Lim Dap Perlu Terajui Pandangan Awam Tentang Gencatan Politik


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 16, 2021 10:18 AM
Dikemaskini: 10:18 AM

DAP perlu menerajui pandangan awam berhubung gencatan politik antara kerajaan dan PH, kata pemimpin veterannya Lim Kit Siang.

Kenyataan itu di tengah keraguan berhubung memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani PH dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

MoU itu antara lain menyaksikan gabungan itu tidak menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat yang boleh membawa kesan terhadap survivalnya. Sebagai pertukaran, kerajaan akan mengusahakan sejumlah pembaharuan dan dasar yang sebelum ini dibawa PH.

"Pemimpin dan aktivis DAP perlu menerajui pandangan awam yang negara perlukan moratorium dan gencatan politik untuk 10 hingga 18 bulan seterusnya sehingga PRU15, agar kita boleh fokus kepada perang melawan Covid-19 dan memulihkan keadaan ekonomi dan sosial negara," katanya dalam kenyataan.

Menurut Lim, Ismail Sabri berisiko tewas dalam undi pertama di Parlimen jika MoU itu tidak dimeterai dan itu akan menjadikannya perdana menteri paling singkat memimpin negara.

"Tapi ini bukan waktunya untuk plot dan intrig politik, tetapi untuk bersatu padu dan kerjasama oleh semua warga, tanpa mengira kaum, agama atau politik untuk menamatkan gelombang Covid-19, yang telah menyebabkan lebih dua juta kes dan 22,000 kematian di Malaysia," katanya lagi.

Katanya lagi, jika Ismail Sabri disingkirkan, kemungkinan besar penggantinya tetap bukan daripada pembangkang atau calon pilihan mereka - Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Anwar hanya mampu meraih sokongan 105 ahli parlimen berbanding Ismail Sabri yang disokong 114 ahli parlimen. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah satu-satunya wakil rakyat yang tidak memberikan sebarang sokongan.

Pada masa ini, terdapat 220 ahli parlimen dengan dua kerusi kosong di Dewan Rakyat.

Menyifatkan MoU tersebut sebagai dokumen paling penting selepas perangkaan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, Lim berkata ia tidak akan berlaku jika BN yang diketuai Umno masih dalam kedudukan hegemoninya.

Ia ditambah pula dengan wabak Covid-19 yang menjadi satu "ancaman eksistensial", katanya lagi.

Lim sekali lagi berkata yang pembangkang masih memiliki perbezaan yang kritikal dengan kerajaan terutama berkaitan demokrasi beperlembagaan, kedaulatan undang-undang, korupsi, hak asasi manusia, kesaksamaan dan kesatuan.

"Tetapi perbezaan itu boleh ditangguh dan perlu ditangguh di depan ancaman eksistensial wabak Covid-19.

"Persamaan kita sebagai warga Malaysia perlu mengambil tempat utama dan keutamaan bersama kita adalah untuk menang dalam perang melawan Covid-19 untuk menjamin masa depan yang selamat buat semua orang Malaysia.

"Ini malah menjadi ujian besar terhadap rasa cinta kepada negara dan rakyat Malaysia," katanya lagi.

Lim turut membangkitkan Malaysia yang berada di tempat ke-89 bagi jumlah keseluruhan kes Covid-19 pada sambutan hari Malaysia tahun lalu. Pada tahun ini, Malaysia di kedudukan ke-21.

Dia juga menyatakan kerisauan yang negara mungkin mencapai angka tiga juta untuk kes positif dan 30,000 korban pada bulan depan.

Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan 2,030,935 kes Covid-19 dengan 22,009 korban.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/lim-dap-perlu-terajui-pandangan-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap S Lim Kit Siang Calls For Gencatan Senjata

Dap S Lim Kit Siang Calls For Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 179 hits
Democratic Action Party veteran parliamentarian leader Lim Kit Siang said today that Malaysia with 592 Covid 19 deaths yesterday is currently in a worse stage than the US in its worst period during the pandemic early this year According to ...
Pandangan Hairuddin Omar Tentang Status Nafuzi Zain Dan Terengganu Fc

Pandangan Hairuddin Omar Tentang Status Nafuzi Zain Dan Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 304 hits
Kuala Lumpur Temubual Astro Arena dengan Hairuddin Omar tentang status Nafuzi Zain dan prestasi pasukan Terengganu FC diambang perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang Sama sama saksikan temubual dibawah dibawakan ol...
Gencatan Politik Untungkan Siapa

Gencatan Politik Untungkan Siapa

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 149 hits
Rakyat Pembangkang Kerajaan Atau menguntungkan ketiga tiga pihak togetherness Tentunya baik jika ikhlas dan tiada agenda tersembunyi tinggal lagi 21bulan sebelum PRU15 dan apa isu yang mahu dibawa jika sudah togetherness Seperti penubuhan P...
Najib Terima Maklumat Tentang Salah Guna Kuasa Penjawat Awam

Najib Terima Maklumat Tentang Salah Guna Kuasa Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 297 hits
Oleh Sirajuddin AhmadAhli politik yang menjawat tugas Menteri atau tugas sesuatu jabatan berhak mengetahui urusan jabatan yang berada didalam bidang kuasa mereka Tapi jika ianya melampau batas sehingga masuk campur dalam cara cara jabatan d...
Tulisan Menarik Seorang Facebooker Tentang Ecrl Dan Jalan Tak Bertol Era Najib

Tulisan Menarik Seorang Facebooker Tentang Ecrl Dan Jalan Tak Bertol Era Najib

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 306 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMemang banyak fakta menarik tentang hasil sumbangan Datuk Seri Najib Yang kebanyakan rakyat tidak sedar akibat ditutup dengan fitnah 1MDB dan fitnah terhadap Rosmah oleh Tun Mahathir dan sekutu nya ECRL yang sedia ada i...
Kuasa Kesenangan Buat Ahli Politik Lupa Daratan Kata Shahrir

Kuasa Kesenangan Buat Ahli Politik Lupa Daratan Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 273 hits
Shahrir Samad berkata pada PRU14 pengundi memilih kuasa dari khidmat dan kesan daripada pilihan itu ditanggung oleh rakyat keseluruhan dan negara PETALING JAYA Ahli politik boleh menjadi lupa daratan apabila mempunyai kuasa serta diberi kes...
Apa Cerita Tentang Agama

Apa Cerita Tentang Agama

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 292 hits
MENTERI AGAMA JANGAN TAKUT KASI BURAI SUDAH BERPULUH TAHUN DIKATAKAN MERDEKA TAPI MASALAH AGAMA ISLAM MASIH LINTANG PUKANG APA TAFSIRAN AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN DALAM PERLEMBAGAAN PASAL 3 NEGARA ORANG ISLAM YANG FAHAM MENTAFSIR PERLEMB...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid