Lepas Ambil Wuduk Dia Cakap Pening Reda Isteri Bayi Dalam Kandungan Pergi


Keterujaan untuk menimang cahaya mata kedua tak kesampaian apabila isteri dan bayi dalam kandungan dijemput ilahi. Ujian berat yang ditanggung Dzul Hisham Mhd Razali benar-benar tak disangka sama sekali apabila isteri tercinta, Nur Atiqah Mustafa dan anak keduanya, Nur Ulya Hanania dijemput Ilahi hari yang sama iaitu pada 12 Julai lalu.
Nur Ulya Hanania yang dijangka dilahirkan pada 7 Oktober depan meninggal dunia jam 8.30 pagi kerana kegagalan mendapat oksigen manakala Nur Atiqah, 29, akibat pembuluh darah otak pecah pada 11.20 malam.
Jenazah kedua-duanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai, Kelantan.
Gambar kenangan yang terakhir ketika Hari Raya Aidiladha lalu. Mengadu pening kepala selepas ambil wuduk
Kini, Dzul Hisham, 30, hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (dua tahun tiga bulan) yang akan menemaninya mengharungi hari mendatang selain keluarga.
Berkongsi kisah itu, Dzul Hisham berkata, isterinya tengah sarat hamil dan tiada masalah kesihatan atau simptom penyakit sepanjang tempoh kehamilan.
Bagaimanapun, Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas ambil wuduk untuk solat pada hari kejadian sebelum diserang sawan tidak lama selepas itu.
“Isteri kemudian tidak sedarkan diri malah nadinya berhenti, jadi saya terus dapatkan bantuan untuk membawanya ke hospital.
“Kami tiba di hospital jam 8.10 pagi dan isteri terus dibawa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam perut namun anak kami tidak dapat diselamatkan.
“Manakala isteri diberi ubat jantung untuk bertahan namun akhirnya meninggal dunia menjelang tengah malam hari yang sama,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka isterinya akan pergi meninggalkannya ketika mereka teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.

Reda isteri pergi dengan mudah
Meskipun begitu, Dzul Hisham reda dengan ketentuan Ilahi dan cuba kuatkan diri kerana masih ada tanggungjawab untuk menyara anak sulungnya.
“Memang susah (untuk terima) pada awalnya namun reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik iaitu ketika masih ada emak dan ayah serta seluruh keluarga yang mendoakan.
“Saya ada di sisinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sempat beritahunya yang saya sudah maafkan dia dan terima ketentuan seandainya sudah sampai masanya untuk pergi.
“Matanya tertutup namun saya nampak air mata mengalir dan tak lama selepas itu, isteri menghembuskan nafas terakhir. Itu juga detik terakhir kami bersama dan anak sulung juga ada kerana dibenarkan masuk.
“Moga Allah tempatkan isteri dalam kalangan yang beriman dan saya berdoa pemergian anak jadi asbab dia tarik saya ke syurga,” katanya.

Dzul Hisham berkata, dia dan Allahyarhamah Nur Atiqah yang disatukan sebagai suami isteri pada 27 April 2019 ada mengumpul wang kerana merancang mengerjakan umrah bersama di Makkah pada 2024.
“Kami juga rancang mahu enam orang cahaya mata namun hasrat itu tidak kesampaian apabila isteri pergi dulu kerana Allah lebih menyayanginya.
“Buat masa ini, saya tinggal berdua dengan anak sulung dan Alhamdulillah, tiada masalah untuk buat kerja rumah kerana sudah biasa.
“Anak pula masih kecil dan belum faham mengenai kematian dan hakikat yang ibunya sudah pergi buat selamanya,” katanya yang mencari rezeki dengan menjual cermin mata di premisnya dekat Bukit Payong, Marang.
Kredit: Metro
**Teringin dapatkan Telekung Rawdah Nayla Set, boleh klik SINI. Gunakan kod promo PNMGSP5 untuk dapatkan diskaun RM5

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post “Lepas Ambil Wuduk, Dia Cakap Pening..” Reda Isteri & Bayi Dalam Kandungan Pergi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-ambil-wuduk-dia-cakap-pening-reda-isteri-bayi-dalam-kandungan-pergi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bidan Cakap Bayi Malas Gerak Anak Meninggal Dalam Kandungan 17 Jam Sakit

Bidan Cakap Bayi Malas Gerak Anak Meninggal Dalam Kandungan 17 Jam Sakit

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 304 hits
Hati ibu mana yang tak sedih anak yang dikandung pergi dalam keadaan diri si ibu tak bersedia Ini jugalah yang berlaku pada ibu muda ini apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia ketika pergi ke hospital untuk dapat rawaatan ...
Hati Saya Hancur Bila Doktor Cakap Bayi Berhenti Membesar Dalam Kandungan Ibu Lega Akhirnya Bayi Selamat Dilahirkan

Hati Saya Hancur Bila Doktor Cakap Bayi Berhenti Membesar Dalam Kandungan Ibu Lega Akhirnya Bayi Selamat Dilahirkan

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 191 hits
Bayi ini dilahirkan tiga kali lebih kecil daripada kakak kembarnya sekaligus menunjukkan dia mampu bertahan walaupun doktor pernah memberitahu kemungkinan bayi ini akan mati di dalam kandungan Reagan yang kini berusia enam bulan dilahirkan ...
Sweet Je Tengok Ayie Floor88 Layan Isteri Mengandung Dah Ready Tak Cukup Tidur Lepas Ni

Sweet Je Tengok Ayie Floor88 Layan Isteri Mengandung Dah Ready Tak Cukup Tidur Lepas Ni

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 191 hits
Siapa je tak teruja untuk terima cahaya mata tambahan pula anak pertama dia punya excited tu lain macam tau Semoga dipermudahkan segala urusan ya Ayie dan Tasha
Reman Lelaki Disyaki Bunuh Isteri Bayi Disambung

Reman Lelaki Disyaki Bunuh Isteri Bayi Disambung

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 232 hits
Reman lelaki disyaki bunuh isteri bayi disambung Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2022 11 59AM
Lelaki Keiar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Direman Selama 7 Hari

Lelaki Keiar Isteri Dan Bayi 3 Bulan Direman Selama 7 Hari

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 209 hits
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berb0geI selepas membun0h isteri dan anaknya di Kampung Bakar Batu semalam direman tujuh hari bermula hari ini Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkahmah Nur Izzaty Muhammad Zahari s...
Remaja 19 Tahun Hilang Selepas Pergi Kerja Sejak Jumaat Lepas

Remaja 19 Tahun Hilang Selepas Pergi Kerja Sejak Jumaat Lepas

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 228 hits
BernamaPolis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi penolong ketua polis Balai Khantan Baru di talian 05 2012422 bagi membantu siasatan IPOH Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapan...
Hiburan Biarkan Macam Haiwan Bapa Kecewa Bayi 10 Bulan Ada 8 Bekas Gigitan Lepas Balik Taska

Hiburan Biarkan Macam Haiwan Bapa Kecewa Bayi 10 Bulan Ada 8 Bekas Gigitan Lepas Balik Taska

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 166 hits
Sejak banyak berita insiden yang berlaku kepada bayi yang dijaga di pusat jagaan taska ramai ibu bapa ketika ini berasa berat hati untuk meninggalkan anak mereka di pusat asuhan kerana enggan apa apa berlaku kepada mereka Tetapi disebabkan ...
Suami Isteri Ditemui Maut Disyaki Dibunuh

Suami Isteri Ditemui Maut Disyaki Dibunuh

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 181 hits
FMT ReportersPolis forensik dilaporkan berada di rumah terbabit untuk siasatan lanjut dan beberapa ahli keluarga sudah diambil keterangan di lokasi kejadian PETALING JAYA Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di kediaman mer...
Isteri Simbah Air Panas Pada Anu Suami Kerana Lafaz Cintanya Terhadap Wanita Lain Dalam Mimpi

Isteri Simbah Air Panas Pada Anu Suami Kerana Lafaz Cintanya Terhadap Wanita Lain Dalam Mimpi

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 230 hits
Seorang wanita di Bolivia ditahan polis kerana menyimbah air panas pada kemaluan suaminya yang sedang tidur di mana suspek mendakwa mangsa bermimpi wanita lain Dalam kejadian yang berlaku di La Paz suspek mendakwa suaminya berusia 45 tahun ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya