Lepas Src 1mdb Pula Menanti Tabahlah Najib



Najib Razak, Perdana Menteri keenam yang memegang jawatan itu lebih sembilan tahun mulai 2009 hingga 2018, dan kerajaannya disingkirkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas gagal menahan tindak balas daripada kemelut 1MDB, ditahan pada 3 Julai 2018.
Keesokannya, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB.
Beliau juga berdepan tiga lagi tuduhan pengubahan wang pada 8 Ogos tahun sama.
Selepas perbicaraan selama 79 hari antara 3 April 2019 hingga 11 Mac 2020, yang menyaksikan 86 saksi memberi keterangan, Najib pada 28 Julai 2020 disabitkan bersalah oleh hakim perbicaraan Nazlan Ghazali atas semua tuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.
Nazlan kemudian mengeluarkan penghakiman bertulis setebal 801 muka surat yang menjelaskan keputusannya.
Najib membuat rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu, dan pada 8 Dis 2021, selepas perbicaraan selama 15 hari, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan merangkumi hakim Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi. 
Alasan mereka terkandung dalam penghakiman bertulis setebal 317 muka surat.
Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada hari sama, dan pada 25 April tahun ini, beliau memfailkan petisyen rayuan memetik 94 perkara yang didakwanya sebagai kesilapan undang-undang dan fakta yang dibuat Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya.
Tidak lama kemudian, Mahkamah Persekutuan menetapkan rayuan bekas perdana menteri itu untuk pendengaran dari 15 hingga 26 Ogos ini.
Pada 31 Mei lalu, peguam diraja dari United Kingdom, Jonathan James Laidlaw memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan. Permohonan itu ditolak pada 21 Julai.
Dalam pada itu, pada 10 Jun lalu, Najib memfailkan usul untuk mengemukakan bukti baharu bagi menunjukkan Nazlan patut menarik diri atas konflik kepentingan serius yang melanggar haknya untuk perbicaraan adil. Najib memohon perbicaraan semula kes itu di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.
Pada 25 Julai, atas sebab yang dijelaskannya dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Najib melantik firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguam caranya menggantikan Shafee & Co, dengan Hisyam Teh Poh Teik menggantikan Shafee Abdullah sebagai peguam utama.
Keesokannya, peguam cara baharunya menulis surat kepada Mahkamah Persekutuan memohon penangguhan rayuan, yang tinggal tiga minggu lagi. Permintaan itu ditolak mahkamah tertinggi secara bertulis dan ketika pengurusan kes tiga hari kemudian.
Usul untuk mengemukakan bukti baharu didengar pagi Isnin dan Selasa lalu. Pada tengah hari Selasa, mahkamah tertinggi sebulat suara menolak usul itu.
Hisyam kemudiannya memohon penangguhan pendengaran rayuan itu, tetapi ia ditolak Mahkamah Persekutuan pada petang Selasa. Dalam sidang media selepas prosiding berakhir hari itu, Najib, Hisyam dan peguam bersama, Zaid Ibrahim menyuarakan kekecewaan terhadap pendirian mahkamah.
Ketika kes itu dibicarakan semalam, Hisyam yang sepatutnya membentangkan hujahnya memohon maaf kepada mahkamah dan memohon untuk menarik diri sebagai peguam utama. Permohonan itu ditolak mahkamah tertinggi dan peguam utama serta pasukannya diarahkan terus mewakili Najib.
Disebabkan Hisyam tidak dapat berhujah secara lisan, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat bertanya sama ada beliau mahu bergantung kepada penghujahan bertulis yang difailkan peguam cara terdahulu di mahkamah rendah. Hisyam setuju berbuat demikian.
Ketua hakim negara kemudian mempelawa Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram membentangkan hujah responden.
Selepas makan tengah hari, Hisyam memberitahu mahkamah bahawa beliau berhasrat memfailkan “penghujahan bertulis baharu”.
Selepas prosiding berakhir hari itu, Najib dan Hisyam mengadakan sidang media bersama. Najib menyuarakan bantahannya terhadap cara prosiding itu dikendalikan yang menyebabkan beliau seolah-olah tiada peguam dan tidak mampu membela dirinya di mahkamah, sambil menambah “hak untuk hidup, kebebasan dan perbicaraan adil di hujung tanduk”.
“Saya ingin merakamkan bantahan sekeras-kerasnya berhubung prosiding rayuan hari ini, yang mana hak saya untuk hidup, kebebasan, dan perbicaraan adil di hujung tanduk,” katanya kepada pemberita.
Pihak pendakwaan dijangka meneruskan hujahannya apabila mahkamah bersidang pagi ini.
Turut bersidang bersama Tengku Maimun ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan, Mary Lim serta Mohamad Zabidin Diah.
Pasukan peguam Najib juga termasuk peguam Liew Teck Huat dan Ruben Mathiavarnam.
Sithambaram, yang mengetuai pendakwaan di bawah lesen khas yang dikeluarkan peguam negara, dibantu Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul.
Pada pukul 4.00 petang tadi Peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi menyatakan dia tidak akan membuat penghujahan lisan pada pendengaran Selasa minggu depan.
Namun Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata mahkamah akan tetap memberi peluang kepadanya untuk menyediakan penghujahan lisan.
Tengku Maimun berkata, Hisyam ada masa sehingga Isnin depan untuk membuat persediaan.
Panel hakim kemudian menangguhkan perbicaraan pada hari ini. Pendengaran rayuan Najib akan bersambung pada Selasa depan.
Sorotan ringkas di atas dipetik dari SINI
Itu berkenaan rayuan Najib terhadap kes SRC International, Perbicaraan berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung minggu depan, ditangguhkan sementara menunggu perkembangan rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Perbicaraan Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung minggu depan, ditangguhkan sementara menunggu perkembangan rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah Tinggi, hari ini, turut menetapkan Selasa depan bagi pengurusan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB itu dan mengecualikan bekas Perdana Menteri itu daripada menghadiri pengurusan kes berkenaan.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, Najib dikecualikan menghadiri pengurusan kes berkenaan selepas mengambil kira beliau mungkin masih perlu melalui proses rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, minggu depan.
"Kita tidak boleh meramal apa yang berlaku (rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan), kita boleh ramal untuk esok tetapi tidak boleh ramalkan minggu depan. Saya berpendapat pengurusan kes dibuat Selasa depan," katanya.
Terdahulu, peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed, berkata proses rayuan anak guam di Mahkamah Persekutuan masih berjalan dan mungkin bersambung hingga minggu depan.
"Pihak Timbalan Pendakwa Raya masih berhujah di mahkamah itu pada ketika ini. Mengambil kira keadaan ini, cadangan saya empat tarikh perbicaraan Najib berhubung kes 1MDB pada minggu depan dikosongkan," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam.
Najib, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Sementara itu, Mohamad Mustafa memberitahu pemberita, perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang membabitkan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy akan bersambung pada 26 Ogos lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/08/lepas-src-1mdb-pula-menanti-tabahlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dpp Najib Warned Ex Finance Minister Ii Not To Interfere In Src 1mdb

Dpp Najib Warned Ex Finance Minister Ii Not To Interfere In Src 1mdb

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 245 hits
After two days of the hearing the apex court is finally set Najib Abdul Razak s to quash his conviction and sentencing in the RM42 million SRC International corruption case We will bring you the live reports of the proceedings KEY HIGHLIGHT...
Selepas Src Kes 1mdb Pula

Selepas Src Kes 1mdb Pula

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 208 hits
Meskipun sudah dimasukkan ke penjara bekas Perdana Menteri Najib Razak masih berdepan beberapa lagi kes rasuah lain Beliau hadir Mahkamah Tinggi KL hari ini untuk perbicaraan kes 1MDB Isterinya Rosmah Mansor turut hadir ke mahkamah untuk me...
Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

Langsung Pendengaran Rayuan Terakhir Kes Src Najib Bermula

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 153 hits
malaysiakini comSelepas dua hari pendengaran Mahkamah Persekutuan akhirnya akan mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42...
Najib Ordered Rm2bil From Kwap To Be Expedited To Src International Prosecution Tells Court

Najib Ordered Rm2bil From Kwap To Be Expedited To Src International Prosecution Tells Court

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 283 hits
Lead prosecutor V Sithambaram says then KWAP chairman Wan Abdul Aziz Wan Abdullah was told by Najib Razak that RM2 billion would suffice PUTRAJAYA The Federal Court was told today that former prime minister Najib Razak had instructed a seni...
Najib Malam Ini Di Penjara Tapi Orang Ramai Riuh Pula Usik Presiden Umno

Najib Malam Ini Di Penjara Tapi Orang Ramai Riuh Pula Usik Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 280 hits
FAZLI RADZIIni malam pertama Datuk Seri Najib Razak di Penjara Kajang tetapi orang ramai dilihat riuh pula usik Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah pecah amanah dan pengubahan wang haram dan...
Najib S Final Src Appeal Federal Court Denies Hisyam S Oral Application To Discharge Self

Najib S Final Src Appeal Federal Court Denies Hisyam S Oral Application To Discharge Self

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA The Federal Court denies Hisyam Teh Poh Teik s oral application to discharge himself as the lead counsel for former prime minister Datuk Seri Najib Razak in the SRC International Sdn Bhd appeal After more than an hour of deliberat...
Kes Src International Taktik Najib Untuk Lengahkan Kes

Kes Src International Taktik Najib Untuk Lengahkan Kes

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 216 hits
Kes SRC International Taktik Najib Untuk Lengahkan Kes Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd adalah taktik untuk melengahkan perjalanan dan pengakhiran kes itu Mahkamah...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine