Lhdn Rancak Ketuk Pintu Ini Jumlah Minima Income Individu Yang Wajib Bayar Cukai




‘Income Tax’. Terdengar saja istilah ini, bulu roma kita terus ‘meremang’, kan? Ia taklah seram sangat pun, jauh sekali kena buat sesuatu yang menakutkan. Tidak.

Cuma apabila berbicara soal cukai, ia adalah satu bentuk bayaran yang harus kita lunaskan kepada pihak kerajaan bagi satu tempoh tertentu. Pendek kata, kita kena keluarkan duit dan bayar kepada kerajaan.

Apa itu Income Tax?Secara amnya, cukai pendapatan merupakan sejenis cukai yang akan dikenakan kepada setiap individu bagi pendapatan yang diproses di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar negara bagi tahun taksiran tertentu.

Terfikir juga, kenapa cukai pendapatan ini perlu dibayar oleh orang tertentu? Apa yang mewajibkan mereka untuk membayarnya? Kenapa bukan semua orang yang dipilih?

Sebenarnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya akan memilih individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan. Jadi bagi sesiapa yang ‘terpilih’, mereka perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Siapa yang wajib bayar?Cukai pendapatan biasanya dikenakan terhadap dua sumber pendapatan individu, pertama adalah pendapatan penggajian. Kedua, pendapatan perniagaan. Pendek kata, orang kerja makan gaji kena bayar, orang bisnes sendiri pun kena bayar. Faham tak?

Kategori pendapatan penggajian individuMerujuk petikan dalam portal rasmi LHDN, individu yang layak dikenakan cukai adalah mereka yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan yang ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak.

Contohnya, individu yang mempunyai tanggungan akan mendapat pelepasan sebanyak RM2,000 bagi seorang anak berusia bawah 18 tahun manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan cukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Kategori pendapatan perniagaan individuMenurut LHDN, keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai. Ini termasuklah sebarang perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (ekonomi bayangan).

Terdapat dua jenis perniagaan yang layak dikenakan cukai pendapatan, iaitu milikan tunggal atau bekerja sendiri (jalankan perniagaan secara berseorangan) dan perniagaan jenis perkongsian beberapa pihak.

Perlu difahami, perniagaan jenis perkongsian itu meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua pihak (atau lebih) bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan serta mewujudkan perkongsian keuntungan.

Perkongsian itu mungkin wujud melibatkan individu-individu, kerjasama dua syarikat, individu dan syarikat serta individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian.

Contoh-contoh jenis perniagaan yang akan dikenakan cukai pendapatan adalah seperti yang tertera dalam gambar di bawah:-


Sumber: portal LHDN

Bagaimana nak bayar cukai pendapatan?Untuk pengetahuan anda, LHDN kini telah menyediakan saluran pembayaran yang lebih mudah, menjimatkan masa serta boleh diselesaikan hanya kurang daripada lima minit, iaitu secara tanpa tunai (cashless).

Kalau sebelum ini anda mungkin perlu beratur lama di mana-mana kaunter LHDN untuk menunggu giliran, kini tidak perlu lagi bersusah-payah kerana anda boleh sahaja membayarnya melalui saluran online FPX atau MyDebit di kaunter.

Tahukah anda, pembayaran cukai pendapatan secara online ini sebenarnya lebih selesa, pantas dan selesai dalam tempoh segera. Tidak perlu lagi ‘buang masa’ menunggu lama giliran masing-masing di kaunter.

Selain itu, keselamatan lebih terjamin kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ke kaunter. Malah transaksi wang berjalan lebih selamat kerana ia direkodkan dalam akaun bank. Menarik, bukan?

Kenali dua saluran pembayaran cukai pendapatan LHDN secara tanpa tunai yang anda boleh pilih1. MyDebit – Perkhidmatan pembayaran yang membolehkan pengguna membuat pembayaran atau pembelian secara online menggunakan kad ATM. Transaksi boleh dibuat melalui dua kaedah, iaitu memasukkan nombor PIN kad ATM atau sistem tanpa sentuhan (Wave) di mesin POS di kaunter.

2. FPX – Perkhidmatan pembayaran yang membolehkan pengguna membayar pembelian/servis secara online melalui internet atau perbankan mudah alih. Transaksi berlaku melalui tolakan daripada akaun simpanan dan akaun semasa.
Sumber rujukan LHDN:

Siapa Kena Cukai – https://ift.tt/Zw0osPU

Bila Dikenakan Cukai – https://ift.tt/wzW3kSN
Kredit Penuh: Siakap Keli (https://siakapkeli.my/2022/04/05/jangan-sampai-lhdn-datang-ketuk-pintu-ni-jumlah-minima-income-individu-yang-wajib-bayar-cukai)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2022/04/lhdn-rancak-ketuk-pintu-ini-jumlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Yang Tak Berpuasa Wajib Bayar Fidyah Ini Jawapanya

Ibu Hamil Yang Tak Berpuasa Wajib Bayar Fidyah Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 191 hits
Pasti ramai yang tertanya tanya adakah ibu yang hamil tidak berpuasa apakah ia wajib qada puasanya dan bayar fidyah Para ulama fiqh sepakat bahawa wanita hamil dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kalau dia khuatir terhadap diri atau ...
Semasa Nak Minta Cukai Cepat Diberi Amaran Tetapi Nak Bayar Semula Kepada Pencukai Ambil Masa Sebulan

Semasa Nak Minta Cukai Cepat Diberi Amaran Tetapi Nak Bayar Semula Kepada Pencukai Ambil Masa Sebulan

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 238 hits
Jangan sampai kena kejar dengan LHDN ini jumlah minima pendapatan individu yang wajib bayar cukaiApril 7 2022 Cukai pendapatan Terdengar saja istilah ini tidak semena mena bulu roma kita meremang bukan Ia bukanlah kisah seram pun jauh sekal...
Lhdn Irb Personal Income Tax Rebate 2022

Lhdn Irb Personal Income Tax Rebate 2022

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 352 hits
First of all don t confuse tax rebate with tax relief Tax relief is the amount deducted from your taxable income whereas tax rebate is the amount deducted from your income tax A ringgit tax rebate will worth more to you than a ringgit of ta...
Diskotek Dan Panti Pijat Di Palembang Wajib Tutup Saat H 1 Ramadan

Diskotek Dan Panti Pijat Di Palembang Wajib Tutup Saat H 1 Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 202 hits
Kepala Satpol PP Palembang GA Putra mengungkapkan diskotek dan panti pijat baik tradisional maupun modern dapat melaksanakan aturan itu agar tidak mengganggu ketertiban umum Usaha ini bisa beroperasi kembali pada H 2 lebaran
Perusahaan Di Sragen Belum Bayar Pajak Rp9 5 Miliar Empat Truk Disita

Perusahaan Di Sragen Belum Bayar Pajak Rp9 5 Miliar Empat Truk Disita

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 149 hits
Kantor Wilayah DJP Jawa Tengah II menyita empat truk boks milik sebuah perusahaan di Sragen Penyitaan dilakukan Juru Sita Pajak Negara Kantor Pelayanan Pajak Madya Surakarta setelah perusahaan berinisial PT XXX tersebut tidak memenuhi kewaj...
Jadi Tersangka Korupsi Tabungan Wajib Perumahan Ad Pensiunan Kolonel Ditahan

Jadi Tersangka Korupsi Tabungan Wajib Perumahan Ad Pensiunan Kolonel Ditahan

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 174 hits
Ketut melanjutkan tersangka ditahan di Ruang Tahanan Puspomad Hal itu berdasarkan Keputusan Wakil Kepala Staf Angkatan Darat Nomor Kep 188 III 2022 tanggal 29 Maret 2022
Halatuju Keseluruhan Laluan Selepas Spm Yang Wajib Ibubapa Dan Pelajar Tahu Berserta Syarat Kelayakan

Halatuju Keseluruhan Laluan Selepas Spm Yang Wajib Ibubapa Dan Pelajar Tahu Berserta Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 345 hits
Haluan selepas SPM sememangnya menjadi dilema kepada pelajar Ramai dalam kalangan anda yang tidak tahu apakah pilihan laluan yang boleh diambil dan apa kepentingan laluan tersebut dalam menentukan masa depan anda Jika ada yang sudah memilih...
Krisis Ekonomi Parah Sri Lanka Gagal Bayar Utang Rp732 Triliun

Krisis Ekonomi Parah Sri Lanka Gagal Bayar Utang Rp732 Triliun

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 216 hits
Krisis Ekonomi Parah Sri Lanka Gagal Bayar Utang Rp732 Triliun Pemerintah Sri Lanka mengumumkan gagal membayar utang luar negeri senilai USD51 miliar atau setara Rp732 7 triliun setelah negara itu kehabisan devisa untuk mengimpor barang bar...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia