Lepas Rindu Makan Buffet Di Renaissance Johor Bahru
Assalamualaikum...
KISAH seminggu lepas, rindu sangat nak makan buffet di Renaissance Johor Bahru.
Rindu tu satu.. satu lagi sebab promo harga penjimatan yang separuh dari harga biasa sebelum pandemik covid 19 melanda negara. Buffet harga bagi dewasa cuma RM70 dan ada diskaun 20% jika kita membuat tempahan melalui table app iaitu hanya RM56 per pax. Jadi, Sk cakap dengan Pak Inche, dia belanja RM100 nanti lagi RM68 SK tambah, hahaha. Nasiblah awok tiga beranak aje... 😝
Sepanjang November hingga Disember kali ini, Cafe BLD di Renaissance JB menawarkan International Buffet. Pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa dan hampir 100 pilihan juadah disediakan dan bertukar setiap hari. Jadi, kalau kita datang hari ni, kawan kita datang kelmarin, menu yang dia makan, mungkin ada yang tak sama dengan kita makan. Begitulah.. Sk pulak, jika ke sini memang akan pilih menu-menu yang jarang berada di dapur sendiri. Pinggan pertama Sk, ada kibimbab (betul ke namanya tu?), pasta, itik, kentang, seafood dan beef stew. Yang piring kat tengah tu, udang Iman tiga ekor.. ke.. udang Pak Inche ek? 😅
Sk ingatkan, untuk International Buffet di Renaissance kali ini tiada Seafood On Ice tapi ada jugak cuma sedih sebab tengok promo ada Baked Oyster rupanya tak ada masa malam Sk datang ni. Agaknya Baked Oyster cuma disediakan pada Jumaat dan Sabtu yang mana harga buffet mahal lapan belas hengget pada hari itu, hahaha. Nasiblah hari tu dah dapat makan Fresh Oyster Raw di Tiram Muar Oyster jadi taklah rasa ralat sangat.
KIta layan pulak Nasi Goreng Nanas tak ada nanas 😝
Lauknya SK ambil Chicken Sweet Sour dan Hot Plate Beancurd. Beancurd tu dimasak ala Japanese, sedap sangat, ayam tu pun sedap jugak. Kat sini memang chefnya masak sedap-sedap, tak rugi tau beli buffet di sini tapi dengan syarat makanlah banyak-banyak. Tapi, seriuslah, siapa yang boleh makan semua yang terhidang tu memang powerlah perut korang, hahaha. Sk sampai nasi goreng ni dah pancit. Iman ambil nasi ayam pun tak habis dah tuuuu.
Dessert pun sangatlah banyak pilihan tapi Sk ambil yang betul-betul nak makan ajelah. Taknaklah ambik banyak-banyak tapi tak makan terbiar atas meja. Memanglah kita bayar tapi jangan tamak sampai tak termakan sedangkan kalau makanan tu amsih ada atas meja buffet, orang lain pun ambil lagi. Kalau dah bersusun atas meja kita dan tak dimakan, memang ke tong sampahlah jawabnya.
Oh, ya.. semasa tempoh pandemik ni, wajib memakai sarung tangan dan pelitup muka separuh semasa mengambil makanan.
Penutup.. cendol. Selalunya SK suka cendol asli yang ada cendol dan gula melaka semata tapi kenapa ntah, bila berpeluang buat cendol sendiri letak ikut suka hati, Sk pun tak tahu la ni cendol ke ABC tapi yang penting sedap sekali, hihi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/12/lepas-rindu-makan-buffet-di-renaissance.html