Lim Ada Moral Kah Kura Kura Dalam Perahu Khairuddin


Khairuddin mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral, sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.
Daripada mengulas tentang dirinya, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Takiri Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan Lim Guan Eng memberikan tumpuan terhadap kes rasuah yang sedang dihadapi bekas menteri kewangan itu.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral, sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan jenayah rasuah yang menurut Khairuddin merupakan sesuatu yang tidak bermoral.
“Itu kesalahan jenayah yang sangat besar. Itu maksiat besar. Tidak bermoral!

“[…] Beliau memang ada moral ke? Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin mempersoalkan moral Lim dengan membangkitkan kes rasuah banglo yang digugurkan oleh bekas peguam negara yang katanya, “dipertikaikan oleh rakyat”, serta kes rasuah terowong bernilai RM6.3 bilion.
Dia turut mendakwa Lim tanpa rasa malu menipu di Dewan Rakyat bahawa wang GST dirompak, dan terkini, kes projek rundingan terus bernilai RM6 bilion semasa Lim menjadi menteri kewangan, malah Lim didakwa memberi kelulusan tanpa pengetahuan menteri berkaitan.
Dia dipercayai merujuk rundingan terus pada zaman PH yang menjadi kontroversi baru-baru ini apabila dibangkitkan di Dewan Rakyat, khususnya projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dakwa menterinya, Zuraida Kamaruddin, diluluskan tanpa pengetahuannya.
Setiausaha politik Zuraida mendakwa projek itu sebenarnya diuruskan kementerian Lim.
Bagaimanapun, Lim menepis dakwaan itu dan mencabar Zuraida mendedahkan semua surat berkaitan Projek Sisa Pepejal Taman Beringin atau PSPTB bernilai RM170.3 juta.
Lim hari ini membidas PAS yang katanya mengangkat Khairuddin sebagai wira sedangkan Khairuddin dan keluarganya secara terang-terangan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan melanggar kuarantin kendiri 14 hari setelah kembali dari Turki.
Kata ahli parlimen Bagan itu, pendirian PAS menunjukkan betapa terpesongnya sistem nilai di dalam PAS.
Malah dakwa Lim, perbuatan Khairuddin itu tidak bermoral, berdosa, dan menyalahi undang-undang, namun Khairuddin hanya dikompaun RM1,000 sedangkan ada rakyat yang melakukan kesalahan serupa didenda jauh lebih tinggi malah dipenjara.
Lim dipercayai merujuk kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang mengibaratkan pelanggaran SOP Khairuddin itu seperti burung hudhud yang melanggar perintah Nabi Sulaiman untuk mencari air, sebaliknya melakukan pengintaian kerajaan Sabah yang diperintah Ratu Balkis.
Keingkaran burung hudhud itu, kata Hashim, menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam, menjadikan burung huh hud itu sebagai “hero”.
Menurut Hashim lagi, kisah burung hud hud seperti Khairuddin yang hasil lawatannya ke Turki didakwa berjaya menyebabkan harga kelapa sawit melonjak.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan terbaru Lim terhadapnya, kata Khairuddin, Lim sebenarnya hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada kes rasuah yang sedang dihadapinya.
“Saya rasa beliau ingin mengalihkan perhatian rakyat daripada berbicara tentang kes rasuah yang masih dipalitkan kepada beliau.
“Beliau akan berhadapan dengan dua lagi kes jenayah di mahkamah. Untuk menenangkan dirinya beliau sedang berzikir perihal orang lain.
“Harap bertabah Lim Guang Eng,” kata Khairuddin lagi.
Lim dijangka dikenakan dua lagi pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin minggu depan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, menurut satu sumber.
Sebelum ini, setiausaha agung DAP itu telah didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah membabitkan projek sama.
Isteri Lim, Betty Chew pula didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. MKini
The post Lim ada moral kah? ‘Kura-kura dalam perahu’ – Khairuddin appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/06/lim-ada-moral-kah-kura-kura-dalam-perahu-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Khairuddin Takiri Membidas Lim Guan Eng Bercakap Pasal Moral

Dr Khairuddin Takiri Membidas Lim Guan Eng Bercakap Pasal Moral

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 357 hits
MP Kuala Nerus mempersoalkan kelayakan Lim untuk berbicara soal moral sedangkan Lim sendiri berdepan dengan pertuduhan di mahkamah Daripada mengulas tentang dirinya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Takiri Mohd Khair...
Isu Khairuddin Lim Kit Siang Kalau Nak Kritik Baca Sampai Habis

Isu Khairuddin Lim Kit Siang Kalau Nak Kritik Baca Sampai Habis

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 370 hits
Lim Kit Siang menyoal kenapa pegawai polis boleh ditahan ingkar SOP dan Khairuddin tidak Agaknya Lim Kit Siang baca tajuk saja atau sengaja mahu mencipta isu yang tidak timbul langsung Lim Kit Siang patut tahu bahawa pegawai polis yang dita...
Speaker Tolak Usul Bahas Tindakan Khairuddin Langgar Sop

Speaker Tolak Usul Bahas Tindakan Khairuddin Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 279 hits
Di kemas kini dengan laporan penuh Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak usul tergempar untuk membahaskan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali melanggar perintah kuarantin Azhar dalam surat yan...
Ultra Kiasu Cuba Lindungi Kejahatan Perbesar Isu Khairuddin

Ultra Kiasu Cuba Lindungi Kejahatan Perbesar Isu Khairuddin

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 310 hits
BANGI 8 Muharram 1442H Khamis Ultra kiasu didakwa cuba memperbesarkan isu kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi menutup kejahatan serta kebobrokan mereka Pemerhati politik Prof Dr Ri...
Gagal Kuarantin Di Rumah Polis Ambil Keterangan Khairuddin

Gagal Kuarantin Di Rumah Polis Ambil Keterangan Khairuddin

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR 27 Ogos nbsp Polis hari ini mengambil keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lepas ...
Saya Tidak Akan Letak Jawatan Khairuddin

Saya Tidak Akan Letak Jawatan Khairuddin

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 413 hits
101 total views 101 views today TANJUNG MALIM Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan tiada keperluan untuk beliau meletak jawatan susulan isu melanggar arahan kuarantin wajib yang dihadap...
Bukit Aman Tunda Ambil Keterangan Khairuddin

Bukit Aman Tunda Ambil Keterangan Khairuddin

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 286 hits
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali sepatutnya memberikan keterangan kepada Bukit Aman hari ini berhubung siasatan pelanggaran perintah kuarantin KUALA LUMPUR Polis memaklumkan pihaknya menunda untuk meng...
Gasak Sampai Tumbang Khairuddin Langgar Sop Keadilan Hulu Langat Buat Laporan Polis

Gasak Sampai Tumbang Khairuddin Langgar Sop Keadilan Hulu Langat Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 257 hits
Kegagalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melaksanakan Prosedur Operasi Standard mengkuarantin dirinya selepas pulang dari Turki dan dikenakan pula kompaun serendah RM1 000 menyebabkan KEADIL...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir