Lepas Lelantan Balik Ke Tok Kun


 











Berakhir majlis di Kelantan, saya terus ke Pulau Pinang untuk beberapa perencanaan yang bermula di kampung halaman saya. Alhamdulillah, terubat rindu pada sanak saudara dan keluarga besar penduduk Kampung Cherok Tok Kun.




Saya luncurkan pembinaan semula Masjid Cherok Tok Kun Dalam yang mempunyai sisi nostalgia terhadap diri dan keluarga. Dengan matlamat suci untuk mengimarahkan masjid, pembinaan semula ini dapat menampung jumlah jemaah yang lebih besar mencecah 1,600 orang pada satu-satu masa.


Insya-Allah ia akan turut dilengkapi dengan kemudahan komuniti yang lebih sempurna untuk manfaat dan kebaikan anak kariah dan orang ramai yang singgah untuk beribadah.


Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM11.4 juta bagi menjayakan projek pembinaan semula masjid ini, dengan tambahan sumbangan RM4.5 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan RM3 juta daripada kariah serta masyarakat setempat.


Saya turut sampaikan sumbangan kepada Surau Haji Yahya Sungai Sintok, Masjid Jamek Jarak Atas dan Masjid Jamek Permatang Janggus sebagai sokongan terhadap pembangunan dan usaha mengimarah rumah Allah.


Firman Allah SWT bahawasanya masjid yang didirikan dengan asas taqwa, akan memberikan keberkatan dan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menjengah dan beribadah. 


Dalam ucapan, saya menghimbau nostalgia tatkala membesar di kampung dan masjid ini yang telah banyak menyumbang pada pembentukan ilmu, akhlak dan peribadi. Di masjid ini juga saya dilatih menyampaikan khutbah dan di sini juga saya mengenal erti perjuangan dan khidmat bakti pada masyarakat.


Keluarga besar Cherok Tok Kun sentiasa dekat di hati saya. Mereka bukan sahaja ada sewaktu senang, bahkan turut setia bersama tatkala saya terpuruk, dihina, dikeji dan dipukul setengah mati. Jasa dan pengorbanan kalian sentiasa terpahat dalam ingatan.


Sebelum pulang, saya sempat menziarahi kubur Almarhum datuk saya, serta singgah ke kediaman keluarga untuk bertemu abang dan adik serta sanak saudara.


Saya mendoakan semoga warga Cherok Tok Kun terus hebat dan menjadi contoh terbaik masyarakat asbab keindahan akhlak, keperibadian serta kehidupan bermasyarakat kita, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/lepas-lelantan-balik-ke-tok-kun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Baru Tok Kun

Masjid Baru Tok Kun

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 151 hits
Pertikaian National Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bukit Mertajam di Kampung PMX
Isu Tco Fitnah Mb Terengganu Tak Pernah Tarik Balik Kenyataan Amp Buat Permohonan Maaf

Isu Tco Fitnah Mb Terengganu Tak Pernah Tarik Balik Kenyataan Amp Buat Permohonan Maaf

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 179 hits
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa beliau tak pernah tarik balik nbsp kenyataan berhubung isu Travel Control Order yang dimuat naik di Facebook rasminya baru baru ini Ketika ditanya oleh pihak med...
Tarif Timbal Balik Trump Mula Berkuat Kuasa Barangan China Dikenakan 104

Tarif Timbal Balik Trump Mula Berkuat Kuasa Barangan China Dikenakan 104

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 164 hits
Tarif timbal balik yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap puluhan ekonomi mula berkuat kuasa pada Rabu termasuk lebih 100 cukai ke atas barangan dari China Susulan pelaksanaan tarif asas sebanyak 10 yang mula be...
Confirmed Wire Putus Tak Boleh Pateri Balik

Confirmed Wire Putus Tak Boleh Pateri Balik

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 152 hits
Saya ada cadangan sikit Why not for your next assignment you all cuba buat lakonan yang bawah ini Dua gambar atas itu bukan gambar lakonan tapi gambar betul yang menunjukkan tentera Yahudi Israel tangkap berpuluh orang lelaki di Gaza atas t...
Filem Balas Balik

Filem Balas Balik

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 219 hits
Nantikan filem Balas Balik arahan Feroz Kader akan ditayangkan di pawagam pada 29 Mei 2025 Balas BalikGenre JenayahTarikh Tayangan 29 Mei 2025Penulis Skrip Siti Jasmina IbrahimPengarah Feroz KaderProduksi Shaibha VisionWatak PelakonShukri Y...
Lepas Bluesky Aplikasi Aplikasi Ni Cipta Pengalaman Sosial Gunakan At Protocol

Lepas Bluesky Aplikasi Aplikasi Ni Cipta Pengalaman Sosial Gunakan At Protocol

papar berkaitan - pada 31/3/2025 - jumlah : 216 hits
Setahun yang lalu Bluesky baru saja diluncurkan untuk umum dan dikenal sebagai salah satu pesaing X yang muncul selepas Elon Musk mengambil alih Twitter Kini Bluesky telah berkembang menjadi lebih dari 33 juta pengguna dengan teknologi di b...
Kecoh Isu Ladang Babi Tular Balik Jawapan Razman Semasa Ditanya Media

Kecoh Isu Ladang Babi Tular Balik Jawapan Razman Semasa Ditanya Media

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 158 hits
SITI NUR ZAWANIApril 17 2025Pas mempolitikkan isu ladang babi di Ayer Kuning membangkitkan soal ladang itu yang beroperasi di kampung yang majoritinya didiami masyarakat Melayu Isu sama turut dimainkan Perikatan Nasional pada kempen Pilihan...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah