Lepas Adik Adik Tadika Bersekolah Abang Kakak Kembali Ke Sekolah 15 22 Julai


Selepas tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19, sesi persekolahan membabitkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah  bakal dibuka semula sepenuhnya secara berperingkat mengikut SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perasaan gembira bercampur risau pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah ini diyakini berjalan lancar.
Menurut Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam ucapan khasnya, setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.
Bagaimana pula dengan kemasukan murid Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020? Untuk makluman, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM. Murid akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga
disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.
Guna pakai 3 model pengoperasian untuk sesi persekolahan
Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Model pertama adalah Model Satu Sesi
Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
Model kedua adalah Model Dua Sesi
Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua
murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
Model yang ketiga adalah Model Penggiliran
Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.
Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.
Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Bagaimana pula model penggiliran bagi murid sekolah rendah? Murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap. Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.
Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
 
 
 
 
 
The post Lepas Adik-Adik Tadika Bersekolah, Abang Kakak Kembali Ke Sekolah 15 & 22 Julai appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-adik-adik-tadika-bersekolah-abang-kakak-kembali-ke-sekolah-15-22-julai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020

Sekolah Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 681 hits
Sekolah Sesi 2010 Akan Kembali Di Buka Pada 15 Julai 2020 Sekolah akan kembali dibuka pada 15 Julai 2020 untuk murid Tahun 5 dan 6 serta Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 Manakala murid Tahun 1 hingga 4 akan mula ke sekolah pada 22 Julai 2020 ...
Julai Kembali Selamat Bersekolah Semula

Julai Kembali Selamat Bersekolah Semula

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 512 hits
Hai semua Alhamdulillah harini 1 Julai dak Firash dah mula bersekolah Ragam dia pagi ni nak menangis masa suruh mandi Hadoi Memang dah agak dah ada drama air mata Maklumlah lama sangat cuti Dari pertengahan bulan tiga sampai habis bulan Jun...
5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru Sekolah Dah Buat Terbaik

5 Anak Selebriti Teruja Kembali Ke Tadika Mak Ayah Memang Risau Tapi Percaya Guru Sekolah Dah Buat Terbaik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 365 hits
Sejak kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan semua sekolah tadika dan pusat asuhan ditutup bagi membendung penularan pandemik Covid 19 Namun setelah 3 bulan berlalu Malaysia juga sudah menunjukkan perubahan positif dalam menanggani...
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 633 hits
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaGaris Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaKenyataan Media KPM pembukaan semula Prasekolah Tabika Tadika kendalian kerajaan dan swasta pada 1 Julai 2020 RabuKenyataan Medi...
Kembali Bersekolah Selepas Pkp Banyak Sop Perlu Patuhi

Kembali Bersekolah Selepas Pkp Banyak Sop Perlu Patuhi

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 376 hits
Kembali bersekolah selepas PKP banyak SOP perlu dipatuhi Semua perasaan bercampur baur Risau gembira sedih dan macam macam lagi Kembali ke sekolah Akhirnya sesi persekolahan 1 7 2020 pun bermula Paling tak boleh tahan bila pagi pagi lagi Dz...
Jangan Cakap Kakak Abang Tak Payung

Jangan Cakap Kakak Abang Tak Payung

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 365 hits
Gambar buat kenang kenangan Terima kasih Repsol JRE kerana sudi berbakti kepada kami sekeluarga sebelum ini Semoga selepas ni dapatlah berkhidmat bakti kepada adik Mama Yan dengan baik dan cemerlang Terpaksa hantar balik Pahang naik Triton ...
Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai 2020 Sop Yang Perlu Dipatuhi

Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai 2020 Sop Yang Perlu Dipatuhi

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 1248 hits
hai assalammualaikumSekolah Tabika Dibuka 1 Julai Disebabkan covid 19 banyak sekolah universiti ditutup bagi menghentikan penukaran wabak ni Baby dan kanak kanak paling risiko terkena jangkitan wabak covid ni Masa tak boleh pergi sekolah tu...
Sekolah Agama Madrasah Tahfiz Dibenarkan Buka Mulai 15 Julai Dr Zulkifli

Sekolah Agama Madrasah Tahfiz Dibenarkan Buka Mulai 15 Julai Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 335 hits
Sekolah agama dan madrasah tahfiz di seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan kerajaan negeri dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Julai depan secara berperingkat seperti diumumkan KPM semalam Menteri di...
Taman Tasik Titiwangsa Kembali Dibuka Sabtu 4 Julai Ini Dengan Sop

Taman Tasik Titiwangsa Kembali Dibuka Sabtu 4 Julai Ini Dengan Sop

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 508 hits
Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur bakal dibuka semula untuk orang awam bermula 4 Julai ini bermula 7 pagi hingga 7 petang setiap hari Bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata pembukaannya hanya dihadkan un...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel