Liberalisme Perosak Islam



Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya. Lebih membimbangkan, ia adalah benih kepada fahaman tidak beragama. Sedangkan Islam adalah agama yang mengatur akidah, syariat dan akhlak bagi setiap Muslim sesuai dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah kerana Islam bermaksud ketaatan, kepatuhan dan penyerahan kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Islam merujuk kepada cara hidup yang telah diatur oleh Allah SWT melalui syariat yang dibawa oleh rasul-Nya SAW.

Berikut dijelaskan secara khusus beberapa bentuk bahaya fahaman liberalisme terhadap kesucian akidah umat Islam:

Pertama: Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama

Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islam dan menyatakan semua agama adalah sama dan menganjurkan kepada kebaikan. Mereka mendakwa bahawa jika orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menukar agama, maka orang Islam pun hendaklah diberikan kebebasan untuk murtad. Fahaman sebegini amat bahaya dan memudaratkan kerana tegasnya Islam adalah satu-satunya agama yang diredai Allah SWT. Bahkan Allah SWT menegaskan tidak akan sama sekali menerima agama selain Islam dan siapa yang memilih selainnya maka mereka adalah di kalangan orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak adalah orangorang yang rugi.”

Kedua: Fahaman liberalisme memperjuangkan fahaman sekularisme

Bahaya fahaman sekularisme terhadap akidah apabila seseorang berkeyakinan agama adalah urusan peribadi dan agama hanya dihadkan dalam ruang lingkup upacara agama semata-mata. Golongan sekularisme mendakwa agama bertentangan dengan sains, atau wahyu bertentangan dengan akal. Kerana itu, mereka menganggap manusia tidak perlu tunduk kepada aturan agama. Mereka mengatakan bahawa riba itu halal dan menyumbang kepada ekonomi negara. Begitu juga mereka mengatakan bahawa arak itu hak individu untuk meminumnya dan khalwat pula adalah hak peribadi yang tidak boleh diganggu. Fahaman sebegini sangat memudaratkan dan merosakkan akidah seorang Muslim kerana Islam adalah cara hidup yang sempurna.

Ketiga: Fahaman liberalisme berpaksikan logik akal semata-mata

Mengikut logik akal semata-mata secara mutlak adalah bahaya tanpa sebarang panduan wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Kerana kemampuan akal sangat terbatas berbanding wahyu Allah SWT. Fahaman tersebut boleh membawa kepada kekufuran. Apabila bertembung al-Quran dengan logik akal, maka sebagai orang Islam kita perlu mendahulukan al-Quran dan al-Sunnah walaupun ianya bercanggah dengan nafsu dan akal.

Sesungguhnya al-Quran dan al-Sunnah mengajarkan umat Islam kaedah-kaedah memperkukuhkan akidah. Antara panduannya ialah berpegang teguh dengan wahyu Allah membantu setiap Muslim untuk berada pada jalan yang lurus dan akidah yang sahih. Firman Allah SWT dalam surah Al-Zuhruf ayat 43 yang bermaksud:

“Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.”

Selain daripada itu, kita hendaklah menjauhi golongan jahil lagi fasiq yang menyebabkan kecelaruan dan kesesatan. Diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Janganlah bersahabat melainkan dengan orang beriman dan janganlah ada orang yang memakan makanan kalian melainkan orang yang bertaqwa.” (Riwayat Ahmad)

Kaedah seterusnya untuk memperkukuhkan akidah ialah dengan mengambil iktibar daripada kisah-kisah azab dan balasan terhadap umat terdahulu.

Al-Quran mengisahkan pelbagai sejarah umat terdahulu yang telah diazab kerana menentang dakwah para rasul. Ada umat yang bumi mereka diangkat, diterbalik, dihempap dan dihenyak semula ke bumi. Ada umat yang disambar dengan petir, ada umat yang bertukar menjadi beruk dan sebagainya. Lihatlah, sedarlah! Akibat dan pembalasan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT!

Sesungguhnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam di akhir zaman diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai menggenggam bara api. Hadis daripada Anas bin Malik R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmidzi)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Toha: 124)

Oleh: Jabatan Agama Islam Selangor
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/liberalisme-perosak-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Islam Di Selangor Diajak Sokong Mb

Adun Islam Di Selangor Diajak Sokong Mb

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 285 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor menyeru agar seluruh Ahli ahli Dewan Undangan Negeri itu yang beragama Islam menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Timbalan Ketua Pemuda...
Jangan Sabotaj Agenda Tadbir Islam Di Selangor

Jangan Sabotaj Agenda Tadbir Islam Di Selangor

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 355 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat dengan tegas memberi amaran kepada PH supaya tidak sesekali mensabotaj agenda pentadbiran Islam di Selangor Semua sudah maklum bahawa pindaan Rang Undang Undang Pentadbiran Agama Islam sudah disokong oleh DYMM Sultan ...
Wanita Islam Wajib Pakai Cadar

Wanita Islam Wajib Pakai Cadar

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 494 hits
Memang keterlaluan Adakah patut wanita diwajibkan pakai cadar Cadarkan digunakan untuk menutup tilam Ya cadar adalah kain untuk menutup tilam Itu maksud yang umum difahami Namun cadar juga adalah kain penutup kepala atau muka perempuan Itul...
Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 416 hits
DAP kian bertaring BELUM pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yan...
Sokong Pasar Mini Bani Jawi Milik Bumiputera Islam

Sokong Pasar Mini Bani Jawi Milik Bumiputera Islam

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 654 hits
Assalamualaikum w t b Nama kedai BJ Mini mart Diuruskan oleh Syarikat Mofi Equity Sdn BhdAlamat No 28 Arked Niaga Bandar Puteri Jaya 08000 Sg Petani KedahBarangan Niaga Memerlukan pelbagai produk barangan keluaran Bumiputera Kategori 1 Maka...
Aibkan Suami Pastu Gelak Macam Hantu Peminat Izzue Islam Bengang Isteri Conteng Muka

Aibkan Suami Pastu Gelak Macam Hantu Peminat Izzue Islam Bengang Isteri Conteng Muka

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 816 hits
Gara gara video gurauan isteri Izzue Islam yang menconteng muka semasa Izzue sedang tidur isteri penyanyi dan pelakon itu dikecam oleh peminat dan netizen di laman media sosial BACA 6 Tahun Berkahwin Tiada Anak Izzue Islam Kecewa Dituduh Ma...
Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1012 hits
Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa p...
4 Exco Bukan Islam Mengadap Sultan Selangor Hari Ini

4 Exco Bukan Islam Mengadap Sultan Selangor Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 351 hits
Empat Exco bukan Islam kerajaan Selangor hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini kira kira pukul 11 pagi Empat exco berkenaan adalah Datuk Teng Chang Khim V Ganabatirau Hee Loy Sian ...
Tidak Mengapa Ada 10 Parti Islam Asalkan Bersatu Hadapi Musuh

Tidak Mengapa Ada 10 Parti Islam Asalkan Bersatu Hadapi Musuh

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 388 hits
KOTA BHARU 10 Ogos Penyatuan ummah merupakan penyelesaian terbaik bagi menghadapi ancaman pihak ketiga yang tidak akan berhenti mengganggu gugat kepentingan dan kesucian agama Islam Penceramah tersohor antarabangsa Dr Zakir Naik berkata ber...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun