Bukitgambir Pengarah Syarikat Diugut Bom Ditemui Belakang Pintu Rumah


Seorang pengarah sebuah syarikat mengalami detik cemas selepas diugut bunuh dan dipaksa memindahkan wang dari akaunnya oleh tiga lelaki dipercayai warga China yang memecah masuk rumahnya di Bukit Gambir, di sini semalam malah suspek turut meletakkan dua objek seperti bom buatan sendiri (IED) jenis dynamite di belakang pintu masuk.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 28 tahun yang juga pengarah sebuah hotel di sini pulang ke rumahnya dan ketika hendak membuka pintu, mangsa ternampak tiga lelaki memanjat pagar rumah jirannya untuk masuk ke kawasan rumahnya.




“Tiga lelaki itu terus mendekati mangsa dan seorang daripadanya bertindak mengacukan sebilah pisau di bahagian perut sebelah kiri pengarah tersebut sebelum rakan suspek bercakap dalam bahasa Mandarin ‘kami hanya mahukan wang kami semula’,” katanya di sini hari ini.

Katanya suspek mengarahkan mangsa membuka pintu rumah sebelum semua mereka masuk ke dalam kediaman itu serta lelaki tersebut diarahkan duduk di ruang tamu dan tiga lelaki berkenaan  terus mendesak mahukan wang mereka.


Menurutnya tiga suspek dipercayai warga China itu memberitahu lelaki tersebut yang ayahnya telah menipu ramai pelabur sebelum mangsa memaklumkan, mereka harus mencari bapanya kerana dia tiada kena mengena dalam syarikat pelaburan terbabit.


Che Zaimani berkata mangsa berkali-kali menafikan yang dia bertanggungjawab menjaga wang pelaburan milik ayahnya namun tidak dipedulikan suspek dan mereka mengatakan mengetahui maklumat lengkap berkaitan lelaki tersebut termasuk rumah di Kuala Lumpur dan mengetahui latar belakang keluarganya termasuk isteri, ibu bapa serta datuk mangsa.

Katanya suspek turut bertegas mahukan wang mereka semula dan seorang daripadanya meminta telefon bimbit mangsa untuk mengakses ke aplikasi untuk pelaburan tersebut sebelum mendapati ia tiada dalam telefon bimbit tersebut serta mengarahkan lelaki itu untuk memuat naik aplikasi berkenaan dan mendaftar akaun pelaburan tersebut.

Beliau berkata mereka juga mengarahkan mangsa membeli bitcoin namun akaun tersebut tidak dapat diaktifkan sebelum memaksa lelaki itu memindahkan semua wang dalam akaunnya kepada suspek namun dia memberitahu limit transaksi hanya RM10,000 dan perlu ke kaunter bank untuk membuat pengeluaran.

Menurutnya suspek kemudian mengarahkan mangsa menghubungi ayahnya untuk meminta wang pelaburan mereka dikembalikan semula, namun panggilan tersebut tidak dijawab.

Che Zaimani berkata lelaki itu mencadangkan supaya menghubungi pemandu kepada ibunya untuk mengelak daripada terus didesak memindahkan wang dan dia turut memberitahu pemandu tersebut boleh  mencari ayahnya.

“Semasa suspek sedang bercakap dalam telefon dengan pemandu tersebut, mangsa menjerit meminta tolong dan membantunya sebelum lelaki itu terus bergegas ke rumah berkenaan untuk menyelamatkan anak majikannya,” katanya.

Katanya tiga lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran pemandu berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah itu dengan membawa sebuah beg yang mereka bawa namun mangsa dan pemandu tersebut cuba menghalang sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Tiga lelaki itu berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Axia warna biru namun begnya tertinggal dan dipercayai mereka juga telah meletakkan dua butir bom jenis dynamite di belakang pintu masuk rumah mangsa,” katanya, sambil menambah isteri mangsa menghubungi polis 9 malam memaklumkan kejadian tersebut.

Katanya pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Kontinjen Polis Pulau Pinang mendapati terdapat dua objek seperti IED jenis dynamite namun dipercayai bom palsu buatan sendiri dalam rumah itu dan polis menggunakan robotik untuk mengeluarkannya sebelum ia dimusnahkan, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan milik tiga suspek dalam beg mereka antaranya sebotol cecair disyaki petrol, silinder kertas disyaki berisi simen berserta wayar, besi diubah suai menjadi suis, bateri, simen, pisau dan pakaian.

“Rumah mangsa dilengkapi kamera litar tertutup dan merakam kejadian berkenaan, polis kini sedang giat mengesan tiga lelaki dipercayai warga China itu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/11/bukitgambir-pengarah-syarikat-diugut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Merapu Lepas Gagal Tubuh Kerajaan Pintu Belakang

Pembangkang Merapu Lepas Gagal Tubuh Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 281 hits
Pembangkang didakwa cuba menjadi batu api setelah usaha mereka menubuhkan kerajaan kerajaan pintu belakang tanpa penyertaan Amanah dan DAP gagal Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad dipetik laporan sinar berkata selepa...
Mayat Pengarah Filem Pitt Hanif Ditemui Terapung

Mayat Pengarah Filem Pitt Hanif Ditemui Terapung

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 561 hits
Allahyarham Pitt Hanif dilapor hilang selepas bot fiber terbalikKUANTAN Mayat pengarah filem yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaikinya ketika memancing terbalik di Sungai Jelai Kuala Lipis semalam ditemui terapung 500 meter dari lo...
Tak Perlu Terhegeh Hegeh Cari Orang Ikut Pintu Belakang Zahid

Tak Perlu Terhegeh Hegeh Cari Orang Ikut Pintu Belakang Zahid

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 306 hits
Umno tidak berminat dengan rundingan bagi membentuk kerajaan melalui pintu belakang kerana yakin usaha itu tidak akan ke mana kata Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno itu turut menafikan terdapat rundingan antara parti itu dengan pihak tert...
Bilik Katil Pintu Kamu Dicalit Minyak Dagu Rumah Kena Pecah Tapi Siapa Pun Tak Sedar

Bilik Katil Pintu Kamu Dicalit Minyak Dagu Rumah Kena Pecah Tapi Siapa Pun Tak Sedar

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 530 hits
Boleh dikatakan kejadian jenayah berlaku pada setiap hari di sekeliling kita Aktiviti jenayah seperti merompak dan mencuri bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian harta benda malah boleh juga menyebabkan kecederaan dan maut Menerusi satu pe...
Bukan Saja Pecah Masuk Curi Barang Habis Setiap Katil Pintu Rumah Dicalit Dengan Minyak Dagu

Bukan Saja Pecah Masuk Curi Barang Habis Setiap Katil Pintu Rumah Dicalit Dengan Minyak Dagu

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 960 hits
Tiada sesiapa pun yang sedar kata mangsa yang mendakwa rumah mereka dipecah masuk oleh suspek dalam kejadian baru baru ini Menurut Fatien Abdul kediaman mereka dipecah masuk pada malam Jumaat dan kesemua penghuni rumah itu kehilangan telefo...
Atlet Renang Berbakat Sarawak Ayrton Lim Ditemui Mati Di Rumah Keluarganya

Atlet Renang Berbakat Sarawak Ayrton Lim Ditemui Mati Di Rumah Keluarganya

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1494 hits
Ayrton pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia yang lalu dan baharu pulang daripada menjalani latihan di Singapura Perenang berbakat Sarawak Ayrton Lim ditemui mati di ruang tamu KUCHING Seorang atlet yang sebelum ini ...
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 507 hits
Siapa Dalang Kerajaan Pintu Belakang Melaka Rancangan itu akan dilaksanakan semasa sidang Dewan Undangan Negeri Melaka antara 18 hingga 26 November ini dengan menolak belanjawan negeri untuk tahun depan katanya Dalam pilihan raya umum lalu ...
Bukitgambir Gagal Merompak Pencuri Campak Bom Buatan Sendiri

Bukitgambir Gagal Merompak Pencuri Campak Bom Buatan Sendiri

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 321 hits
Pihak Polis menerima maklumat berkenaan bom yang dijumpai di sebuah rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir awal pagi selasa lalu Unit Pencegah Bom tiba di tempat kejadian dalam pukul 12 15 pagi untuk langkah langkah keselamatan laluan uta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti