Lewat Karya Nasyid Grup Wildan Maknai Kesetiaan Seorang Istri
Para personal kumpulan nasyid WILDAN. (Dok. Istimewa)
Kesuksesan seorang suami biasanya ada peranan seorang istri di belakangnya, dengan kesetiaannya memberi dukungan dalam pengabdiannya. Untuk mengingatkan kita tentang keberadaan seorang istri, Wildan kumpulan nasyid asal Kuala Lumpur - Malaysia, merilis lagu yang bertajuk 'Setia Seorang Istri'.
Saat diwawancarai, Rabu (16/10/19), Zaidie Rustam, penulis lagu Setia Seorang Istri, mengatakan, "Cerita lagu ini berdasarkan kisah saya yang cuba menghargai pengorbanan seorang isteri yang menjadi pendokong kepada perjuangan suaminya. Pesanan saya, hargailah seorang insan yang bernama isteri, kerana merekalah yang sentiasa setia di samping lewat susah atau senang.”
“Kesetiaan seorang isteri kepada suaminya adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Ianya juga adalah kunci untuk mereka bisa memiliki mahligai indah di syurga. Seorang isteri yang setia akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Di dunia, dirinya akan lebih dihargai, di akhirat pula dia akan memperolehi redha Allah SWT. Komposer lagu Setia Seorang Istri ini adalah Hafiz dan Benign,” kata Zaidie, Ketua kumpulan dan Founder kepada kumpulan Wildan.
Para personal kumpulan nasyid WILDAN. (Dok. Istimewa)Wildan mula ditubuhkan pada tahun 2000. Ditubuhkan untuk menjadi alternatif kepada mereka yang inginkan hiburan Islam terutama kepada sekolah-sekolah atau pihak NGO. Pada tahun 2000, hiburan Islam mula mendapat tempat, tetapi tak ramai yang mampu untuk menjemput Raihan, Rabbani, Hijjaz dan lain-lain, kerana kekurangan budget. Jadi saya tawarkan Wildan untuk membuat persembahan dengan kadar yang mereka mampu.
Saat ini Wildan mempunyai empat orang personal; Zaidie Rustam (Zaidie), Wan Hazaruddin Wan Hassan (Hazar), Mohd Razi Yasir (Aji), dan Rosli Ismail (Cheli).
Dalam perjalanan bermusiknya, Wildan telah merilis karya nasyid yang berjudul; Setia Seorang Isteri (Hafiz/ Zaidie Wildan), Wajah Di Hati (Dakmie), Bahtera Kasih (Zaidie Wildan), Tangisan Rindu (Isman Hijjaz/ Zaidie Wildan), Usah Berpaling Lagi (Aliff/ Zaidie Wildan), Di Pusara Bonda (Munif Hijjaz/ Zaidie Wildan), Impian Hati (Dakmie/ Zaidie Wildan), Kasih Sayang, (Isman Hijjaz/ Zaidie Wildan), Nikmat Ramadhan, Sesekali, Seandainya, Redha, Fir Raudhah, New World Of Islam, dan Fitrah Hari Raya.
Para personal kumpulan nasyid WILDAN. (Dok. Istimewa)Zaidie juga mengatakan, “Konsep muzik Wildan adalah pop kontemporari dengan tema kasih sayang. Bagi saya, nasyid adalah sebahagian tool dakwah saya untuk mendekati masyarakat.”
“Buat masa ini, anggota Wildan lebih fokus pada bidang masing. Insyaa Allah, sedang mencari material yang lebih segar selepas lagu Usah Berpaling Lagi,” kata Zaidie. (*)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://islamiktunes.blogspot.com/2019/10/lewat-karya-nasyid-grup-wildan-maknai.html