Limbang Kapit Miri Diisytihar Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika


Persembahan artistik salah satu bentuk tradisional pemburuan babi berjanggut asli. Karya seni oleh Amy Koehler, bekerjasama dengan Vanielie Terrence Justine dan David Kurz. - GAMBAR hiasan.


Kuching: Bahagian Limbang, Kapit dan Miri diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika (ASF) berikutan penemuan penyakit itu di Sabah dan Kalimantan Utara.

Pengarah Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud berkata, pengisytiharan dibuat Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Perintah ini dilaksanakan mengikut Seksyen 35 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Limbang bermesyuarat hari ini dan tindakan bersepadu membabitkan pelbagai agensi akan dilaksanakan untuk mengekang penyakit ASF daripada merebak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Dr Adrian berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) melaksanakan langkah-langkah kawalan seperti pengharaman pengimportan babi dan produk babi ke Sarawak dari negara atau negeri yang terjangkit dan memantapkan pemantauan dan survelan ke atas semua ladang babi komersial dan babi kampung di seluruh Sarawak.

Pada masa sama, beliau berkata JPVS turut melaksanakan penakaian babi di kawasan yang dijangkiti di Kampung Buduk Bui di Lawas, Limbang serta pengharaman pergerakan babi dan produk haiwan itu dari kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan ASF ke kawasan lain.
Pengawalan kemasukan babi dan produk babi dari kawasan lain ke kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Kawalan ASF memerlukan Permit Pergerakan dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Manakala dalam Kawasan Kawalan ASF, Dr Adrian berkata orang awam tidak dibenarkan memindah atau membawa babi hidup, daging babi atau hasil produk babi keluar dari kawasan kawalan.

Selain itu, katanya orang ramai juga tidak dibenarkan membawa masuk, berjual beli secara dalam talian atau aktiviti kiriman pos sebarang daging babi atau hasil produk babi tanpa permit.

Sementara, beliau berkata penternak diarahkan untuk tidak memberi sisa makanan dapur dan sekiranya ternakan babi diberi makanan lebihan dapur, ia perlu dimasak sekurang-kurangnya 30 minit untuk membunuh virus ASF.

Katanya, penternak juga perlu melaporkan kepada Pejabat Veterinar terdekat sekiranya terdapat sebarang kematian babi ternakan.

Dr Adrian menegaskan sebarang babi atau hasil produk babi yang dipindahkan atau ditawarkan untuk dijual atau dijual dalam pelanggaran perintah boleh disita atau dimusnahkan oleh Pihak Berkuasa Veterinar Negeri.

Katanya, tiada pampasan akan dibayar untuk sebarang babi atau hasil produk babi yang dirampas atau dimusnahkan di bawah seksyen berkenaan.

"Kegagalan untuk mematuhi arahan berkenaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.

"Sesiapa yang didapati membawa masuk ternakan dan hasil ternakan dari negara luar tanpa import permit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan/atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa daging babi yang terdapat di pasaran adalah selamat kerana sumber diperolehi dari ladang yang bebas virus ASF. - Hmetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/limbang-kapit-miri-diisytihar-kawasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aishah Dibawa Ke Hospital Selepas Positif Covid 19 Saya Ada Asma Sekarang Demam Panas Dan Semput

Aishah Dibawa Ke Hospital Selepas Positif Covid 19 Saya Ada Asma Sekarang Demam Panas Dan Semput

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 314 hits
Aishah dibawa ke hospital selepas positif Covid 19 Saya ada asma sekarang demam panas dan semput Aishah mohon orang ramai mendoakan kesihatannya PENYANYI Aishah yang disahkan positif Covid 19 terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang Kuala Lum...
Demam Dan Oksigen Tak Normal Aishah Positif Covid 19

Demam Dan Oksigen Tak Normal Aishah Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 359 hits
Demam dan oksigen tak normal Aishah positif COVID 19 Penyanyi popular Aishah mengesahkan dirinya positif virus COVID 19 Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin Covid positif tolong doakan kami tulisnya ringkas...
Intip Bangsal Pasien Demam Berdarah Di India

Intip Bangsal Pasien Demam Berdarah Di India

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 368 hits
Intip Bangsal Pasien Demam Berdarah di India Di tengah pandemi Covid 19 wabah demam berdarah menginfeksi sejumlah warga di wilayah Allahabad India
Awalnya Demam Batuk Kisah Sedih Wanita Melahirkan Bayi Yang Sudah Meninggal Dalam Kandungan

Awalnya Demam Batuk Kisah Sedih Wanita Melahirkan Bayi Yang Sudah Meninggal Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 357 hits
Biasanya kisah seorang ibu yang melahirkan bayi sentiasa menjadi moment yang bahagia dan mengharukan Tetapi lain pula jadinya dengan sebuah kisah yang tular baru baru ini di media sosial
Tular Video Rider Foodpanda Hilang Kawalan Rempuh Pagar Rumah Dipercayai Dikejar Anjing

Tular Video Rider Foodpanda Hilang Kawalan Rempuh Pagar Rumah Dipercayai Dikejar Anjing

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 273 hits
Tular sebuah video yang memaparkan seorang penghantar makanan Foodpanda kemalangan telah menjadi tular di media sosial Video yang berdurasi selama 20 saat itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Edward Likes Video yang ...
Kawasan Malioboro Akan Terapkan Sejumlah Aturan Baru Jika Ppkm Usai Waktu Kunjungan Maksimal Dibatasi 2 Jam

Kawasan Malioboro Akan Terapkan Sejumlah Aturan Baru Jika Ppkm Usai Waktu Kunjungan Maksimal Dibatasi 2 Jam

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 322 hits
Waktu maksimal mengunjungi Malioboro nantinya hanya dua jam Selain itu pengunjung dan wisatawan juga diwajibkan membawa kartu vaksin
2 Sebab Perlu Khidmat Pakar Kawalan Makhluk Perosak

2 Sebab Perlu Khidmat Pakar Kawalan Makhluk Perosak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 532 hits
Pelbagai situasi akan kita hadapi dalam kehidupan ini Jika berlaku kebakaran kita akan hubungi pihak bomba Jika mengalami kesakitan kita akan jumpa pakar atau doktor di hospital Begitu juga kalau rumah ada makhluk perosak kita akan hubungi ...
Caprice Diserang Panic Attack Dan Demam Selepas Dos Ke Dua

Caprice Diserang Panic Attack Dan Demam Selepas Dos Ke Dua

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 169 hits
Melalui satu perkongsian video di Instagram Caprice penyanyi rap memaklumkan bahawa dia dimasukkan ke hospital dipercayai di Mesir selepas mengalami demam dan panic attack Dalam entri tersebut Caprice memberitahu yang dia mengalami demam da...
Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 262 hits
Penyanyi rap yang kini masih berada di Mesir Caprice dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sana kerana mengalami demam dan serangan panik melampau selepas menerima suntikan dos kedua vaksin ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle