Lepas Mak Meninggal Satu Keluarga Nekad Transform Amal Gaya Hidup Sihat


Kehidupan keluarga McGillivray sebelum ini tidak pernah sah jika mereka tidak mengunjungi pub dan restoran piza dalam sehari.
Namun semuanya berubah apabila ibu kepada Sue meninggal disebabkan diabetes. Kematian ibunya itu telah memberi kesan yang amat mendalam kepada keluarga mereka sehingga mereka bernekad untuk mengubah cara hidup yang mereka jalani sebelum ini.
Sue (ibu), 51, Roy (ayah), 56, dan dua lagi orang anaknya Ben, 24, serta Simon, 28, telah banyak menghabiskan masa di gim bersama-sama semenjak daripada insiden itu.
Selepas 6 bulan mengamalkan gaya hidup sihat, mereka kini telah berjaya menurunkan berat badan serta mendapatkan bentuk badan yang mereka tidak pernah bayangkan akan berlaku pada badan mereka sebelum ini.
Gambar: Mirror Tiada lagi makanan yang tidak sihat, hanya makanan sihat sahaja yang diutamakan mereka.
Hasil daripada 6 bulan melakukan rutin yang sama setiap hari, Sue telah hilang sebanyak 22 kilogram, Roy pula 12 kilogram, manakala Ben dan Simon masing-masing 6 kilogram.
Kesemua mereka juga turut bersependapat bahawa aktiviti tersebut telah berjaya mengubah hidup mereka. Bukan itu sahaja, ianya juga telah berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama mereka.
Sue berkata: “Saya sudah sampai satu tahap dalam hidup saya di mana saya perlu membuat satu perubahan besar terhadap hidup saya. Keluarga saya mempunyai banyak sejarah dengan penyakit diabetes ini dan perkara itulah yang telah membuatkan saya nekad untuk berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat.”
“Selepas mak saya meninggal disebabkan diabetes, sangat penting untuk saya mengubah cara hidup yang telah lama saya amalkan ini bagi mengelakkan saya mengalami masalah yang sama.”
“Cara saya mengatasi kesedihan selepas pemergian mak saya adalah dengan memfokuskan diri saya dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan.”
“Saya mula nampak perubahan pada diri saya selepas dua minggu. Berat semakin menurun, dan apabila benda itu terjadi, semangat anda untuk mengekalkan rutin anda pasti bertambah.”
Selain rutin senaman yang memenatkan, pelatih keluarga McGillivray, Anthony Paulhe telah memberikan pelan nutrisi serta pelan makanan bagi melengkapkan perubahan yang mereka mahukan terhadap diri mereka.
Gambar: Mirror Roy (ayah), yang juga seorang pengarah firma pergigian, berkata: “diet serta gaya hidup yang saya amalkan sebelum ini biasa sahaja. Saya seorang yang kuat bekerja. Saya tidak akan bersarapan pada waktu pagi, kadangkala saya akan makan tengah hari kadangkala tidak.
“Pada waktu petang pula saya akan makan makanan segera kerana saya terlalu penat untuk menyediakan sesuatu makanan. Anda akan pergi ke pub selepas waktu kerja untuk minum petang, namun pengakhirannya selalunya saya akan minum 2 atau 3 cawan. Dan itulah gaya hidup saya sebelum ini.
“Saya tidak pernah menyedari bahawa betapa tidak sihatnya gaya hidup saya sebelum ini sampailah saya telah disahkan mengalami obesiti.
“Ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada hidup anda. Apabila anda sudah berumur, dan anda tidak menjaga tahap kecergasan serta pemakanan anda, anda pasti akan terima akibatnya nanti. Namun jika anda jaga diri serta kesihatan anda, umur itu hanyalah angka sahaja.
Gambar: Mirror “Saya buat semua ini untuk diri saya serta keluarga. Namun apabila orang sekeliling mula nampak transformasi dan memuji anda, anda akan rasa lebih bermotivasi. Apabila anda pergi membeli baju baru dan baju itu pula nampak cantik ikut bentuk badan anda, anda pasti akan merasa gembira dengan perubahan anda itu.
“Saya rasa selepas saya berjaya tukar diri saya, saya rasa lebih muda. Saya tak rasa yang umur saya sekarang 56 tahun, saya rasa seperti sedang berumur 36 tahun dan malahan lebih bagus daripada itu.
Berat badan Sue telah susut dengan banyak sehinggakan ramai kenalannya yang sudah tidak lama berjumpa dengan dia hampir tidak mengenalinya. Dan mereka semua mahu tahu apa rahsia kejayaannya.
Gambar: Mirror Sumber: Mirror


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/29/lepas-mak-meninggal-satu-keluarga-nekad-transform-amal-gaya-hidup-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Labuan Pulau Sihat Penduduk Disaran Amal Gaya Hidup Sihat

Labuan Pulau Sihat Penduduk Disaran Amal Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 366 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

Lepas Ayah Adik Pula Meninggal Dunia Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 514 hits
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa ...
Berhenti Untuk Selfie Satu Keluarga Tewas Dihantam Truk Saksi Mata Sudah Bilang Jangan Berhenti

Berhenti Untuk Selfie Satu Keluarga Tewas Dihantam Truk Saksi Mata Sudah Bilang Jangan Berhenti

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 303 hits
Sebuah kecelakaan terjadi antara sebuah truk dengan motor Yamaha NMax di tanjakan Tarahan Lampung Selatan Minggu Dikutip TribunPapua com dari Kompas com Senin kecelakaan truk vs NMax ini membuat satu keluarga berjumlah empat anggota tewas K...
Tolong Betulkan Jubah Senget Sebelum Naik Pentas Tak Sangka Sahabat Meninggal Dunia Seminggu Lepas Konvo

Tolong Betulkan Jubah Senget Sebelum Naik Pentas Tak Sangka Sahabat Meninggal Dunia Seminggu Lepas Konvo

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 394 hits
Tiada apa yang lebih memilukan apabila diduga dengan kehilangan seorang sahabat yang ada masa ketika senang dan susah Perginya pula dalam satu kemalangan yang tidak dijangka pastinya memberikan kenangan perit untuk ditelan Namun siapalah ki...
Lepas 10 Minit Anak Disahkan Meninggal Allah Bagi Lagi Pinjam 9 Jam Untuk Kami Bersama

Lepas 10 Minit Anak Disahkan Meninggal Allah Bagi Lagi Pinjam 9 Jam Untuk Kami Bersama

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 340 hits
Meskipun hanya sembilan jam dapat bersama anak yang dipinjamkan semula penyampai radio THR Gegar Shah Muhammad menyifatkan ia suatu keajaiban dan anugerah ALLAH buat dirinya dan keluarga View this post on Instagram A post shared by on Oct 2...
4 Remaja Berhubungan Badan Bersamaan Di Satu Kamar Keluarga Gadis Datang Menggerebek

4 Remaja Berhubungan Badan Bersamaan Di Satu Kamar Keluarga Gadis Datang Menggerebek

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 245 hits
Dua sejoli berhubungan badan bersamaan dalam satu kamar Empat remaja ini digerebek saat berada di kamar hotel Dua orang pemuda masing masing berinisial SR dan AR harus berurusan dengan aparat yang berwajib Mereka diduga telah berhubungan ba...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri