Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak Kenalpasti Gejala Yang Ada


Dalam memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa , keutamaan kita adalah untuk memastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk menyediakan kemudahan yang memberi keselesaan kepada mereka. Selain makan, minum, pakaian serta tempat tinggal, salah satu perkara yang ibu bapa perlu titikberatkan adalah soal kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, mulalah kita rasa risau kan?
Selain daripada demam, batuk dan selesema, terdapat pelbagai lagi penyakit berkaitan kanak-kanak yang merisaukan, termasuk  risiko penyakit yang melibatkan jangkitan otak seperti Meningitis dan Ensefalitis. Walaupun kes ini jarang berlaku, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang tanda dan gejala penyakit ini serta langkah pencegahannya.
Fahami Apa Itu Meningitis dan Ensefalitis
Penyakit merbahaya berkaitan dengan jangkitan kuman dalam otak, boleh membawa maut dan ia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Meningitis dan Ensefalitis. Meningitis ialah keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang yang dikenali sebagai meninges. Manakala Ensefalitis pula melibatkan keradangan akut di bahagian tisu otak.
Kedua-dua penyakit ini boleh memberikan kesan serius pada kesihatan kanak-kanak. Selain berpotensi menyebabkan kelemahan secara am, ia juga boleh menyebabkan gangguan neurologi seperti kekejangan, masalah pembelajaran, serta komplikasi pendengaran atau penglihatan. Kesan dan tahap serius jangkitan kuman juga turut berbeza mengikut pesakit, kerana ia bergantung kepada sejauh mana sistem saraf pusat seseorang itu terjejas.
Sumber foto: www.shutterstock.com Selain itu, pesakit juga mungkin mempunyai risiko komplikasi jangka panjang atau kecacatan. Meskipun keadaan ini menakutkan, namun penyakit-penyakit ini dapat diuruskan dengan berkesan melalui kesedaran awal dan rawatan segera yang tepat.
Penyakit Tak Kenal Usia, Cegahlah Dari Awal  
Penyakit berkaitan jangkitan otak ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia dan mudah tersebar melalui titisan cecair saluran pernafasan. Sangat mudah kan untuk ia tersebar dan menjangkiti orang lain?
Untuk mengurangkan risiko dijangkiti, kesedaran yang tinggi tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan yang baik perlu ditekankan. Misalnya dengan mengelakkan kontak rapat atau menghindari aktiviti pertukaran air liur seperti berkongsi peralatan makan dan bercium.
Sensitif Terhadap Bunyi & Cahaya Antara Gejala Jangkitan Otak
Pengesanan awal gejala seperti demam, muntah, sakit kepala, kekakuan otot, sering mengantuk, lesu serta sensitiviti terhadap bunyi dan cahaya (fotofobia) yang dialami oleh anak anda adalah penting. Apabila gejala ini dapat dikenalpasti segera, ia boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil rawatan yang akan dijalani.
Sumber foto: www.shutterstock.com Mengenal pasti punca jangkitan juga penting untuk menentukan rawatan yang berkesan dan sesuai. Antara punca jangkitan yang menyebabkan penyakit Meningitis dan Ensefalitis termasuklah penyebaran bakteria dan virus yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, kulat, masalah autoimun dan dadah.
Langkah-Langkah Diagnostik dan Rawatan
Prosedur diagnostik seperti ujian darah, CT (Computed Tomography), atau MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah kritikal untuk menentukan langkah seterusnya dengan tepat. Penyakit ini mempunyai beberapa kaedah rawatan yang berbeza, termasuklah menggunakan antibiotik untuk jangkitan bakteria, antiviral untuk kes tertentu, dan ubat anti-kejang untuk individu yang mengalami keadaan kejang.
Lumbar Puncture atau Tebukan Spinal, juga merupakan salah satu kaedah diagnostik, yang melibatkan pengumpulan cecair serebrospinal (Cerebrospinal Fluid) untuk mendapatkan analisis. Walaupun pada umumnya selamat, kaedah ini mungkin memerlukan pembiusan bagi kanak-kanak dan ia merupakan prosedur yang dapat menyumbang dalam menentukan diagnosis yang tepat dan perancangan pengurusan yang berkesan.
Vaksinasi: Kunci Pencegahan
Vaksinasi adalah antara langkah pencegahan yang amat penting. Sebagai contoh, vaksin Meningokokus (Meningococcal vaccine) boleh membantu mencegah bakteria meningitis yang disebabkan oleh Neisseria meningitidis.
Sumber foto: www.shutterstock.com Tahukah ibu bapa, vaksin untuk demam campak, beguk, rubella (MMR), cacar air, dan ensefalitis Jepun (Japanese encephalitis) pula dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit otak ini yang bukan sahaja mampu melindungi individu malah pada masa yang sama, ia turut mengurangkan penularan jangkitan tersebut dalam kalangan masyarakat.
Dapatkan Nasihat & Bantuan Dari Pakar Terbaik Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita harus mempunyai kesedaran yang tinggi dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk melindungi anak kita daripada terkena jangkitan otak. Di Damansara Specialist Hospital 2 (DSH2), mereka komited untuk melindungi anak-anak anda.
Di bawah pengawasan Dr. Shalini Shanmugam, perunding pediatrik berpengalaman, hospital ini menjanjikan konsultasi serta rawatan terbaik untuk pesakit kanak-kanak. Beliau bukan sahaja merupakan pakar dalam pengkhususan pediatrik am, malah turut cemerlang dalam pengurusan neonatal, pemakanan, dan pertumbuhan kanak-kanak. Kepakaran dan pengalaman beliau telah banyak menyumbang kepada penyediaan penjagaan kesihatan yang terbaik dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Dr. Shalini Shanmugam Terletak di Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, DSH2 merupakan sebahagian daripada rangkaian hospital pakar KPJ Healthcare Berhad yang menawarkan rawatan berteknologi tinggi dalam bidang-bidang klinikal utama. Dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia yang dipacu oleh Artificial Intelligence (AI) serta sistem digital berintegrasi, DSH2 menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa untuk si kecil anda.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah temujanji dengan pakar pediatrik DSH2, Dr. Shalini Shanmugam, hantarkan email ke [email protected], hubungi +603 7717 3000 atau layari www.kpjhealth.com.my/damansara2/
The post Lindungi Anak Anda Daripada Jangkitan Otak, Kenalpasti Gejala Yang Ada appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lindungi-anak-anda-daripada-jangkitan-otak-kenalpasti-gejala-yang-ada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didiklah Anak Perempuan Dengan Adab Lindungi Sebaiknya Penuh Kasih Sayang

Didiklah Anak Perempuan Dengan Adab Lindungi Sebaiknya Penuh Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 155 hits
Benarlah kata orang menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki Anak perempuan perlu dijaga sebaiknya dilentur agar patuh dengan agama dan adab barulah mereka lebih terpelihara Perkongsian Dr Redza Zainol ini banyak benarnya anak p...
Selera Makan Perkembangan Otak Anak Terjejas Bila Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

Selera Makan Perkembangan Otak Anak Terjejas Bila Ibu Bapa Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 229 hits
Selera makan dan perkembangan otak anak berkait rapat dengan selera makan Anak yang tidak selera makan tentu akan jejaskan perkembangan fizikal dan otak anak Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat makanan ...
Parah Parah Semua Subjek Drop Ibu Masih Tak Puas Hati Anak Dapat 8a Kecewa Ada Gred B Dalam Result Exam

Parah Parah Semua Subjek Drop Ibu Masih Tak Puas Hati Anak Dapat 8a Kecewa Ada Gred B Dalam Result Exam

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 197 hits
Melalui laman X baru baru ini tular satu ciapan memaparkan pengguna platform itu rasa sedih apabila mengetahui seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan keputusan peperiksaan anak secara terbuka Anak dapat 8A pun masih kecewa Dalam foto tang...
Anak Tidur Lebih Nyenyak Amalkan Mandi Air Garam Lagi Berkualiti Tidur Anak

Anak Tidur Lebih Nyenyak Amalkan Mandi Air Garam Lagi Berkualiti Tidur Anak

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 130 hits
Mak ayah mana yang tak risau bila anak kerap demam batuk dan selesema berpanjang Rupanya amalan berendam dalam air garam antara yang disyorkan untuk memulihkan kesihatan anak Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan amalan mandi air gar...
Risiko Jika Hamil Lagi Bunga Cinta Lestari Tak Mahu Tambah Anak

Risiko Jika Hamil Lagi Bunga Cinta Lestari Tak Mahu Tambah Anak

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 162 hits
Enggan mengambil sebarang risiko penyanyi dan pelakon popular Indonesia Bunga Cinta Lestari yang baru mendirikan rumahtangga pada Disember lalu tidak merancang untuk memiliki cahaya mata lagi Menurut Bunga dia tidak mahu mengambil sebarang ...
Gabung Klasik Moden Anak Kedua Genap Sebulan Dayana Roza Kongsi Nama Baby

Gabung Klasik Moden Anak Kedua Genap Sebulan Dayana Roza Kongsi Nama Baby

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 222 hits
Genap sebulan selepas dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu pelakon Dayana Roza tampil berkongsi nama buah hati terbarunya Menerusi Instagramnya Dayana yang mesra disapa dengan panggilan nama D berkongsi pilihan namanya dan suami buat pute...
Mama Hati Hati Beri Anak Makan Buah Buahan Kecil Doktor Kongsi Tip Elak Tercekik

Mama Hati Hati Beri Anak Makan Buah Buahan Kecil Doktor Kongsi Tip Elak Tercekik

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 173 hits
Mama sewaktu beri anak makan buah buahan kecil hati hati jangan sampai anak Buah buahan yang kecil ini biasanya jika memang membahayakan Beri anak kecil makan buah buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan Namun ia boleh jadi b...
Dengki Pada Anak Sendiri Tak Rasa Kasih Sayang Ibu Fatiya Latiff Luah Perasaan

Dengki Pada Anak Sendiri Tak Rasa Kasih Sayang Ibu Fatiya Latiff Luah Perasaan

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 162 hits
Pelakon sensasi Fatiya Latiff sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membuat hantaran luahan hatinya sebagai seorang anak di Instagram pada Khamis Setiap kenyataan dan tindakan yang dibuat pelakon ini membuatkan peminat dan netizen ter...
Anak Kakitangan Hospital Maut Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta

Anak Kakitangan Hospital Maut Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 189 hits
SHAH ALAM 1 Feb Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam Selasa lepas Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mo...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Cara Kira Bmi

Cara Masak Ikan Cencaru Sumbat Sambal Portugis

Macam Baby Jadi Duta Bersama Dato Sri Siti Nurhaliza Akui Tak Kelip Mata Tengok Kulit Kim Soohyun

Antara Sembang Deras Dan Sembang Realiti

Siasatan Telah Dimulakan 5 Adun Sabah Sudah Dipanggil Untuk Berkenalan Dwngan Sprm

Kenangan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Di Universiti Sultan Zainal Abidin