Lindt Chocolate Museum Day 9




Alhamdulillah kita bersua lagi. Selepas selesai hari mengunjungi Mount Titlis, rasa macam fikiran dah relax. Pada saya, ianya seperti aktiviti kemuncak untuk percutian ke Switzerland. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. 
Destinasi hari ini lebih santai dan relax di mana kami akan melawat Lindt chocolate museum dan jalan jalan di bandar Lucerne. Dulu, masa ke sini, kami tinggal di Lucerne. Boleh klik entri di SINI dan SINI. 
Selepas sarapan, kami keluar hotel pun agak lewat, boleh lah ambil masa untuk bersiap siap. Kami turun dan bergambar dulu di perkarangan hotel sebagai kenangan. Pendek kata macam chill sangat sangat hari ni.


Ketika tiba di sini, ianya belum dibuka lagi. Jadi kami pun ambil masa untuk bergambar terlebih dahulu. Yang penting ialah group photo, acara wajib bagi setiap tempat yang kami kunjungi.




Seperti biasa, kami berposing dulu di hadapan chocolate museum ini. Ada disediakan tempat untuk kita bergambar, juga ditandakan tempat untuk kita berselfie. Bagus juga cara mereka mempromosi. Dari sudut selfie memang akan nampak signage Lindt Home of Chocolate. Boleh tengok gambar selfie saya di atas.

Sebaik ianya dibuka, group kami terus masuk dan beratur di barisan hadapan sekali untuk masuk ke muzium. Di sini, ada dipamerkan  sejarah coklat bermula dari penanaman pokok sehingga ianya diproses di kilang dan siap menjadi coklat yang sedap.


Kita akan dibekalkan dengan interactive gadjet dengan audio untuk mendengar penerangan akan sesuatu proses dengan hanya lekatkan gadjet di butang yang disediakan dan kemudian dekatkan di telinga kita. 



Di muzium ini juga ada disediakan chocolate tasting. Ada 3 station melted chocolate fountains untuk kita merasa ketiga tiga perasa iaitu white, milk dan dark chocolate. Kita boleh merasainya sebanyak mana yang kita sukai. 


Kemudian beralih pula ke tasting station untuk chocolate bar dengan pelbagai perisa kepingan coklat. Pun boleh makan sebanyak mana yang kita sukai. Tadah jer tangan, secara auto akan dispense chocolate di tapak tangan kita.




Sebelum keluar, kita akan melalui station untuk mengambil chocolate LINDOR Truffles di mana kita dibenarkan mengambil 1 biji untuk setiap jenis LINDOR ball yang sangat sedap. Ada jer yang ambil lebih pada perisa yang disukai. 
Tapi saya ni jenis ikut peraturan dan menanya staf yang menjaga. Mereka kata ambil satu jer. Saya pulangkan balik 1 dan mereka kata tak apa, saya boleh ambil jer. Hahaha sedap semuanya, memang puas dapat makan chocolate di sini. Chocolate ini bukan murah, jadi kalau dah ada di sini, bolehlah merasai puas puas.

Selepas itu kami keluar dan bergambar di hadapan chocolate fountain yang besar yang seberat 3 tonnes dengan 1400 liter fine chocolate. Ia mengalir dengan kelajuan 1 kilo untuk setiap saat. Memang ralit melihatnya. Kemudian kita beratur untuk mengambil free chocolate dengan scan tiket masuk. 


Setelah puas di sini, kami turun dan masuk ke kedai yang menjual semua rangkaian product Lindt. Harga lebih murah berbanding kedai di Switzerland. Jadi kalau ke sini, beli jer. Kalau beli yang dibungkus dengan plastik lagi murah. Beza CHF10 untuk 500 gram. Kalau untuk makan sendiri, beli yang ini  lagi jimat. 

Kami keluar dan duduk di kerusi yang disediakan di luar untuk minum hot chocolate. Minum dalam cuaca sejuk, memang sangat sedap. Hot chocolate di sini, memang pekat chocolate nya. 



Sehingga di sini dulu, nantikan entri seterusnya untuk aktiviti kami di Lucerne. Salam sayang buat semua...




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/11/lindt-chocolate-museum-day-9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
King Wraps Up Four Day Saudi State Visit Continues Regional Tour In Bahrain

King Wraps Up Four Day Saudi State Visit Continues Regional Tour In Bahrain

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 266 hits
His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia departed for Bahrain today after completing a four day state visit to Saudi Arabia the first by a Malaysian monarch in more than four decades Picture via Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarRIY...
Sultan Ibrahim Begins Three Day State Visit To Bahrain First Since 1974

Sultan Ibrahim Begins Three Day State Visit To Bahrain First Since 1974

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 257 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim is warmly received by Bahrain s King Hamad bin Isa Al Khalifa upon arrival at Sakhir Air Base Manama yesterday Bernama picMANAMA Nov 7 His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia arrived here yesterday f...
Anwar Begins One Day Working Visit To Penang

Anwar Begins One Day Working Visit To Penang

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 216 hits
PUTRAJAYA Nov 7 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim attended to officiate the closing of the Putrajaya Ideas Festival 2025 at the Putrajaya International Convention Centre yesterday BERNAMA PICGEORGE TOWN Prime Minister Datuk Seri Anwar...
Grindelwald Day 7 2

Grindelwald Day 7 2

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi untuk catatan perjalanan hari ke7 kami di Switzerland Destinasi ketiga hari ini ialah Grindelwald Saya belum pernah ke sini Boleh klik entri sebelum ini di Pada pandangan saya tempat ini elok kalau datang se...
Kenangan Di Lauterbrunnen Day 7 1

Kenangan Di Lauterbrunnen Day 7 1

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 192 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini sambungan dari perjalanan hari ke 7 di Switzerland di mana selepas Tasik Blausee kami ke Lauterbrunnen Boleh klik entri di Tasik Blausee di Sebaik turun dari bas dan sebelum masing masing berpecah den...
Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau Terima kasih atas kerjasama anda semua Boleh klik entri sebelum ini di Selepas sarapan kami naik bersiap siap untuk ke beberapa destinasi hari ini Kami te...
Perjalanan Ke Zermatt Day 5

Perjalanan Ke Zermatt Day 5

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 208 hits
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menyambung catatan percutian kami ke Itali dan Switzerland Selepas balik dari sana kami ke Turki pula dan baru balik semalam Boleh klik entri sebelum ini di Selepas sarapan kami check out Hotel B B di ...
Eight Stranded At Bukit Larut Resort After Injuries Rescuers Rush To Save The Day In Taiping Hiking Incident

Eight Stranded At Bukit Larut Resort After Injuries Rescuers Rush To Save The Day In Taiping Hiking Incident

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 221 hits
Eight individuals were stranded at the Bukit Larut Resort in Taiping after three of them sustained injuries during a hiking activity yesterday Picture By Raymond ManuelIPOH Nov 3 Eight individuals were stranded at the Bukit Larut Resort in ...
Kenangan Di Montreux Day 6

Kenangan Di Montreux Day 6

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi Boleh klik entri di Zermatt sebelum ini di Kami menginap di Hotel Mountime berdekatan dengan Tasch Train terminal Pemandangan keliling hotel sangat cantik Buka jer sliding door dah nampak gunung ganang yang ...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid