Lima Ciri Guru Disukai Pelajar


                   Guru yang memiliki semua ciri-ciri yang dinyatakan ini, sudah pasti akan disenangi dan disayangi para pelajar. 
Guru yang memiliki semua ciri-ciri yang dinyatakan ini, sudah pasti akan disenangi dan disayangi para pelajar.

Bagaimana mahu menjadi guru yang disukai oleh pelajar? Adakah cikgu-cikgu perlu mengikut segala rentak dan menyokong apa sahaja yang pelajar lakukan semata-mata mahu disayangi oleh mereka?
Pada hari ini, Abam Kie ingin kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan rujukan guru-guru dalam menjadi individu disukai anak-anak didik.

Lima tip ini, bukan sahaja boleh digunakan oleh guru sekolah rendah dan menengah sahaja, tetapi ia juga boleh diaplikasikan oleh pensyarah di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Ayuh kita semak, tip yang dikongsikan Cikgu Sarifuddin Sarongi menerusi portal tempatan baru-baru ini.

1) Niat yang ikhlas

Tetapkan niat yang ikhlas, sepenuh jiwa menyampaikan ilmu dan membantu murid dan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan. Maksudnya, jiwai watak guru sepenuhnya dan bantu mereka untuk memahami subjek sedaya upaya.

Jika penerangan A tidak difahami, guna kaedah penerangan B pula. Jika penerangan anda memerlukan rangsangan visual gunakan berbagai bentuk bahan bantu sebagai sokongan seperti video, gambar, audio dan sebagainya.

Bukannya hanya masuk kelas...“Buka buku teks halaman sekian-sekian, baca...” atau “Salin apa yang saya tulis di hadapan” Oh, itu belum cukup seorang guru dikatakan menjiwai watak sebagai guru. Tambahan pula guru masa kini perlu menyahut seruan kementerian agar menjalankan kaedah pengajaran dalam suasana Abad 21.

Apabila pelajar menghadapi kesukaran meneruskan pemahaman mereka, sebagai guru berhenti seketika dan berikan peluang pelajar untuk bertanya, bimbing agar pelajar tidak blur atau berlaku salah faham maklumat.

Percayalah, guru yang mampu mengajar sehingga subjek tersebut difahami akan diingati sehingga bila-bila. Apalagi jika pengajaran dijalankan dalam suasana yang tidak membosankan pasti berbunga riang hati pelajar tatkala anda melangkah masuk ke kelas untuk memulakan tugas.

2) Kenal setiap pelajar

Sebagai guru, bila dapat kenal setiap pelajar dengan memanggil nama pun pelajar itu akan rasa dikenali, dihargai dan diberi perhatian. Ini secara tidak langsung akan membina motivasi dalam diri pelajar terbabit.

Ambil inisiatif dan usaha untuk kenal pelajar anda mungkin melalui karakter, rupa paras atau dengan cara-cara yang bersesuaian.



3) Bina hubungan sesama pelajar melangkaui luar kelas

Seperti mewujudkan perbualan luar topik pelajaran antaranya bertanyakan khabar pelajar, kejadian-kejadian yang berlaku sekitar kawasan kejiranan pelajar atau sesekali puji penampilan pelajar masing-masing.

Ambil peduli jika mendapati pelajar kurang sihat, murung, muram atau apa sahaja dengan sapaan ringkas

“Awak sihat?


"Awak ok?” pun dah menggembirakan hati pelajar dan anda dah dikenali sebagai guru yang prihatin. Tak susah kan?

4) Penampilan luaran guru

Penampilan yang bergaya hanya untuk artis? Tanggapan yang salah sama sekali. Cuba kita imbau kenangan dahulu kala ketika kita masih di bangku sekolah. Pasti masih ingat siapa guru yang bergaya, yang paling harum minyak wanginya atau yang paling kemas penampilannya. Mestilah ingatkan!

Maka, bila menjadi guru, guru perlu menjaga penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kasut. Ini kerana pelajar akan melihat penampilan guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Bagi guru wanita, pastikan tudung dililit kemas, warna baju tidak menyakitkan mata, jika bermekap jangan berlebih-lebihan dan memakai aksesori yang sederhana.

Bagi guru lelaki pula, rambut disisir rapi, baju yang kemas tidak berkedut, kasut yang berkilat tidak comot, misai dan janggut yang dicukur rapi, malah gunakan alatan penjagaan diri untuk elakkan bau badan yang tidak menyenangkan. Kesannya, pelajar akan mencontohi dan menggemari gaya anda...percayalah.

5) Penampilan dalaman guru

Ini berkaitan dengan sikap guru itu sendiri. Sebagai contoh, guru berhak marah pelajar jika buat salah. Namun, marah sepanjang masa...adakah bagus untuk perkembangan mereka dan proses pengajaran?

Lantas, selang-selikanlah sikap kita dengan unsur humor dan gurauan untuk menambah keceriaan pelajar anda. Senyum dengan wajah yang manis agar memberi kelegaan kepada pelajar.



www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/06/lima-ciri-guru-disukai-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kotor Jijik Adegan Sek Ual Guru Pelajar Hierarchy Dikritik Ramai

Kotor Jijik Adegan Sek Ual Guru Pelajar Hierarchy Dikritik Ramai

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 119 hits
Hangat betul topik mengenai Hierarch Artikel Berkaitan Drama itu membawa kisah remaja yang penuh dengan cinta cemburu dendam dan belas kasihan di sebuah sekolah berprestij Jooshin Mula sahaja tayangan terdapat babak provokatif yang ditayang...
Usut Kematian Pelajar Smp Di Padang Kompolnas Desak Polisi Gunakan Scientific Crime Investigation

Usut Kematian Pelajar Smp Di Padang Kompolnas Desak Polisi Gunakan Scientific Crime Investigation

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 266 hits
Kompolnas mendesak kepolisian untuk membuktikan penyebab kematian siswa SMP Afif Maulana yang ditemukan tewas di bawah jembatan di Padang
Kronologi Pelajar 13 Tahun Tewas Diduga Dianiaya Polisi Di Padang Versi Kontras

Kronologi Pelajar 13 Tahun Tewas Diduga Dianiaya Polisi Di Padang Versi Kontras

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 249 hits
KontraS turut mengecam keras tindak penyiksaan yang diduga dilakukan oleh anggota Sabhara Polda Sumbar terhadap pelajar hingga tewas
Dpr Desak Polri Sanksi Tegas Anggota Jika Terbukti Aniaya Pelajar Smp Hingga Tewas Di Padang

Dpr Desak Polri Sanksi Tegas Anggota Jika Terbukti Aniaya Pelajar Smp Hingga Tewas Di Padang

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 164 hits
Polri sebelumnya telah menerjunkan tim Propam untuk mengusut dugaan pelanggaran dilakukan polisi saatt menangani kasus tawuran pelajar di Padang tersebut
Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Bma Untuk Pelajar Lepasan Spm

Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Bma Untuk Pelajar Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 314 hits
Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan BMA Untuk Pelajar Lepasan SPM 10 Dalam usaha berterusan untuk menyokong pembangunan industri pertanian dan kemajuan pendidikan di Malaysia Behn Meyer AgriCare dengan bangganya memperkenalkan Biasiswa Dana...
Pelajar Smp Di Padang Tewas Diduga Dianiaya Polisi 30 Anggota Sabhara Polda Sumbar Diperiksa

Pelajar Smp Di Padang Tewas Diduga Dianiaya Polisi 30 Anggota Sabhara Polda Sumbar Diperiksa

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 152 hits
Polisi menyebut kasus ini sedang dalam penyelidikan polisi Namun hasilnya belum bisa disampaikan
Pelajar Uitm Jengka Maut Motosikal Langgar Kereta Keluar Simpang Depan Balora Mastika

Pelajar Uitm Jengka Maut Motosikal Langgar Kereta Keluar Simpang Depan Balora Mastika

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 399 hits
MARAN Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara Kampus Jengka maut selepas motosikal jenis Yamaha R250 ditunggangnya melanggar sebuah kereta di simpang hadapan Balora Mustika Jengka di sini malam semalam Ketua Polis Daerah Maran Deputi Supe...
Cinta Monyet Punca Pelajar Perempuan Dibuli Dalam Tandas

Cinta Monyet Punca Pelajar Perempuan Dibuli Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 221 hits
BernamaPolis berkata suspek berusia 15 tahun menampar mangsa yang juga pelajar Tingkatan 1 kerana cemburu Tangkap layar video tular menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dua pelajar lain IPOH Polis sedang menyiasat satu video tular m...
Asean Renews Community Declaration As Bloc Sets Course For Next 20 Years

Samsung Memperkenalkan Skrin Ai Generasi Baharu

Lau Showroom By Raimer B Ro Silence As A Design Statement

The Resurgence Of Analog Horror A New Era Of Digital Fright

Can The Indian Community Expect A Fluent Tamil Speaking Minister If A Cabinet Reshuffle Happens

Lepas Setel Mahkamah Mereka Terus Akhirnya Bekas Suami Cikgu Cerita Hal Sebenar

Anda Peminat Teh Ada Bahaya Menanti

Vipmgm8 17 Vipmgm8 24 Top 89 By Violette


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Beat The Gacor123 Login Online Slot Dealer Quickly

Ular Keliling Rumah

World Quranconvention 2025 Tumpu Isu Ekonomi Global Seru Kebangkitan Pemimpim Sinar Harian 26 05 2025

Beli Pokok Ciku Mega Secara Online

Check In Eastin Hotel Penang

Perjalanan Ke Utara Sebelah Pulau Di Penang