Lim K Jaan Pintu Belakang Takkan Berjaya Ditentang Dr M



BERITA

Menteri Kewangan Lim Guan Eng percaya sebarang percubaan menubuhkan "kerajaan pintu belakang" tidak akan menjadi kenyataan kerana idea tersebut ditentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancara bersama Oriental Daily, Lim menjelaskan usaha seumpama itu merupakan salah satu cabaran terbesar dihadapi Pakatan Harapan (PH) sekarang.

"Bahaya sebenar adalah deep state (daulah terpendam) dan (plot) kerajaan pintu belakang kerana ini akan memberi peluang pemimpin yang disingkirkan kembali berkuasa. Inilah bahayanya. Tapi, Mahathir sangat tegas dan segera menolak idea tersebut.

"Jadi, bila Mahathir tolak, plot ini tidak akan lagi menjadi mungkin," katanya kepada akhbar harian Cina tersebut.

Setiausaha Agung DAP itu juga menjelaskan sebarang rancangan untuk menyusun semula kerajaan memerlukan persetujuan Bersatu.

Beliau tidak nampak sesiapa daripada DAP atau Amanah bersekongkol dengan rancangan itu dan tidak menjangkakan PKR akan meninggalkan kerajaan yang ada sekarang.

Selain ditentang Dr Mahathir, Lim berkata beliau tidak melihat 'angka' mencukupi untuk menjayakan "kerajaan pintu belakang" pada masa ini.

Bulan lalu, empat parti komponen PH secara terbuka mendakwa Anggota Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berusaha membentuk kerajaan tanpa DAP dan Amanah; dan memberi amaran untuk menghentikan usaha tersebut.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Selain pimpinan Umno, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa pemimpin dari Bersatu dan PKR turut didakwa terlibat dalam plot yang dikatakan untuk memastikan Mahathir menghabiskan penggal sebagai perdana menteri, sekali gus menghalang laluan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan itu.

Dalam wawancara tersebut, Lim juga memberikan nasihat kepada kesemua ahli politik.

"Dalam politik, anda perlu jelas siapa yang menjadi rakan dan musuh. Kerana jika kita tidak jelas tentang ini, bukan sahaja anda akan menderita, anda juga akan gagal.

"Ini adalah asas kefahaman yang semua ahli politik perlu kuasai," katanya.

Daulah terpendam

Satu lagi cabaran yang kini dihadapi kerajaan PH adalah 'deep state' atau 'daulah terpendam', kata Lim.

Dalam artikel itu, Lim menjelaskan dakwaan bahawa kewujudan 'pasukan rahsia' di pelbagai jabatan kerajaan yang berada di belakang isu melibatkan DAP baru-baru ini.

Antaranya tuduhan terhadap pemimpin DAP dan dakwaan ahli parti itu terlibat dengan kumpulan militan Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), serta isu mengenai komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan: Meraih Manfaat Bersama’.
Walaupun bimbang 'ejen-ejen' daulah terpendam; ini akan menjatuhkan PH dan menghalang agenda pembaharuan, Lim tidak percaya mereka mampu menyingkirkan PH.

Lim memberitahu PH mempunyai masa yang cukup untuk menangani isu itu dan beliau sendiri mempunyai pengalaman dalam menghadapi situasi yang sama ketika menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

Tolak perbezaan dan ikut pelan peralihan kuasa

Lim seterusnya menolak kebimbangan mengenai kemampuan DAP dan Bersatu untuk bekerjasama.

Walaupun beliau mengakui terdapat pergeseran di peringkat akar umbi dan bahagian, beliau berkata itu adalah "perkara biasa" dalam sistem demokrasi.
"Akar umbi kedua-dua parti memang berpecah sedikit. Ia adalah satu cabaran untuk menyelesaikan ini dan itulah sebabnya kita perlu "membina lebih banyak jambatan daripada tembok" antara satu sama lain," katanya.

DAP katanya memberi jaminan akan menyokong sepenuhnya Bersatu pada pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Sementara itu, Lim berkata partinya menyokong Anwar sebagai perdana menteri kerana selaras dengan perjanjian PH mengenai isu peralihan kuasa.

Beliau menggesa semua pihak menghentikan spekulasi mengenai tarikh peralihan yang tepat kerana Mahathir dan Anwar yakin penyerahan kuasa akan berlaku


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/lim-kjaan-pintu-belakang-takkan-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Jaan Pintu Belakang Bincang Dengan Pm Kata Hisham

K Jaan Pintu Belakang Bincang Dengan Pm Kata Hisham

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 406 hits
Perdana menteri adalah pemimpin mereka bukan pemimpin saya mereka harus berbincang dengan perdana menteri mereka
Boleh Cakap Tentang Melayu Islam Tapi Tanpa Akhlak Takkan Berjaya

Boleh Cakap Tentang Melayu Islam Tapi Tanpa Akhlak Takkan Berjaya

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 441 hits
Diterbitkan Hari ini 4 35 petangNaratif pembinaan negara baru bagi Malaysia perlu menumpukan kepada asas asa ekonomi dan bukannya retorik kaum atau agama kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Anwar berkata negara secara keseluruhannya perlu memfo...
Pemimpin Ph Akan Patahkan Cubaan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

Pemimpin Ph Akan Patahkan Cubaan Bentuk Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 354 hits
Pemimpin Pakatan Harapan akan memastikan kerajaan pintu belakang yang cuba dibentuk tanpa penglibatan DAP dan Amanah gagal Hal itu disuarakan oleh Exco Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin Menurutnya mandat rakyat pada pilihan raya umum ke ...
Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Pengkhianatan Khalid

Tubuh Kerajaan Pintu Belakang Pengkhianatan Khalid

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 256 hits
Komplot menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan bagi menggantikannya dengan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah disifatkan satu pengkhianatan terhadap rakyat Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata individu yang berkaitan deng...
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 532 hits
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka Rancangan itu akan dilaksanakan semasa sidang Dewan Undangan Negeri Melaka antara 18 hingga 26 November ini dengan menolak belanjawan negeri untuk tahun depan katanya Dalam pilihan raya umum lalu ...
Pembangkang Merapu Lepas Gagal Tubuh Kerajaan Pintu Belakang

Pembangkang Merapu Lepas Gagal Tubuh Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 304 hits
Pembangkang didakwa cuba menjadi batu api setelah usaha mereka menubuhkan kerajaan kerajaan pintu belakang tanpa penyertaan Amanah dan DAP gagal Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad dipetik laporan sinar berkata selepa...
Exco Nafi Terbabit Kerajaan Pintu Belakang

Exco Nafi Terbabit Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 394 hits
PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis pada sidang media di pekarangan Muzium Rakyat Bandar Hilir hari ini Foto Muhammad Zuhairi Zuber MELAKA Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Warisan...
Bukitgambir Pengarah Syarikat Diugut Bom Ditemui Belakang Pintu Rumah

Bukitgambir Pengarah Syarikat Diugut Bom Ditemui Belakang Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 349 hits
Seorang pengarah sebuah syarikat mengalami detik cemas selepas diugut bunuh dan dipaksa memindahkan wang dari akaunnya oleh tiga lelaki dipercayai warga China yang memecah masuk rumahnya di Bukit Gambir di sini semalam malah suspek turut me...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah