Lima Termasuk Dua Kanak Kanak Sesat Ditemui Selamat


Oleh Zuliaty Zulkiffli Anggota bomba ketika melakukan pencarian lima individu tersesat termasuk dua kanak-kanak lelaki yang mendaki bukit Kampung Tandop - Foto NSTP/Ihsan JBPM BALING: Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui lima individu termasuk dua kanak-kanak yang dipercayai tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 7.49 malam tadi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Pegawai Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud tiba di lokasi jam 8.22 malam.
"Mangsa yang sesat terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan 11 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan dua lelaki dewasa berusia 36 dan 49 tahun.
"Operasi turut disertai lapan anggota termasuk penyelia dan sebuah jentera serta dua kenderaan milik JBPM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, di dapati lima mangsa terbabit dipercayai tersesat dan salah seorang seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki di atas kawasan bukit, lingkungan jarak 400 meter dari kawasan air terjun.
"Berdasarkan maklumat, kesemua terbabit dipercayai melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kampung Tandop.
"Kesemua mangsa berjaya diturunkan oleh pasukan penyelamat dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Baling dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans KKM," katanya.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 malam tadi.
Beliau berkata, hanya kanak-kanak berusia 11 tahun itu mengalami kecederaan pada kaki kanan manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/lima-termasuk-dua-kanak-kanak-sesat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cicak Berkepala Dua Berkaki Lima Ditemui Penduduk

Cicak Berkepala Dua Berkaki Lima Ditemui Penduduk

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 330 hits
JAKARTA Warga Desa Kauman di Kabupaten Ponogoro Jawa Timur heboh berikutan penemuan cicak berkepala dua dan berkaki lima baru baru ini lapor portal Suara com Cicak tokek yang ditemui penduduk setempat Agus Priwandoko itu dipelihara lelaki b...
Vaksin Covid 19 Selamat Tiba Di Dua Psv Di Pulau Pinang

Vaksin Covid 19 Selamat Tiba Di Dua Psv Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 299 hits
Dewi Nur Harasha AliasPada Ahad sebanyak 16 000 dos vaksin COVID 19 jenis Pfizer BioNtech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5 35 petang Foto Astro AWANI GEORGE TOWN Semua vaksin COVID 19 sudah di hantar ke ...
Penyakit Kritikal Kanak Kanak Lima Tahun Derita Hidrosefalus

Penyakit Kritikal Kanak Kanak Lima Tahun Derita Hidrosefalus

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 226 hits
Muhammad Rayhan Jilhan berusia lima tahun dilahirkan normal dan membesar seperti kanak kanak lain namun semuanya berubah apabila dia secara tiba tiba rebah pada November 2019 dan doktor mengesahkan dia menghidap Hidrosefalus tahap kritikal ...
Dua Kanak Kanak Di Temui Mati Lemas Dan Seorang Masih Hilang Di Pantai Sungai Ular

Dua Kanak Kanak Di Temui Mati Lemas Dan Seorang Masih Hilang Di Pantai Sungai Ular

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 387 hits
KUANTAN Tiga kanak kanak dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Sungai Ular dekat sini petang semalam Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah Agensi Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuantan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian...
Hiburan Niat Kenduri Aqiqah Anak Dibatalkan Kerana Covid 19 Shukri Yahaya Selamat Tumbang Dua Ekor Kambing Di Mekah

Hiburan Niat Kenduri Aqiqah Anak Dibatalkan Kerana Covid 19 Shukri Yahaya Selamat Tumbang Dua Ekor Kambing Di Mekah

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 482 hits
Niat pelakon Shukri Yahaya untuk mengadakan kenduri aqiqah untuk anak keduanya iaitu Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan terpaksa dilupakan gara gara wabak pandemik COVID 19 yang melanda negara ketika ini Sumber Instagram Shukri Yah...
Murai Kulit Hitam Ditemui Selepas 170 Tahun

Murai Kulit Hitam Ditemui Selepas 170 Tahun

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 376 hits
Seekor burung yang kali terakhir dilihat lebih 170 tahun lalu ditemui semula di hutan hujan Borneo Sebelum ini ahli konservasi burung percaya spesies burung itu sudah pupus Murai berkulit hitam pernah didokumentasikan sekali ketika pertama ...
24 Bom Asap Ditemui Pemandu Lori Sampah

24 Bom Asap Ditemui Pemandu Lori Sampah

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 282 hits
Dungun Seorang pemandu lori sampah terkejut besar selepas menemui 24 butir bom tangan dipercayai bom asap ketika sedang bekerja di tapak pembungan sampah Felda Kerteh 3 Ketengah Jaya di sini semalam Menurut laporan Harian Metro hari ini pem...
Masih Belum Ditemui Polis Selangor Sedia Bantu Jais Buru Sajat

Masih Belum Ditemui Polis Selangor Sedia Bantu Jais Buru Sajat

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 360 hits
Pencarian Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih diteruskan selepas gagal menemui usahawan kosmetik itu di banglo mewah miliknya di Kota Damansara Petaling Jaya semalam Terbaru memetik laporan Kosmo Online pihak polis...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

Polis Siasat Kes Pengawal Keselamatan Tembak Lelaki Mengamuk Di Banting

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Road Tested Led Lights And Turn Signals From Purpose Built Moto

Rm 1 07 Billion

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Selamatkan Perniagaan Perkhidmatan Anda Yang Tak Menjana Duit Yang Mencukupi

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Awal Pagi Waktu Barakah

Tebus Baucar New Member Marrybrown Dan Membeli Di Sri Idaman Gold Parit Buntar

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Dari Raijin Ramen Bar Ke Softe 10 Restoran Menarik Di Kl Pj Untuk Tarikh Pertama Kalian

Lelaki Dipukul Beramai Ramai Dituduh Ganggu Isteri Orang