Lima Asas Bagaimana Ph Boleh Terus Kekal Berkuasa




Susulan kekalahan PH di Cameron Highlands baru-baru ini yang jelas menggambarkan rakyat mula tidak berapa gembira terhadap kerajaan sedia ada, banyak pihak bersuara agar tindakan segera diambil untuk menanganinya.


Dalam sekian banyak suara dan kritikan yang kedengaran itu, yang paling menonjol disuarakan ialah agar kerajaan segera menunaikan janji-janji manifesto dalam PRU14 yang lalu.


Termasuk yang bersuara ini ialah Anwar Ibrahim, pemimpin yang bakal menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad dengan berkata, “Pakatan Harapan perlu berusaha lebih gigih memenuhi janji manifesto PRU14, peka terhadap kegelisahan rakyat berkaitan ekonomi dan kos sara hidup”.


Dr. Rais Yatim, Pengerusi Majlis Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan pula menggariskan empat cara untuk PH menang PRK Semenyih pada 2 Mac depan - tutup tol, turunkan harga minyak, tunaikan janji kepada peneroka Felda dan adakan stok penimbal untuk beras, tepung, minyak masak dan susu bagi kanak-kanak.


Rata-rata  nampaknya senada bahawa punca kemerosotan sokongan kepada PH ialah kerana banyak janji gagal ditunaikan, malah sesetengah pemimpinnya memberi alasan yang seolah-olah sengaja diada-adakan.


Lebih buruk dan memalukan ialah apabila Tun Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri dengan tanpa rasa berdosa boleh berkata, buku Harapan yang mengandungi janji-janji itu bukanlah kitab suci yang wajib ditunaikan serta dirangka dengan kepercayaan PH tidak akan menang pilihanraya.


Ehhh....dulu sebelum pilihanraya kenapa tidak berani bercakap begitu?


Kini, dengan kekalahan PH di Cameron Highlands, malah tidak mustahil akan kalah juga di Semenyih, tuntutan terhadap perlaksanaan janji-janji itu semakin kuat bergema di mana-mana.


Realitinya, janji adalah wajib ditunaikan dan dalam Islam sendiri menyebut mereka yang memungkiri janji adalah munafik hukumnya.


Selain bersetuju dengan Dr. Rais agar janji berkaitan tol, harga minyak, hutang Felda segera dilaksanakan dan diwujudkan stok penimbal bagi bagi mengawal barang keperluan rakyat, sebenarnya terdapat beberapa lagi perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, bukan saja untuk menang di Semenyih, tapi juga untuk memastikan PH terus kekal berkuasa.


Berkaitan penghapusan tol, kerajaan tiada alasan lagi untuk menangguh-nangguhkanya kerana itu disebut dengan jelas dalam manifesto dan oleh kebanyakan pemimpin PH ketika berkempen dahulu, malah ia juga mendorong rakyat untuk berubah kerana dengan tiada tol, banyak kos kehidupan akan berkurang dengan sendirinya.


Lim Guan Eng misalnya dengan jelas menyalahkan berterusannya kutipan tol yang membebankan rakyat adalah disebabkan kerajaan BN yang menyambung kontrak konsesi, sambil berkata jika PH berkuasa mereka akan segera membatalkannya.


Bukankah sekarang kuasa sudah dalam genggaman, mahu tunggu apa lagi?


Tentang hutang Felda yang dijanji mahu dihapuskan, ia juga terkandung dalam janji 100 hari PH, malangnya setelah hampir sembilan bulan berkuasa, masih juga tiada apa-apa bayangnya lagi.


Dalam konteks Felda, harus diingat daripada 54 kawasan Parlimen yang ada tanah rancangan Felda, 19 daripadanya dapat ditawan oleh PH pada PRU14 lalu adalah berikutan janji menghapuskan hutang yang dihamburkan itu.


Tun Mahathir dalam hal ini patut malu kerana gagal menunaikan janji itu sehingga sekarang kerana berbanding Bersatu yang hanya menang 13 kerusi Parlimen dalam PRU14 lalu, peneroka Felda  sebaliknya telah menyumbang 19 kerusi Parlimen kepada PH.


Selain memansukan kutipan tol dan menghapuskan hutang peneroka, satu lagi janji manifesto yang mesti ditunaikan segera oleh PH ialah berkaitan PTPTN yang mana telah dijanjikan hutang hanya perlu dibayar jika pendapatan peminjam melebihi RM4000 sebulan.


Mesti disedari bahawa anak-anak muda mengundi PH untuk menumbangkan BN ialah kerana adanya atau terpengaruh dengan janji tersebut.


Tanpa janji itu, tidak mungkin anak-anak muda berduyun-duyun mengundi PH dan untuk mengekalkan sokongan mereka, tiada pilihan dan tanpa banyak alasan lagi bahawa janji itu mesti dilaksanakan segera.


Faktor seterusnya ialah Tun Mahathir mesti juga mengawal dan menasihati menteri-menteri daripada bercakap merapu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakiti hati rakyat.


Antara perkara yang menyebabkan rakyat sakit hati sekarang ialah adanya menteri yang mengumumkan kemungkinan kenaikan tarif api dan air, terlalu bertegas terhadap perokok sehingga tidak cukup dengan jarak 3 meter yang dikuatkuasakan, kini mahu diletakkan pula pengsan asap di tandas-tandas.


Hey...kenapa suka sangat bercakap isu yang membuli rakyat, tetapi tidak bertegas dengan janji manifesto?


Rakyat bagaimanapun mungkin tidak sakit hati sangat jika cakap-cakap begitu diluahkan setelah sebahagian besar janji pilihanraya sudah pun ditunaikan.


Ini tidak, janji tidak juga ditunaikan tapi lebih sibuk nak naikkan itu dan ini dan menguatkuasakan larangan yang bukan-bukan terhadap rakyat.


Satu lagi perkara yang menimbulkan rasa tidak senang rakyat terhadap PH dan kepimpinan Tun Mahathir, khususnya generasi muda ialah wujudnya kembali pengaruh serta peranan Tun Daim Zainuddin dalam pentadbiran kerajaan.


Tun Daim dikatakan masih berperanan penting, bukan saja kerana hubungan peribadi beliau dengan Perdana Menteri dan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir (anggota majlis penasihat ini hanya tinggal Tun Daim seorang saja lagi), tetapi juga berikutan Penasihat Khas Ekonomi Perdana Menteri sendiri iaitu Dr. Mohamad Khalid adalah adik iparnya juga.


Sebelumnya Dr. Mohamad Khalid adalah Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tun Daim.


Diperkatakan juga beberapa pengerusi GLC seperti Felda, Tabung Haji dan Amanah Raya adalah turut terdiri daripada mereka yang digelar “budak-budak Daim” belaka.


Terdapat juga rungutan daripada dalam Bersatu sendiri yang mendakwa nama mereka dipotong daripada menerajui beberapa agensi kerajaan kerana tidak dipersetujui oleh Tun Daim, meskipun sudah dipilih oleh menteri yang berkaitan.


Dengan kata mudah, jika PH dan Tun Mahathir dapat melakukan 5 perkara ini - memansuhkan tol, menghapuskan hutang peneroka Felda, menetapkan hutang PTPTN hanya wajib dibayar jika peminjam bergaji RM4000 sebagaimana yang dijanjikan dalam Buku Harapan, ditambah dengan menteri-menteri tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati rakyat dan membebaskan kerajaan daripada pengaruh Tun Daim - bukan saja Semenyih mudah dimenangi, bahkan BN pun takkan mampu untuk bangkit kembali.


Apa pilihan PH sekarang?


Mahu menunaikan janji yang pernah diikrarkan atau mungkin kalah di Semenyih dan seterusnya berisiko jadi pembangkang semula dalam pilihanraya yang akan datang nanti? (ShahbudinHusin 28/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/lima-asas-bagaimana-ph-boleh-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Tak Tutup Aurat Tapi Aku Jaga Solat Boleh Ke Rileks Media

Aku Tak Tutup Aurat Tapi Aku Jaga Solat Boleh Ke Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 473 hits
Antara mengerjakan solat dan juga menutup aurat yang mana lagi penting Adakah tidak menutup aurat tetapi menjaga solat lebih baik berbanding menutup aurat tetapi tidak solat Ada sebahagian antara mereka yang mendakwa bahawa Walaupun saya ti...
Pulau Ini Tidak Membenarkan Orang Sebarangan Boleh Masuk

Pulau Ini Tidak Membenarkan Orang Sebarangan Boleh Masuk

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 336 hits
Sebuah pulau kecil di Norwegia dengan pohon pohon pain pantai berbatu ladang desa yang dikelola sendiri pondok pondok kayu Ini terdengar hampir seperti liburan romantis yang sempurna Tapi warga disana sebenarnya adalah penempatan untuk para...
Masih Ingat Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu Para Suami Yang Teringin Kahwin Dua Boleh Ambil Tips Ini

Masih Ingat Kisah Dua Sahabat Yang Kini Menjadi Madu Para Suami Yang Teringin Kahwin Dua Boleh Ambil Tips Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 610 hits
Semasa berbuka dan bersahur bagaikan tidak sempurna jika tidak bersama madu justeru saya akan pastikan kami bersama Syukur Alhamdulillah tahun ini adalah kali pertama menjalani ibadat puasa bersama madu dan berasa sangat meriah selain membe...
Bootloader Realme 2 Pro Kini Boleh Dinyahkunci Secara Rasmi

Bootloader Realme 2 Pro Kini Boleh Dinyahkunci Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 259 hits
Realme pada awal dilancarkan ia adalah sub jenama Oppo Kini Realme bergerak dengan sendiri dalam menghasilkan produk produk mereka Salah satu telefon pintar mereka yang menarik adalah Realme 2 Pro Realme 2 Pro ini dijana dengan cip pemprose...
Microsoft Dilaporkan Telah Mulakan Pembangunan Mengadaptasi Windows 10 Untuk Skrin Boleh Lipat

Microsoft Dilaporkan Telah Mulakan Pembangunan Mengadaptasi Windows 10 Untuk Skrin Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 236 hits
Dengan perkembangan arena peranti dengan skrin boleh lipat dan juga peranti dwi skrin kini Microsoft turut tidak ingin ketinggalan Ia kini dilaporkan yang mana Microsoft telah mulakan pembangunan untuk mengadaptasi Windows 10 bagi digunakan...
Hanya Boleh Berguling Dan Mengengsot Dengan Siku Selepas Disahkan Spina Bifida Dalam Kandungan

Hanya Boleh Berguling Dan Mengengsot Dengan Siku Selepas Disahkan Spina Bifida Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 245 hits
Petah berkata kata dan tak lokek dengan senyuman Wan Ainun Mardhiah Wan Saiful Syahriza 4 tahun tetap mahu menjalani kehidupan seperti rakan seusianya Namun siapa sangka di sebalik senyumannya itu Ainun disahkan mengalami tiga penyakit kron...
Video Tukang Cuci Masjidil Haram Mampu Menghafal Al Quran Boleh Tiru Bacaan Imam Masjidil Haram

Video Tukang Cuci Masjidil Haram Mampu Menghafal Al Quran Boleh Tiru Bacaan Imam Masjidil Haram

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 366 hits
Lelaki ini bekerja sebagai tukang cuci di Masjid al Haram Makkah akhirnya telah menghafal Al Quran serta boleh meniru bacaan Imam2 Masjidil Haram Walaupun berkerja sebagai Tukang cuci tetapi lelaki ini diberi peluang untuk mendengar alunan ...
Boleh Ke Saya Ceraikan Isteri Dan Kahwin Dengan Ibu Mertua

Boleh Ke Saya Ceraikan Isteri Dan Kahwin Dengan Ibu Mertua

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 589 hits
Boleh ke saya ceraikan isteri dan kahwin dengan ibu mertua Mentang mentang bodoh itu free dia bolot semua sekali Tinggal la sikit untuk orang lain demikian antara reaksi netizen berhubung luahan pelik seorang lelaki ini Rumah tangga baru di...
Dia Punya Menganjing Sampai Boleh Menangis Pemimpin Ph

Dia Punya Menganjing Sampai Boleh Menangis Pemimpin Ph

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 509 hits
Baru ini tersebar gambar seorang individu berpakaian pertugas PH untuk PRK Cameron Highland menghulur sejumlah wang kepada orang asli disana Berikutan itu gambar itu menjadi viral alasan mereka wang itu bukan rasuah tetapi hanyalah wang unt...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp