Lepas Bersalin Tak Keruan Bukan Buat Buat Bahaya Kalau Ibu Rasa Alone


Ibu lepas bersalin asyik rasa serba tak kena. Semua benda nampak salah, asyik sedih. Kadang-kadang nak marah tak tentu pasal. Para suami, jika ada tanda-tanda ini pada isteri anda segeralah dapatkan bantuan. Itu mungkin simptom yang menunjukkan isteri anda sedang mengalami postpartum depression.

Sumber foto: www.shutterstock.com Melalui segmen Tanya Pakar, Pa&Ma mendapatkan Dr Umi Adzlin yang merupakan seorang Pakar Psikiatri untuk menjelaskan tentang topik ini. Menurutnya, kemurungan selepas melahirkan anak adalah gangguan emosi. Mama yang mengalami masalah ini biasanya akan berada dalam kesedihan yang berpanjangan, melebihi tempoh dua minggu.
Artikel Menarik: [“Hubungan Jarak Jauh Ni Susah.” Luahan Hati Seorang Suami Buat Netizen Sebak]
Tak ada semangat, rasa nak MATI!
Perasaan sedih ini pula bukannya biasa-biasa kerana ia boleh sehingga ke tahap mama merasa tidak bersemangat, tiada motivasi untuk bangun atau melakukan kerja-kerja mudah dan untuk membuat keputusan juga menjadi sukar. Bahkan mama akan menangis sepanjang hari sehingga waktu makan dan tidur juga terganggu.
Lebih teruk lagi, ada juga mama yang akan mengatakan lebih baik mereka mati sahaja! Tahukah para suami, perasaan sedih begini TIDAK NORMAL. Biasanya perasaan sedih seseorang tidak akan berpanjangan sehingga dua minggu tanpa sebab.
Sumber foto: www.shutterstock.com Waktu untuk seseorang itu menghadapi postpartum depression?
Selepas dua minggu berterusan, ketika itulah doktor atau pakar akan mempertimbangkan untuk mendiagnos seseorang mama itu sekiranya mereka menghidap postpartum depression. Tempoh kemurungan ini boleh berlanjutan sehingga usia anak satu ke dua tahun dan ia berkaitan dengan penjagaan anak dan bukannya isu lain.
Siapa yang berisiko?
Semua wanita berisiko untuk mengalaminya. Bukan sahaja anak pertama, bahkan mama yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh kemurungan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, baik dari golongan profesional atau suri rumah. Ia bukan perkara main-main kerana 1 dari 10 wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi (sama ada mereka memilih untuk menderita dalam senyap atau mendapatkan rawatan).
Artikel Menarik: [Risaunya Ada Anak Perempuan. Jangan Sampai Ada 6 Sikap Buruk Ni!]
Kemurungan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya;
Kelahiran merupakan peristiwa besar dan boleh memberi efek kepada emosi. Sebagai contoh, mama mahukan kelahiran secara normal tetapi terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Berkemungkinan ada masalah dengan bayi selepas dilahirkan. Sebagai contoh, bayi mengalami jaundis berpanjangan atau anak ada masalah kesihatan yang lain.
Kekurangan sokongan dari orang sekeliling. Sekiranya suami sudah nampak isteri mengalami perubahan tingkah laku dan tidak sama seperti biasa atau mungkin lebih emosi (risaukan perkara yang tak rasional, tidak yakin, terlebih sensitif dan sebagainya), itu mungkin simptom mereka mengalami kemurungan selepas bersalin.
Antara tanda lain adalah apabila mama tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Mereka juga mungkin mengalami kesukaran untuk menguruskan diri sendiri apatah lagi anak-anak. Sekiranya ini berlaku, usah bertangguh! Segeralah dapatkan bantuan dan penilaian dari doktor atau pakar.
Suami boleh membawa isteri berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan mahupun pakar di hospital. Biasanya rawatan awal berbentuk penilaian untuk melihat tahap kemurungan si isteri sama ada ia ringan, sederhana atau berat. Sekiranya berada di tahap ringan atau sederhana, rawatan berbentuk terapi psikologi akan diberikan. Namun jika sudah memasuki kemurungan tahap berat, pakar akan mengadakan sesi terapi psikologi dan memberi ubat tertentu untuk membantu.

Suami mainkan peranan penting!
Suami merupakan support system terbesar buat isteri yang baharu melahirkan bayi. Berilah sokongan kepada isteri kerana ia adalah rawatan terbaik buat wanita yang mengalami kemurungan. Sesi terapi psikologi dengan pakar mungkin mengambil masa satu ke dua jam (mungkin 1-2 sesi setiap minggu) tetapi keberadaan suami di sisi isteri adalah setiap masa. Oleh itu, peranan suami sangat besar.
Sumber foto: www.shutterstock.com Berikan sokongan praktikal kepada isteri yang berbentuk bantuan seperti ambilkan air, tolong jagakan anak dan sebagainya sudah cukup untuk membuatkan isteri merasa dihargai. Selain itu, sokongan emosi juga sangat penting. Jadilah pendengar yang baik dan penuh empati supaya isteri terasa dirinya didengari.
Suami juga boleh mendapat risiko kemurungan selepas isteri bersalin! Sekurang-kurangnya 1 daripada 20 orang lelaki mengalaminya selepas isteri mereka melahirkan bayi. Ia mungkin berlaku kerana si suami terlalu risaukan isteri dan anak mereka. Tekanan untuk menyediakan yang terbaik juga boleh menjadi pencetus kepada masalah kemurungan ini. Oleh itu, suami isteri perlu saling membantu antara satu sama lain bagi memudahkan segala urusan selepas mendapat cahaya mata tersayang.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

The post Lepas Bersalin Tak Keruan, Bukan Buat-Buat. Bahaya Kalau Ibu Rasa ‘Alone’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-bersalin-tak-keruan-bukan-buat-buat-bahaya-kalau-ibu-rasa-alone/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Lepas Beranak Nak Pakai Pad Bersalin Pun Susah Ini Panduan Tepat

Baru Lepas Beranak Nak Pakai Pad Bersalin Pun Susah Ini Panduan Tepat

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 156 hits
Buat ibu yang pertama kali melahirkan anak proses memakai tuala wanita atau pun pad bersalin dirasakan cukup sukar Tidak terbayang bagaimana memakai tuala wanita atau pad bersalin ini dengan keadaan perut yang masih sakit dan kesan jahitan ...
Dia Dunia Saya Tapi Dia Dah Tiada Go Kyungpyo Luah Perasaan Sedih Lepas Ibu Meninggal

Dia Dunia Saya Tapi Dia Dah Tiada Go Kyungpyo Luah Perasaan Sedih Lepas Ibu Meninggal

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 189 hits
Pada 12 Ogos lalu Go Kyung pyo telah terlibat dengan temu bual untuk berkongsi tentang filemnya yang akan datang 6 45 ARTIKEL BERKAITAN Untuk pengetahuan 6 45 mengisahkan tentang askar Korea Utara dan Selatan bersaing untuk mendapatkan tike...
Bapa Kahwin Lain Lepas Ibu Meninggal 2 Beradik Hidup Susah Bawah Jambatan

Bapa Kahwin Lain Lepas Ibu Meninggal 2 Beradik Hidup Susah Bawah Jambatan

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 290 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Peribahasa tersebut sangat sesuai dengan situasi yang dihadapi dua orang adik beradik ini apabila hidup di bawah jambatan setelah bapanya berkahwin lain Menerusi perkongsian yang dibuat oleh...
Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah

Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 252 hits
Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah Salam semua untuk ibu ibu tempoh berpantang selepas bersalin adalah masa untuk badan melalui proses pemulihan Bila dalam tempoh berpantang ni makanan dan minuman kena jaga Lauk pantang ...
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 263 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Tahniah Akim Ahmad Luah Rasa Syukur Stacy Selamat Bersalin Anak Lelaki

Tahniah Akim Ahmad Luah Rasa Syukur Stacy Selamat Bersalin Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 151 hits
Lama tidak mendengar khabar pasangan selebriti Akim Ahmad dan Stacy Anam selepas kemenangan tempat kedua mereka di pentas Juara Lagu ke 36 bersama Marsha Milan tempoh hari Difahamkan ketika itu Stacy sedang berbadan dua dan kandungannya sud...
Ibu Bapa Terpaksa Belanja Lebih Lepas Sekolah Larang Pakaian Seragam Tidak Berjenama

Ibu Bapa Terpaksa Belanja Lebih Lepas Sekolah Larang Pakaian Seragam Tidak Berjenama

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 218 hits
Beberapa buah sekolah di Britain mengharamkan pakaian sekolah tidak berjenama untuk pelajar mereka menyebabkan ibu bapa terpaksa bergelut dengan kos sara hidup di negara itu lapor akhbar Mirror UK Badan amal pakaian sekolah turut menerima b...
Serius Tak Logik Soalan Darjah 1 Susah Takut Anak Hilang Minat Ibu Luah Rasa Bimbang

Serius Tak Logik Soalan Darjah 1 Susah Takut Anak Hilang Minat Ibu Luah Rasa Bimbang

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 226 hits
Memujuk anak untuk belajar bukan mudah perlukan kesabaran tinggi Namun kerelaan anak kecil untuk membuat latihan terhenti dek gara gara soalan yang begitu sukar dan mencabar minda anak Sudahnya anak jadi hilang minat untuk belajar Perkongsi...
I M Sorry Daddy Yana Luah Rasa Sedih Dakwa Perjuangan Bapanya Bossku Masih Belum Tamat

I M Sorry Daddy Yana Luah Rasa Sedih Dakwa Perjuangan Bapanya Bossku Masih Belum Tamat

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 170 hits
Hari ini Malaysia digemparkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalani hukuman 12 tahun penjara bermula hari ini Laporan Bernama Mahkamah Persekutu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner