Lima Resipi Sahur Yang Mudah Sihat Enak Dan Harga Berpatutan Bersama Ayam Brand


LIMA RESIPI SAHUR BERSAMA AYAM BRAND™
SHAH ALAM, 11 April, 2022 - Ramadan telah tiba, dan sudah pasti sajian sahur bermain difikiran, hidangan yang mudah disediakan sekurangnya dalam masa kira-kira 20 minit, sesuai untuk perut memandangkan akan berpuasa seharian, enak dan harga yang berpatutan. 
Setiap tahun AYAM BRAND™ akan menyediakan pelbagai resipi yang mengandungi kandungan seimbang seperti serat sayuran, buah-buahan, serta protein. Tahun ni, lima resipi sahur disediakan, sesuai untuk dua orang dewasa. 
AYAM BRAND™ memahami bahawa kos adalah salah satu perkara yang diberi perhatian, khasnya apabila menyediakan hidangan keluarga samada keluarga yang kecil atau besar jumlahnya. Hidangan ini boleh disediakan didapur yang mempunyai kelengkapan asas seperti dapur gas dan peti sejuk tetapi boleh disiapkan lebih cepat jika anda mempunyai pembakar roti, ketuhar mikro dan penggoreng kering (air fryer).
Dengan resipi yang telah disediakan, gunakan apa yang ada dan jadikan ia satu hidangan yang menyelerakan. Jangan lupa untuk menambah lada hitam, garam, gula, air asam jawa, cuka atau bahan perasa lain yang diingini.
Kesemua produk AYAM BRAND™ adalah Halal, bebas bahan pengawet, tanpa MSG, bahan bukan GMO serta tiada bahan perisa atau pewarna tambahan bagi sajian yang lebih sihat dan mudah. Produk-produk ikan pula kaya dengan protein, Omega 3 dan kalsium, sementara santan Ayam Brand™ adalah setanding dan seumpama santan segar.
LIMA RESIPI SAHUR YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH AYAM BRAND™
SANDWIC TRIPLE DECKER FILET MACKEREL
SANDWIC TRIPLE DECKER FILET MACKEREL
Mudah I 10 minit I 2 Orang I RM 6.50 Seorang I Rebus telur pada malam sebelum
Sandwic adalah sajian yang amat mudah disediakan yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit. 





Bakarkan roti pilihan.1 tin Ikan Mackerel Dalam Sos Tomato AYAM BRAND™, keluarkan kepingan ikan mackerel, lenyek kasar ikan tersebut. Masukkan bawang cincang, cili dihiris halus. Hiris sebiji besar tomato. Sediakan daun salad. Letakkan tiga keping roti yang telah dibakar ke dalam pinggan.Kepingan pertama, letakkan beberapa helaian besar daun salad, diikuti hirisan tomato dan kemudian, diletakkan satu lagi kepingan roti bakar.Seterusnya, letakkan dua sudu besar penuh campuran ikan mackerel yang disediakan tadi dan ratakan di seluruh bahagian roti.Anda juga boleh meletakkan sekeping keju, telur goreng atau hirisan telur rebus di atas campuran mackerel sebelum meletakkan kepingan roti ketiga.Ulangi langkah di atas untuk satu lagi set sandwic triple-decker filet mackerel.NASI LEMAK DENGAN SARDIN GORENG DALAM MINYAK CILI
NASI LEMAK DENGAN SARDIN GORENG DALAM MINYAK CILIMudah I 10 minit I 2 Orang I RM 6.30 Seorang I Nasi lemak dan telur rebus pada malam sebelumTambah satu pek Santan Ayam Brand™ apabila menanak nasiTambah beberapa helaian daun pandan yang diikat sama serta beberapa hirisan halia.Di sebelah pagi, buka setin Sardin Goreng dalam Minyak Cili AYAM BRAND™.Ceduk nasi ke dalam pinggan, tambah dua ke tiga keping sardin daripada tin tersebut di bahagian tepi nasi. Senduk sedikit kuah cili di atas nasi jika anda gemari rasa pedas.Tambah potongan telur rebus.Masukkan pinggan ke dalam ketuhar mikro selama dua minit pada tetapan medium atau kepanasan sederhana.Sementara menunggu, sediakan hirisan timun, tomato dan ulam-ulaman sebagai hidangan sampingan.Setelah selesai, susun sayur-sayuran tersebut di tepi nasi dan tambah kacang serta ikan bilis goreng jika ada.PASTA SUPRISE AYAM BRAND™
PASTA SUPRISE AYAM BRAND™Mudah I 15 minit I 4 Orang I RM 7.60 Seorang Ini adalah hidangan pilihan saya setiap kali saya kesuntukan dan tambahan terbaik dalam pilihan resipi sahur anda.Rebus pasta Organik Alce Nero.Panaskan pan dan kosongkan dua tin Sardin dalam Minyak Zaitun Extra Virgin AYAM BRAND™.Tumis bawang putih yang telah dicincang dalam minyak sardin berkenaan (anda boleh mendapati bawang putih yang telah dikopek di pasar raya. Ini akan menjimatkan masa anda).Tambah cili padi yang telah dihiris halus, lobak putih yang didadu dan satu tin Kacang Pea Hijau AYAM BRAND™. Goreng sehingga agak masak.Kemudian, tambah satu pek Tomato Cincang AYAM BRAND™ dan biarkan ia mendidih.Apabila pasta telah siap, gunakan penyepit untuk memindahkan pasta dari periuk ke pan sos.Tambahkan suku cawan air pasta ke dalam pan untuk sos yang lebih halus.Gaul pasta sehingga sempurna.Hidangkan. Anda boleh menabur helaian daun ketumbar sebagai hiasan.SARDIN GORENG DAN KENTANG BERSAMA KACANG PEA
SARDIN GORENG DAN KENTANG BERSAMA KACANG PEAMudah I 15 minit I 2 Orang I RM 7.75 Seorang Ini merupakan versi mudah hidangan fish and chip tetapi sangat enak dan menarik untuk dijadikan hidangan sahur.Goreng kentang menggunakan penggoreng kering (air fryer). Anda boleh menggunakan kentang French fries atau wedges sejuk beku agar lebih mudah.Buka satu tin Kacang Pea Hijau AYAM BRAND™ , buangkan air dalam tin berkenaan dan masukkan kacang pea ke dalam mangkuk.Tambah beberapa hirisan daun pudina atau selasih (basil) untuk rasa berangin yang segar.Masukkan mangkuk campuran ke dalam ketuhar mikro dan panaskan pada tetapan medium atau kepanasan sederhana selama dua minit.Buka satu tin Sardin Goreng dalam Minyak Cili AYAM BRAND™, masukkan filet sardin ke dalam campuran tepung tempura dan goreng sehingga keemasan.Susun dua hingga tiga keping filet sardin di dalam pinggan, tambah kacang pea hijau di tepi dan diikuti kentang yang telah digoreng. Anda boleh menambah cuka atau lada hitam pada kentang untuk menambah perisa.Nikmati hidangan bersama sos tomato atau cili.KARI THAI BERSAMA NASI
KARI THAI BERSAMA NASIMudah I 15 minit I 4 Orang I RM 5.65 Seorang Ada juga yang lebih mahu menjamah nasi dan kari untuk sahur bagi memastikan terus bertenaga sepanjang hari. Walaupun dirasakan sukar untuk menyediakan kari atau gulai seawal 4 pagi, tetapi AYAM BRAND™ memudahkan kerja anda.Dalam pan, panaskan satu sudu besar minyak masak dan tambah dua pek 50 gram Pes Kari Thai AYAM BRAND™ pilihan anda, sama ada Kari Hijau, Kari Merah atau Kari Kuning. Tumis sehingga naik bau, iaitu kira-kira selama 30 saat.Tambah 200 hingga 400 gram ayam, daging atau makanan laut - kepingan yang dipotong kiub atau dihiris nipis akan masak dengan lebih cepat.Masak sehingga lembut dan tuang 200ml Santan AYAM BRAND™.Tambah sayur-sayuran kegemaran anda seperti lobak merah, bendi, terung atau tomato. Biarkan kari mendidih dan kemudian api diperlahankan selama lima minit.Pilihan: Hias hidangan kari anda dengan cili, daun limau purut atau daun ketumbar.Hidangkan bersama nasi. Kari ini juga sesuai dimakan bersama roti seperti capati, roti canai atau paratha.Adakah anda mempunyai juadah berbuka puasa, kuih Raya atau hidangan Hari Raya yang menggunakan Santan AYAM BRAND™? Sertai peraduan Bok Bok Raya Masak, Kongsi & Menang AYAM BRAND™.
Sediakan hidangan terbaik anda menggunakan santan AYAM BRAND™ dalam mana-mana kategori sajian ini, muat naik gambar atau video (maksimum 60 saat) serta kongsi resipi ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #BokBokRaya dan tambah @AyamBrandMy pada laman Instagram atau @AyamBrandMalaysia di Facebook.
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM18,900 termasuk tiga hadiah utama bernilai RM3,000 seorang, tiga unit Tefal Home Chef Smart Multicookers, tiga set memasak Tefal Ingenio Resources dan 60 hadiah mingguan berupa baucar tunai RM50! Layari pautan https://www.ayambrand.com.my/index.php/masak-menang-contest untuk mendapatkan butiran lanjut.
Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave, Matahari atau laman rasmi AYAM BRAND™ di Shopee dan Lazada.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pek nilai 3 x 200ml Santan AYAM BRAND™. Pek perayaan ini sesuai untuk mereka berkeluarga atau sekiranya anda akan menggunakan santan yang banyak dalam masakan. Ia ditawarkan pada harga RM8.55.
MENGENAI AYAM BRAND™Ayam Brand™, adalah satu jenama terkemuka di Malaysia dan Asia selama lebih 130 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Piliham FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2021 oleh Kantar Worldpanel.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.borakkita.com/2022/04/lima-resipi-sahur-yang-mudah-sihat-enak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Balado Resipi Mudah Dari Khairul Aming

Ayam Masak Balado Resipi Mudah Dari Khairul Aming

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 441 hits
Pada bulan ramadan yang lepas teringin nak makan Ayam Masak Balado Nak cari menu ni di bazar ramadan memang susah nak jumpa Nak tak nak memang kena usaha untuk masak sendiri Memandangkan ada kongsi resipi Ayam Masak Balado versi dia dengan ...
Nasi Goreng Daging Yang Senang Cepat Dan Mudah Nak Masak Cuba Resipi Ini

Nasi Goreng Daging Yang Senang Cepat Dan Mudah Nak Masak Cuba Resipi Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 335 hits
Resipi nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi makan tengahari mahupun makan malam Ada pelbagai versi nasi goreng dan campuran bahan bahannya boleh ikut suka hati Apa kata kali ini anda cuba pula resipi Nasi Gor...
Resipi Kerabu Pucuk Paku Simple Yang Mudah Sedap

Resipi Kerabu Pucuk Paku Simple Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 185 hits
Pucuk Paku memang enak dijadikan sebagai kerabu Penmbahan beberapa rencah lain menjadikan hidangan ini digemari ramai Menerusi perkongsian saudari Redza Rosida beliau berkongsi cara caranya menyediakan sajian Kerabu Pucuk Paku yang simple t...
Hiburan Sekilo Kena 80 Sen Netizen Bengang Ada Peniaga Caj Harga Lain Kalau Minta Potong Ayam

Hiburan Sekilo Kena 80 Sen Netizen Bengang Ada Peniaga Caj Harga Lain Kalau Minta Potong Ayam

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 280 hits
Satu perkongisan di laman meraih pelbagai respon daripada netizen berikutan seorang individu mendedahkan bahawa terdapat sebuah kedai menjual ayam mengenakan cas sebanyak RM0 80 setiap kilo bagi ayam yang ingin dipotong kepada bahagian keci...
Resipi Mudah Puding Karamel Versi Tanpa Telur

Resipi Mudah Puding Karamel Versi Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 205 hits
Puding Karamel versi tanpa telur Buat dalam bekas kecil macam ni senang bila nak makan Sedap makan sejuk sejuk Resipi yang dikongsi Fatien Zaini ini sesuai buat mereka yang alami alahan telur ataupun tak suka ada bau telur PUDING KARAMEL VE...
Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 179 hits
Pagi ini saya menerima mesej dari La rakan sekerja saya di Bank Negara La memberitahu juga yang adik dan Bonda beliau meninggal selang seminggu pada penghujung Februari dan awal Mac yang lalu Saya boleh merasakan kesedihan kehilangan orang ...
Terung Bakar Air Asam Santan Resipi Mudah Comfirm Sedap

Terung Bakar Air Asam Santan Resipi Mudah Comfirm Sedap

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 158 hits
Resipi Terung Bakar Air Asam Santan perkongsian Kak Ani Senam Seni ini memang cukup mudah disediakan Ringkas sahaja bahan bahannya tetapi bila dicuba pasti buatkan anda rasa tak keruan Mana tidaknya boleh membuka selera Sedap Boleh cuba bua...
Resipi Kuih Kaswi Gula Merah Mudah Buat Untuk Minum Petang

Resipi Kuih Kaswi Gula Merah Mudah Buat Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 261 hits
Sedapnya Kuih Kaswi Kosui Gula Merah ni Lembut lemak manis dan makan pula dengan kelapa parut memang buka selera Bagi anda yang nak cuba belajar buat kuih ni resipi Kuih Kaswi perkongsian saudari NorDiana Mat Desa ni antara yang terbaik yan...
Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

Tingkatkan Imuniti Badan Anak Dengan Cara Ni Anak Sihat Tak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 176 hits
Dalam fasa kanak kanak nak membesar setahun sakit beberapa kali itu biasa Ini kerana sistem imun anak masih belum matang dan anak lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan terutamanya apabila berada dalam persekitaran yang ramai ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi