Lima Adun Termasuk Dua Wakil Pas Angkat Sumpah Exco Perak


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 6:09 pm

Teka teki mengenai komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak terjawab hari ini selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengangkat sumpah jawatan, melengkapkan senarai 10 Exco.

Lima Adun berkenaan juga merupakan Exco di bawah pentadbiran sebelum ini iaitu Datuk Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau), Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Bersatu-Tualang Sekah), Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol), Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama) dan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering).

Kesemua Adun itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam satu istiadat ringkas yang diadakan di Istana Kinta di Ipoh, pada 5 petang ini.

Selain Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim dan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Hisham Hashim.

Pada 10 Dis lalu, lima Adun mengangkat sumpah jawatan sebagai Exco di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dengan empat daripadanya adalah Exco sebelum ini iaitu Datuk Zolkafly Harun (BN-Lintang); Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN-Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota). Seorang lagi, Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) yang turut dilantik merupakan muka baharu.
Mohd Akmal Kamaruddin
Saarani turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Nazrin pada hari sama.

Barisan Exco Perak terbubar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada 5 Dis lalu setelah beliau gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ sehari sebelum itu.

Menerusi usul itu yang dibawa oleh Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Dis, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang hanya mendapat 10 undi sokongan berbanding 48 menentang manakala satu berkecuali.

DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi terdiri daripada 25 wakil BN yang semuanya Umno, DAP (16), Amanah (lima), Bersatu (lima), PKR (tiga), PAS (tiga), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara negeri Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta memberitahu pemberita Sultan Nazrin berkenaan agar istiadat angkat sumpah baki lima Exco diadakan hari ini memandangkan persidangan DUN akan berlangsung esok dengan pembentangan Belanjawan 2021 negeri Perak.

Tambahnya, istiadat dijalankan dalam keadaan yang ringkas kerana mengambil kira penularan wabak Covid-19 ketika ini.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/lima-adun-termasuk-dua-wakil-pas-angkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

Dua Pemimpin Pas Perak Dilantik Semula Sebagai Exco

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 285 hits
IPOH Kedua dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan ADUN Selama Akmal Kamaruddin mengangkat sumpah jawatan di ha...
Dakwaan Adun Pas Tidak Akan Dilantik Exco Berniat Nakal Pada Saya Kata Ahli Dewan Negara Perak

Dakwaan Adun Pas Tidak Akan Dilantik Exco Berniat Nakal Pada Saya Kata Ahli Dewan Negara Perak

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 340 hits
Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat susulan hantaran fitnah di Facebook mengaitkannya dengan dakwaan tiada ADUN PAS dilantik EXCO IPOH Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini membuat lapo...
Pas Komited Untuk Mempertahankan Kerajaan Ph Perak Biar Pun Semua Adun Sokong Peja

Pas Komited Untuk Mempertahankan Kerajaan Ph Perak Biar Pun Semua Adun Sokong Peja

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 294 hits
nbsp PASIR PUTEH PAS menegaskan betapa parti itu komited untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional di Perak Timbalan Presidennya Datuk Seru Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara prinsip PAS mahu mempertahankan PN walaupun secara moral...
Exco Perak Tak Mungkin Mb Akan Meninggalkan Pas

Exco Perak Tak Mungkin Mb Akan Meninggalkan Pas

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 309 hits
PAS Perak yakin parti itu tidak akan ditinggalkan dalam pembentukan Exco Kerajaan negeri baharu kata Pesuruhjayanya Razman Zakaria Razman yakin semangat setiakawan dan penyatuan ummah yang terjalin antara PAS dan UMNO akan terus kekal Saya ...
Pas Hilang Exco Selepas Tidak Dengar Nasihat Yang Betul Kata Istana Perak Haaa Tepukkk

Pas Hilang Exco Selepas Tidak Dengar Nasihat Yang Betul Kata Istana Perak Haaa Tepukkk

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 371 hits
Pas kehilangan jawatan Exco Perak selepas tidak mendengar nasihat yang betul kata Datuk Seri Mohd Annuar Zaini jurucakap Istana Perak The price for not listening to the right advice tulis Annuar menerusi facebook beliau ketika mengulas beri...
Adun Pas Dan Ppbm Menghadap Sultan Perak Hari Ini

Adun Pas Dan Ppbm Menghadap Sultan Perak Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 333 hits
Istana Perak mahu melihat bukti sokongan ADUN PAS dan PPBM pada calon pilihan UMNO selepas presiden parti Melayu itu selesai menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi tadi Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini memberitahu pemberita S...
Mb Perak Mesti Ketepikan Adun Derhaka Sebagai Exco Kerajaan Negeri

Mb Perak Mesti Ketepikan Adun Derhaka Sebagai Exco Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 311 hits
Hakikat bahawa Pas telah menderhaka kepada Sultan Perak berikutan tindakan tiga Adunnya di negeri itu menolak untuk mengadap sebagaimana telah dititahkan akhirnya terjawab dengan sendirinya Jika sebelum ini Pas mempertahankan tindakan tiga ...
Exco Perak Empat Adun Umno Dilantik Semula Satu Dari Bersatu

Exco Perak Empat Adun Umno Dilantik Semula Satu Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 346 hits
DECEMBER 10 2020KUALA KANGSAR Empat Ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Perak dan seorang ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut dilantik Mereka adalah ADUN Lintang Datuk Mohd Zolkafly Haru...
Adun Pas Perak Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

Adun Pas Perak Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 488 hits
Kenyataan Media PAS PusatSokongan Adun PAS Di Negeri PerakPAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang setelah kalah undi percaya yang dibawa parti sekutu UMNO Mesk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang