Vista Point Ipoh Rest Stop
Sejak menetap di utara tanah air hampir 2 tahun, agak kerap saya dan encik suami berulang-alik ke arah KL atas tuntutan kerja. Setiap kali balik melalui Lebuhraya PLUS arah utara sebelum masuk terowong, nampaklah papan tanda ada gambar orang tunjuk pemandangan dari atas bukit (bayangkanlah sendiri gambar pada papan tanda tu ya..hehe). Tapi tak pernah berkesempatan nak berhenti melihat-lihat
Sehinggalah pada awal bulan April lalu, kenderaan tak banyak di laluan kami jadinya mudahlah kereta encik suami nak berhenti ke tepi dan masuk ke kawasan tersebut. Lupa pulak nak ambil gambar kawasan parkir. Tak begitu luas, tapi muatlah kalau ada beberapa kereta dan kenderaan berat nak parkir di situ. Tertera papan tanda ‘Vista Point’ di kawasan parkir
Terdapat satu laluan bersimen yang sedikit mendaki untuk kita berjalan ke bahagian atas. Jomlah kita tengok apa yang menarik
Kawasan atas ni di kelilingi pagar hijau. Masa ni waktu petang, mendung dan hujan renyai baru mulai turun. Maka bergegaslah kami berjalan ikut laluan disediakan, sambil melihat pemandangan hijau dan kabus di perbukitan
Menurut saya, inilah sudut pemandangan yang paling menarik dari atas Vista Point ni. Pemandangan jalan raya berlengkok membelah perbukitan dan kabus memutih di celahannya
Peta menunjukkan kedudukan Vista Point atau Ipoh Rest Stop - iaitu selepas Ipoh dan tak jauh dari terowong Menora.
Sesuailah kalau kita ada keperluan untuk berhenti sekejap, boleh berhenti di sini. Cuma ada kemudahan kawasan parkir dan tong sampah, lain-lain tak ada ya. Pernah juga saya nampak ada tandas bergerak (portable toilet) diletakkan di sini, tapi semasa saya ke sini tak ada tandas bergerak tu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2022/05/vista-point-ipoh-rest-stop.html