Lesen Diploma Pro A Suntik Semangat Tambahan Buat Ong Kim Swee
Lesen Diploma Pro A suntik semangat tambahan buat Ong Kim Swee
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Tahniah coach!! JURULATIH berpengalaman negara, Datuk Ong Kim Swee kini secara rasmi telah dianugerahkan Lesen Diploma Pro A FAM/AFC yang membolehkan dirinya untuk menjadi pengendali di luar negara terutama di Asia.
Beliau yang dihubungi FLASH SUKAN ternyata gembira dengan pencapaian ini setelah meraih banyak kejayaan sebagai jurulatih sama ada di peringkat kelab mahupun bersama skuad kebangsaan.
Malah dalam masa yang sama, Kim Swee juga menyeru kepada sahabat-sahabat jurulatih yang lain untuk berusaha lebih gigih untuk mendapatkan lesen Pro ini yang boleh membantu meningkatkan ilmu bola sepak yang sentiasa berkembang terutama dari aspek teknikal.
“Setiap jurulatih sudah tentu mempunyai matlamat untuk diri masing-masing dan saya juga tidak terkecuali di mana selepas melalui beberapa proses terutamanya selepas melatih dengan baik pasukan remaja dan pasukan senior kebangsaan dan kini bersama pasukan kelab sudah tentu saya mempunyai cita-cita untuk melatih pasukan luar negara.
“Namun begitu buat masa ini tumpuan saya hanyalah kepada pasukan Sabah FC di mana ianya adalah masa yang tepat untuk saya mendapat sijil ini sebelum kita memulakan kempen Liga Super yang sudah tentu akan memberi motivasi pada saya untuk membuktikan dengan lebih baik lagi apa yang pasukan Sabah FC mampu lakarkan pada tahun ini.
“Kepada jurulatih-jurulatih tempatan yang masih lagi belum mempunyai lesen pro, saya berharap mereka akan berusaha dengan lebih gigih di mana ini merupakan lesen yang cukup tinggi di mana kita boleh melatih mana-mana pasukan terutamanya di Asia dan jika kita gagal sekalipun ini bukan bermakna pintu akan tertutup.
“Dengan adanya lesen pro ini juga bukan bermakna kita harus berhenti setakat ini sahaja di mana kita tahu bola sepak sentiasa berkembang oleh itu walaupun mempunyai lesen kita harus kemaskini ataupun meningkatkan pengetahuan kita terutamanya dari aspek teknikal untuk memastikan kita berada dalam landasan yang betul,” katanya.
Sabah FC akan memulakan kempen Liga Super musim 2023 berhadapan PDRM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan tiga mata pastinya akan ditagih Kim Swee untuk permulaan yang baik dan juga untuk melengkapkan minggu gemilang buat dirinya.
SOURCE: Flash Sukan
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/02/lesen-diploma-pro-suntik-semangat.html