Lepas 2 Minggu Jadi Pm Apa Yang Mail Sabri Buat Tangani Covid 19



Hampir 2 minggu setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri (PM) ke 9, masih tidak kelihatan pelan bertindak menangani pandemik Covid 19 yang dibuat oleh pentadbiran beliau.
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) yang mewakili 99 NGO di seluruh negara, kurang senang dengan kelembapan PM Ismail Sabri dan kabinetnya yang diharapkan rakyat akan memberi penyelesaian tuntas ke atas jangkitan harian Covid 19 yang tinggi dan perebakannya ke beberapa negeri yang membimbangkan.
Menurut Jurucakap GBMRM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, kegagalan bertindak segera yang dipaparkan oleh pentadbiran Ismail Sabri hanya mengesahkan kabinet ‘kitar semula’ yang diolok-olokkan warga maya selama ini sebagai benar dan langsung tidak boleh diharapkan mentadbir negara
“Barisan kepimpinan kerajaan yang baru bersifat “pentadbir kitar semula” terdiri daripada majoriti muka-muka lama yang terbukti gagal menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai menteri serta timbalan menteri di portfolio masing masing . Secara relatifnya saiz kabinet juga besar dan tidak relevan dengan keperluan menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi negara.
“Ismail Sabri juga membuat keputusan salah melantik barisan kabinetnya sebelum membuktikan keabsahannya memiliki sokongan majoriti di Parlimen. Tindakan ini dilihat bercanggah dengan tradisi demokrasi berparlimen.
“PM Ismail Sabri juga cuba bertindak dengan simpang siul teknikal mengelak tuntutan menentukan keabsahannya secepat mungkin. Sebagai contoh, beberapa hari selepas perlantikannya, beliau menjemput Ketua Pembangkang dan pemimpin parti pembangkang atas alasan ingin menjalin kerjasama bagi tujuan menyelesaikan masalah negara secara inklusif . Malangnya, berita baik yang ditunggu tunggu oleh rakyat hanya berakhir dengan perlantikan barisan kabinet yang penuh kontroversi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustapa menambah, rakyat tidak akan memberi lebih banyak masa kepada kabinet Ismail Sabri untuk ‘berbulan madu’ kerana negara sedang dilanda krisis kesihatan.
Menurut beliau, penyelesaian pandemik dengan memutuskan rantaian Covid 19 harus dilakukan segera. Begitu juga pelan mewujudkan immuniti kelompok perlu ditangani secara holistik dan inklusif dengan penglibatan sistem rawatan dan sumber sumber kepakaran secara bersepadu.
“Apa yang rakyat lihat pengurusan vaksinasi masih tidak mencapai tahap kecekapan yang membolehkan sasaran 80% divaksin menjelang Oktober 2021 seperti yang disasar oleh kerajaan sebelum ini.
“Kerajaan juga gagal menjalankan program pendidikan vaksinasi secara komprehensif kepada rakyat. Pihak Kementerian Kesihatan turut tidak memberikan sebarang langkah alternatif kepada rawatan konvensional buat rakyat sebagai usaha pencegahan, sementara menunggu giliran divaksinasi,” katanya.
Menurut beliau lagi, data-data infografik harian yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa penyelesaian pandemik di Malaysia jauh daripada pencapaian yang positif.
Berdasarkan data kes jangkitan dan kematian bagi 20 negara dalam tempoh 21 hingga 28 Ogos 2021, negara ini berada di tangga pertama dalam kadar kematian harian dan ditempat ketiga dalam kadar kes jangkitan baharu harian.
“Walaupun kes kritikal menurun, kes BID (Brought In Dead) masih tinggi. Kami bangkitkan perkara ini dengan harapan pihak kerajaan mengambil kira statistik ini sebagai indikator penting mengukur prestasi kualiti kawalan covid 19 .
“Pandemik yang berlarutan begitu lama telah memberi kesan psikologi dan kecelaruan mental kepada pesakit pesakit dan keluarga yang berkaitan. Apa yang dialami adalah berbeza beza , bergantung kepada beberapa faktor iaitu anak anak yang kematian ketua keluarga , pesakit dewasa yang masih di pusat kuarantin dan pesakit yang menjalani kuarantin kendiri.
“Persoalannya, apakah mereka ini mendapat khidmat penyantunan sosial yang sewajarnya? Apakah kerajaan mampu menyediakan barisan ‘frontliners’ dan tenaga kaunseling bagi tujuan ini?
“Kami juga ingin menarik perhatian kerajaan dalam menguruskan sumber peruntukan menyelesaikan isu pandemik. Ia merangkumi pembelian dan penyenggaraan aset aset perubatan, perbelanjaan tadbir urus dan menaik taraf perkhidmatan Kementerian Kesihatan.
“Bajet Covid 19 yang diluluskan sudah cukup membiayai segala keperluan. Kami menggesa kerajaan mempastikan tadbir urus yang telus dan adil dalam hal ini supaya segala perkhidmatan yang optimum dapat dimanfaatkan oleh rakyat sebagai pemegang taruh,” katanya.
GBMRM juga menggesa agar kesihatan ekonomi negara diambil kira kerana Indeks Daya Tahan Covid 2021 oleh Bloomberg menunjukkan Malaysia berada ditangga 51 daripada 53 buah negara.
Hal itu, kata Mustapa, merupakan faktor ukuran kemajuan pembukaan semula ekonomi yang perlahan. Penanda aras dalam Pelan Pemulihan Negara hanya berlegar di sekitar aspek kesihatan iaitu kes harian Covid 19, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) dan peratusan kadar penerimaan vaksin. Tiada penggunaan indikator ekonomi seperti kadar kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan dan penutupan operasi perniagaan.
Justeru, gabungan NGO itu mahu kerajaan mempertimbangkan untuk membuka semula sektor ekonomi terutama yang berorientasikan buruh yang menggaji ramai pekerja.
Gabungan 99 NGO itu juga menyer agar PM Ismail Sabri mengambil langkah langkah tuntas dalam menangani masalah kesihatan dan ekonomi negara dengan cara yang lebih inklusif dan tidak lagi bercampur aduk dengan tindakan tindakan ‘politiking’ yang merugikan semua pihak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32962

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Ngo Tertanya Tanya Apakah Pelan Kecemasan Tangani Covid 19 Pm Ismail Sabri

Gabungan Ngo Tertanya Tanya Apakah Pelan Kecemasan Tangani Covid 19 Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 176 hits
Hampir 2 minggu setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke 9 masih tidak kelihatan pelan kecemasan menangani pandemik Covid 19 yang dibuat oleh pentadbiran beliau Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat...
Untuk Tangani Covid Ekonomi Rakyat Perdamaian Politik Boleh Dilakukan

Untuk Tangani Covid Ekonomi Rakyat Perdamaian Politik Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 252 hits
Pertemuan bersejarah di Pejabat Perdana Menteri di antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan petang ini membuahkan hasil yang memberangsangkan Menurut Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pertemuan selama lebih sej...
Mesyuarat Bersama Ph Bagi Tangani Isu Covid 19 Ekonomi Pm

Mesyuarat Bersama Ph Bagi Tangani Isu Covid 19 Ekonomi Pm

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 177 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 Aug 2021 5 19 pmDikemaskini 5 35 pmPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakub dalam satu kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan...
Undi Tidak Percaya Jika Pm Komited Tangani Covid 19 Ph Tidak Mahu Persulitkan Keadaan Anwar

Undi Tidak Percaya Jika Pm Komited Tangani Covid 19 Ph Tidak Mahu Persulitkan Keadaan Anwar

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 139 hits
Firdaus AzilOgos 25 2021Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra hari ini Foto BERNAMAPUTRAJAYA Pakatan Harapan tidak mahu mempersulitkan ...
Dah Naik Jadi Pm Jangan Lupa Pesan Agong Kongsi Tangani Covid 19

Dah Naik Jadi Pm Jangan Lupa Pesan Agong Kongsi Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 370 hits
Gabungan pembangkang menjunjung kasih di atas keputusan yang dibuat oleh Yang di Pertuan Agong semalam atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baharu Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan tersebut telah ...
Anwar Paling Berpengalaman Tangani Covid Pulihkan Ekonomi

Anwar Paling Berpengalaman Tangani Covid Pulihkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 372 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang paling berkemampuan untuk membawa negara keluar dari pandemik Covid 19 dan menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar ...
Long Covid Bekas Pesakit Alami Simptom Susulan Melebihi 4 Minggu

Long Covid Bekas Pesakit Alami Simptom Susulan Melebihi 4 Minggu

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 235 hits
pesakit COVID 19 ketika tinjauan di wad rawatan Foto BERNAMA Memahami Long COVID 19 KUALA LUMPUR Masyarakat ketika ini banyak didedahkan mengenai simptom jangkitan COVID 19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom sus...
Adakah Ismail Sabri Akan Digulingkan 2 Minggu Lagi

Adakah Ismail Sabri Akan Digulingkan 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 199 hits
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah titah yang satu undi percaya perlu diadakan di Parlimen untuk mengesahkan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri Malaysia yang kesembilan Ini kali pertama satu undi percaya akan diadakan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti