey Yang Akan Dirindui

Abam Bocey Yang Akan Dirindui

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 570 hits
Assalamualaikum hai semua Abam Bocey Yang Akan Dirindui Hari nie kita semua dikejutkan dengan pemergian pelawak yang disayangi ramai Syed Omar Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Abam Bocey Kak Sue sendiri tak dapat nak tahan airmata se...
Abam Bocey Meninggal Dunia Kenapa Tak Tunggu Aku Fad Bocey

Abam Bocey Meninggal Dunia Kenapa Tak Tunggu Aku Fad Bocey

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1105 hits
Abam Bocey meninggal dunia Baru dapat berita 10 Februari 2020 Pelawak terkenal Malaysia Abam Bocey Meninggal Dunia Innalillahiwainnailaihirajiun Nama sebenar Abam Syed Umar Mokhtar B Syed Mohd Redzuan Moga beliau ditempatkan dalam kalangan ...
Pelawak Abam Bocey Telah Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Pelawak Abam Bocey Telah Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 455 hits
Pelawak Abam Bocey Meninggal DuniaPelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali iaitu adik kepada Abam Loading Isteri...
Al Fatihah Buat Abam Bocey Pemergian Yang Mengejutkan

Al Fatihah Buat Abam Bocey Pemergian Yang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 701 hits
Berita yang mengejutkan semua orang Saat sana sini masih heboh pasal AJL semalam Tetiba je dunia seni dikejutkan dengan pemergian mengejut Abam Bocey Abam Bocey disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarganya iaitu adiknya sendiri Ali Puteh ...
Belasungkawa Abam Bocey

Belasungkawa Abam Bocey

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 1293 hits
KELETAHNYA yang bersahaja dan menghiburkan menjadikan Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disenangi peminat dan rakan rakan Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga meletakkan A...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Cik Pon Bakal Talak Satu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Suamiku Ting Tong

Akim The Majistret Gasoline Chord

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Menara Kl Hanya Syarikat Pengurusan Berubah Masih Dimiliki Kerajaan

Pm Anwar Terima Panggilan Telefon Daripada Pm Shehbaz Bincang Hubungan Dua Hala Malaysia Pakistan