Liga Belum Bermula Penyokong United Dah Mula Rancang Protes


Liga belum bermula, penyokong United dah mula rancang protes
RATCLIFFE pernah menyatakan sedia meninggalkan United jika dia turut tidak disukai penyokong kelab terbabit. FOTO Reuters London: Sebuah kelab penyokong Manchester United mengumumkan satu lagi protes terhadap keluarga Glazer dan buat pertama kali terhadap Sir Jim Ratcliffe menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal.
Kelab yang dikenali The 1958 telah menganjurkan pelbagai demonstrasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagi menuntut perubahan pemilikan dan mengesahkan mereka akan berarak ke Old Trafford pada 17 Ogos.
Ratcliffe memiliki 28.94% pegangan dalam United dan mengambil alih kawalan operasi harian daripada keluarga Glazer sejak Februari 2024, membawa pelbagai perubahan yang kadangkala tidak popular dalam kalangan penyokong.
Jurucakap The 1958 berkata:
“Ini musim baharu, tetapi isu pemilikan yang sama masih berterusan. Dua puluh tahun di bawah Glazer dan segunung hutang mereka dalam tempoh dua puluh tahun yang terlalu lama. Cukuplah
“Kami tidak akan membenarkan sedikit rasa optimism dan beberapa pemain baharu yang berkilauan mengalihkan perhatian daripada gambaran sebenar di luar padang.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

“Jim Ratcliffe memilih untuk ‘bersekongkol’ dengan Glazer dan pada pandangan kami, dia membantu mengekalkan mereka berkuasa.
“Jadi pada 17 Ogos, kami akan berprotes bukan sahaja terhadap Glazer, tetapi kini juga terhadap Jim Ratcliffe, seorang yang dahulu dilihat oleh ramai, termasuk kami sebagai penyelamat, sinar harapan tetapi kini terbukti bersubahat dalam hakisan berterusan terhadap segala yang menjadikan kelab ini seperti kita kenal.
“Ini bukan lagi sekadar soal pemilikan; ini tentang kelangsungan, kelangsungan identiti kami, komuniti kami dan nilai-nilai kami.”
Jurucakap The 1958 menambah protes itu untuk “setiap penyokong yang telah disenyapkan, dihalau keluar, tidak mampu membayar harga tiket, dan diketepikan,” sambil menegaskan “ia tentang masa depan bola sepak.”
“Jim Ratcliffe, anda telah memilih pihak anda dan ia bukan pihak kami. Anda kini berdiri sebaris dengan Glazer. Topeng telah jatuh. Anda bukan penyelamat. Anda ibarat ‘syaitan merah yang menyamar’,” kata kumpulan itu lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA : Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan Game Over Kepada Ahmad Terrirudin Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

Pada Mac lalu, Ratcliffe pernah menyatakan beliau akan meninggalkan United jika dia menerima layanan atau cemuhan seperti yang diterima oleh keluarga Glazer.
“Ia boleh menjadi tidak menyenangkan,” kata Ratcliffe kepada The Times. “Saya mungkin telah gagal dari segi menikmati pengalaman ini.
“Saya boleh bertahan untuk satu tempoh. Saya tidak kisah menjadi tidak popular kerana saya faham tiada siapa suka melihat Manchester United berada di tempat mereka sekarang, dan tiada siapa suka keputusan yang terpaksa kami buat.
“Tetapi jika sampai ke tahap seperti apa dialami oleh keluarga Glazer, saya akan berkata, ‘cukuplah, biarlah orang lain uruskan’.”
Manchester United menamatkan saingan musim lalu di tempat ke-15 Liga Perdana Inggeris, kedudukan terburuk mereka sejak tahun 1974 dan gagal melayakkan diri ke pertandingan Eropah selepas tewas kepada Tottenham Hotspur dalam final Liga Europa.
Liga belum bermula, penyokong United dah mula rancang protes  
DISYORKAN UNTUK ANDA : Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya? Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

The post Liga belum bermula, penyokong United dah mula rancang protes appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2025/08/06/liga-belum-bermula-penyokong-united-dah-mula-rancang-protes/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jdt Beri Amaran Kepada Pasukan Liga Super Belasah Hougang United 12 0

Jdt Beri Amaran Kepada Pasukan Liga Super Belasah Hougang United 12 0

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 304 hits
JDT beri amaran kepada pasukan Liga Super belasah Hougang United 12 0 Tonggak Johor Darul Ta zim Arif Aiman Hanapi beraksi menentang Hougang United di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi Foto Johor Southern Tiger Kuala Lumpur Johor Darul Ta z...
Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 445 hits
Kuala Lumpur 28 Julai 2025 Jenama kamera aksi global AKASO kini memperkenalkan inovasi terbaharunya AKASO 360 sebuah kamera aksi 360 yang kompak berkuasa dan direka khas untuk pencipta kandungan masa kini Sudah boleh didapati secara dalam t...
Ha Ha Ha Pencetak Harakah Cadang Penyokong Pas Bayar Hutang Dengan Rm100 Yang Diberi Pmx

Ha Ha Ha Pencetak Harakah Cadang Penyokong Pas Bayar Hutang Dengan Rm100 Yang Diberi Pmx

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 250 hits
HarapandailyPencetak lidah rasmi Pas Harakah mencadangkan penyokong Pas yang enggan menerima bantuan RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah untuk melunaskan hutang dengan pihaknya Bekas pencetak akhbar Harakah Hussin Jan berkata demik...
Krisis Perang Thailand Kemboja Bermula Dari Sebuah Kuil

Krisis Perang Thailand Kemboja Bermula Dari Sebuah Kuil

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 274 hits
Sham GhazKrisis Perang Thailand Kemboja bermula dari sebuah kuil Buat yang tidak tahu menahu kenapa Thailand dan Kemboja berperang perkara ini berlaku sejak 1954 apabila tentera Perancis berundur dari Kemboja Pertikaian ini bermula di wilay...
Dji Lancar Kamera Aksi 360 Pertama Osmo 360 Harga Bermula Rm1 879

Dji Lancar Kamera Aksi 360 Pertama Osmo 360 Harga Bermula Rm1 879

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 220 hits
DJI kini melancarkan kamera aksi 360 pertamanya DJI Osmo 360 yang direka untuk bersaing secara langsung dengan Insta360 X5 Menyentuh spesifikasi Osmo 360 tampil dengan rekaan lebih kompak seberat 183g dan dilengkapi skrin bersaiz 2 inci Osm...
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 276 hits
Pelan Lima Tahun Kenali Sejarah Rancangan Malaysia Bila Bermula Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke 13 2026 2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini Secara umumnya RM...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Tapai Pulut

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Pendekar Awang Bukak Langkah Resepsi Fattah Amin Amira Othman Meriah Bersama Peminat

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Insiden Sungai Golok Suspek Serah Diri Kepada Polis Thailand Ketua Polis Kelantan

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up