Lidah Jin Dalam Rumah Boleh Jejas Kesihatan


IPOH – Pokok Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.
Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri. Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
Tinjauan Bernama di sebuah tapak semaian di Jalan Kuala Kangsar di sini mendapati, permintaan terhadap pokok Lidah Jin meningkat selepas ia tular antaranya dikatakan boleh membersihkan udara sehingga menyebabkan pengusaha kerap menambah bekalan yang diperoleh dari Cameron Highlands.
Pemilik NCS Craft Garden Landskap, Meizi Chong,32, berkata beliau menjual pokok itu sejak mula beroperasi tiga tahun lepas, namun permintaan sekarang disifatkannya sebagai luar biasa disebabkan tanaman itu kini tular di media sosial.
“Selepas tular, kadang-kadang sehari sampai 10 orang datang cari dan beli, kalau sebelum ini agak kurang,” katanya yang menjual pada harga antara RM8 hingga RM40 mengikut saiz dan lengkap dengan pasu.
Menurut Meizi, penjagaan pokok itu amat mudah, ia hanya perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali seminggu, membuang daun yang kering dan tanaman itu boleh hidup untuk tempoh yang panjang jika diletakkan di tempat sesuai.
– BERNAMA
The post Lidah Jin Dalam Rumah Boleh Jejas Kesihatan appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/14/lidah-jin-dalam-rumah-boleh-jejas-kesihatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lidah-jin-dalam-rumah-boleh-jejas-kesihatan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trend Hias Pokok Lidah Jin Dalam Rumah Sebenarnya Bahayakan Kesihatan

Trend Hias Pokok Lidah Jin Dalam Rumah Sebenarnya Bahayakan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 660 hits
Kebelakangan ini viral dakwaan yang mengatakan pokok lidah jin atau turut dikenali sebagai pokok Lidah Mentua boleh membersihkan udara dan memberi kesegaran kepada ruang rumah Ekoran dari itu pokok ini telah menjadi tanaman yang paling lari...
Pokok Lidah Jin Ahli Kimia Bimbang Jika Ia Ditanam Dalam Rumah

Pokok Lidah Jin Ahli Kimia Bimbang Jika Ia Ditanam Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 774 hits
Baru baru ini telah viral sebuah pokok yang dikatakan mampu membersihkan udara dala rumah iaitu pokok Lidah Jin atau juga disebut sebagai Lidah Mentua Sehinggakan permintaan pokok berkenaan untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah meningkat ...
Lidah Jin Semakin Viral Kerana Mampu Tapis Habuk Dalam Rumah Jawapannya Tidak Benar

Lidah Jin Semakin Viral Kerana Mampu Tapis Habuk Dalam Rumah Jawapannya Tidak Benar

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 1079 hits
Sekarang ni memang viral pasal pokok hiasan lidah jin atau lidah mertua dan telah menjadi buruan ramai disebabkan rupanya yang cantik apabila dideko serta dikatakan mampu menapis habuk dalam rumah kita Korang rasa betul ke pokok tu boleh ta...
Seram Tengok Lipas Berkeliaran Ini Petua Boleh Cuba Usir Lipas Dari Rumah

Seram Tengok Lipas Berkeliaran Ini Petua Boleh Cuba Usir Lipas Dari Rumah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 247 hits
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan orang begitu takut dengan kehadiran lipas sehingga menimbulkan fobia dalam diri mereka Bukan sahaja di dalam rumah haiwan tersebut juga boleh bersarang di dalam kereta Terkadang pelbagai cara yang dil...
Rumah Ada Anak Kecil Tetap Boleh Kemas Disiplin Praktis Je Cara Ni Setiap Hari

Rumah Ada Anak Kecil Tetap Boleh Kemas Disiplin Praktis Je Cara Ni Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 416 hits
Rumah bersih tersusun kemas buatkan hati pun rasa tenang Namun ada yang memberi alasan jika ada anak kecil ni nak mengemas rumah pun tak sempat kerana anak asyik buat sepah je Tapi jika anda seorang yang tak boleh tengok rumah bersepah nak ...
Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

Boleh Keluar Rumah Tapi Tak Payahlah Bawa Anak Virus Tak Nampak Bila Kena Jangan Menyesal

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 330 hits
Walaupun kes COVID 19 semakin berkurangan kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti Bukan mudah untuk memerangi wabak hebat ini sepenuhnya jadi kita tidak boleh leka Dipetik dari laman...
Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya

Tak Perlu Keluar Duit Banyak Kalau Nak Bercuti Kat Rumah Pun Boleh Kalau Kena Gaya

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 465 hits
Hujung minggu waktu yang ditunggu tunggu untuk habiskan masa bersama keluarga Setiap orang ada cara tersendiri untuk luangkan masa berkualiti bersama orang orang yang disayangi Ada yang pergi bercuti ada yang piknik di pantai dan sebagainya...
Selalu Batuk Selesema Sebab Habuk Letakkan Snake Plant Dalam Rumah Boleh Serap Toksin Kotor

Selalu Batuk Selesema Sebab Habuk Letakkan Snake Plant Dalam Rumah Boleh Serap Toksin Kotor

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 492 hits
Baru baru ini tular tentang sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai snake plant Mengapa secara tiba tiba ia boleh jadi begitu popular sehingga ramai yang mencarinya Snake plant yang juga dikenali sebagai pokok lidah mertua ini sebenarnya mem...
Pokok Lidah Jin

Pokok Lidah Jin

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 743 hits
Pokok Lidah Jin Seriously aku pun tak paham kenapa tetiba pokok lidah jin ni jadi glamer Dan tetiba juga dia ada memacam nama Lidah mertua la Lidah jin la Yang aku kenal snakeplant Ni adalah cubaan pertama aku untuk guna the new blogger Ken...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024