Lima Peminjam Ptptn Heret Ph Ke Mahkamah




Pakatan Harapan (PH) dan dua lagi dibawa ke mahkamah berhubung janji manifesto PRU ke-14 yang tidak dipenuhi.
Ia terutama berkenaan penangguhan bayaran pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggit Nasional (PTPTN) untuk mereka yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.
Lima peminjam PTPTN hari ini memfailkan saman terhadap badan itu, PH dan kerajaan Malaysia.
Plaintif – Andry Putra Haris, 28, Farah Athirah Kamarozaman, 27, dan Mohamad Asrol Md Jailani, 26, dari Kuala Lumpur; manakala Mohamad Muzakkir Mohamad Ali, 26, dan Mohammad Aswad Sobri, 34, dari Kedah – memfailkan writ saman melalui firma Messrs Adnan Sharida & Associates, menerusi sistem e-fail di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Menurut salinan kenyataan tuntutan, lima individu itu mendakwa tiga defendan terikat secara kontrak untuk menunaikan janji manifesto ekoran kemenangannya dalam PRU ke-14.
Mereka berkata rakyat Malaysia percaya dan berpegang kepada janji itu sebagai benar, mengikat dan akan dilaksanakan, dan kepercayaan rakyat, terutama pengundi, terhadap manifesto pilihan raya akan hilang jika ia tidak ditunaikan.
Mereka juga membangkitkan sepuluh janji yang menurut PH akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pentadbiran, antaranya penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN itu.
Kata mereka, janji itu disebut dalam beberapa janji pilihan raya PH, termasuk janji kelima berkenaan pengurangan kos sara hidup golongan muda, dan janji ke-50 berkenaan mengembalikan kewibawaan institusi dan universiti awam.
“Kontrak ini tercipta apabila melalui Buku harapan di muka surat satu dan dua, defendan kedua melalui Dr Mahathir Mohamad pada 8 Mac 2018 telah menawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah plaintif bahawa semua janji yang dibukukan di dalam Buku Harapan adalah janji yang akan ditunaikan oleh defendan kedua apabila menubuhkan kerajaan, iaitu defendan ketiga,” kata mereka.
Andry, Farah, Asrol, Muzakkir, and Aswad mendakwa walaupun dengan kemenangan itu, dan telah mentadbir negara lebih setahun, PH dan kerajaan masih gagal, enggan dan/atau lalai dalam melaksanakan hampir semua janji dalam Buku Harapan.
“Melalui sidang media oleh defendan pertama bertarikh 16 Julai 2018, pengerusi defendan pertama Wan Saiful Wan Jan menyatakan pelaksanaan janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan akan dilaksanakan setelah kajian yang lebih teliti selesai dijalankan.
“Bagaimanapun defendan-defendan masih gagal, enggan dan/atau cuai untuk melaksanakan janji tersebut dan sehingga hari ini, tiada apa-apa berita mengenai kajian itu telah dilaksanakan atau tidak,” kata mereka.
Plaintif menuntut satu pengisytiharan bahawa janji dan manifesto PH adalah kontrak yang mengikat parti politik yang menang pilihan raya.
Mereka juga menuntut satu perintah agar defendan menangguhkan bayaran balik PTPTN oleh semua peminjam yang mendapat gaji kurang RM4,000 sebulan.
Ketika dihubungi, peguam plaintif Adnan Seman berkata salinan saman akan diserahkan kepada tiga defendan tidak lama lagi, selepas pihaknya mendapatkan salinan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/22/lima-peminjam-ptptn-heret-ph-ke-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Tunai Janji Tangguhkan Bayaran Ptptn 5 Peminjam Heret Ph Ke Mahkamah

Gagal Tunai Janji Tangguhkan Bayaran Ptptn 5 Peminjam Heret Ph Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 286 hits
Gagal tunaikan janji manifesto tangguhkan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional lima peminjam heret Pakatan Harapan ke mahkamah Lima peminjam PTPTN terbabit Andry Putra Haris 28 Farah Athirah Kamarozaman 27 Mohamad A...
5 Peminjam Saman Kerajaan Pakatan Dan Ptptn

5 Peminjam Saman Kerajaan Pakatan Dan Ptptn

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 183 hits
5 peminjam saman kerajaan Pakatan dan PTPTN Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 22 Oct 2019 11 11PM
Penjualan Tanah Peel Avenue Mahkamah Tolak Saman Guan Eng Terhadap Gerakan 2 Akhbar Cina

Penjualan Tanah Peel Avenue Mahkamah Tolak Saman Guan Eng Terhadap Gerakan 2 Akhbar Cina

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 355 hits
Mahkamah Tinggi hari ini menolak tuntutan mahkamah yang difailkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap pemimpin Gerakan Jason Loo dan dua akhbar Cina berhubung artikel mengenai penjualan tanah kerajaan di Peel Avenue kepada hospital s...
Pemandu Didakwa Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sehingga Mati Dibebaskan Mahkamah

Pemandu Didakwa Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sehingga Mati Dibebaskan Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 2088 hits
Jurujual wanita yang dituduh memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini lapor Harian Metro Majistret Siti Hajar Ali membuat...
Mahkamah Agung Lantik Ketua Dan Wakil Bpk Periode 2019 2024

Mahkamah Agung Lantik Ketua Dan Wakil Bpk Periode 2019 2024

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 255 hits
Ketua Badan Pemeriksa Keuangan Agung Firman Sampurna dan Wakil BPK Agus Joko Pramono mengucap sumpah dan menandatangani Berita Acara Pengambilan Sumpah Pengambilan sumpah dipimpin langsung oleh Ketua Mahkamah Agung Hatta Ali
Sepandai2 Lebai Melompat Akhirnya Ke Mahkamah Juga

Sepandai2 Lebai Melompat Akhirnya Ke Mahkamah Juga

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 811 hits
Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa akan Shah Alam hari ini dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan Kanun Keseksaan SPRM telah mendapat...
Ibu Mangsa Gangguan Seksual Tahfiz Perak Luah Perasaan Beri Pesanan Pada Ustaz Selebriti Kita Jumpa Di Mahkamah Allah

Ibu Mangsa Gangguan Seksual Tahfiz Perak Luah Perasaan Beri Pesanan Pada Ustaz Selebriti Kita Jumpa Di Mahkamah Allah

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 1105 hits
Oleh Last chapter I shall not write about this anymore after this This is the end of the story Pada 7 Ogos 2019 tempoh hari majistret tuan afifi telah meneliti kes kami dan mendapati ada asas untuk pendakwaan Jadi pihak mahkamah telah mengh...
Sepatutnya Ada Hukuman Keluarga Arwah 8 Remaja Terkilan Sedang Pertimbang Untuk Lawan Keputusan Mahkamah

Sepatutnya Ada Hukuman Keluarga Arwah 8 Remaja Terkilan Sedang Pertimbang Untuk Lawan Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 316 hits
Sepatutnya ada hukuman ini sedikit pun tiada langsung terus bebas Sesiapa juga akan marah Kalau ikutkan hati memang kami tidak puas hati tetapi undang undang sudah menentukan perkara itu Ini keputusannya dan kami terpaksa terima walaupun be...
Nasaruddin Di Mahkamah

Nasaruddin Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 373 hits
Dari Mahkamah Seksyen Shah Alam Bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah kira kira RM300 000 bagi kesalahan yang dilakukan pada 2018 Sebanyak 30 pertuduhan membabitkan ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord