Lepak Santai Dengan Makanan Enak Di Foodmonger Cyberjaya
Lepak Santai Dengan Makanan Enak Di Foodmonger Cyberjaya | Assalamualaikum semua... Buat semua warga Cyberjaya dan kawasan sekitarnya, dengan bangganya sis nak bagitau yang sis dah jumpa satu port lepak yang best kat sana. Port baru yang sis maksudkan adalah Foodmonger yang terletak Tamarind Square, Cyberjaya. Terletak di satu lokasi yang strategik, Foodmonger memang satu lokasi yang bakal jadi one stop centre buat pencinta makanan.
Kebetulan last week Foodmonger mengadakan soft launch sekaligus jamuan raya sebagai tanda pengenalan mengenai pembukaan outlet mereka. Jadi sis pun tak ketinggalan la untuk pergi ke sana dan mencuba sendiri keenakan menu yang ada dijual di situ. Pada awalnya sis ingat Foodmonger ni macam restoran biasa rupanya lebih kepada konsep food court hipster yang selesa untuk pengunjung makan dan lepak bersama yang tersayang. Berkeluasan 4,100 kaki persegi dan mempunyai 70 meja, tempat ini boleh memuatkan 220 orang dalam satu-satu masa
Dari segi menu pula Foodmonger menawarkan menu makanan tempatan iaitu Set Nasi dan Nasi Goreng Advance. Harga setiap menu bagi sis tak de la mahal sangat, kira berbaloi la dengan portion yang dihidangkan. Oh ya, di sini juga ada menawarkan menu premium iaitu Nasi Goreng Premiun. Harga yang ditawarkan mungkin mahal tetapi setanding dengan bahan yang digunakan. Bayangkan nasi goreng siap ada lobster ataupun BBQ Beef Ribs. Fuyooo, terbaik la menu Foodmonger ni. So, bergantung pada selera masing-masing la kan nak makan apa
Selain dari menu utama dari Foodmonger, kat sini juga ada menawarkan menu sampingan dari vendor-vendor yang terpilih seperti Fam' Fries Kitchen, Ayo Fried Chicken dan 3eleven Satay. Sebut nama je pun dah rasa terliur kan. Tapi bila dah rasa, confirm akan datang semula. Meh, sis tunjuk sikit menu dari ketiga-tiga vendor ni :
Fam' Fries Kitchen
Biasa kita makan kentang goreng tabur garam je kan.. Tapi pernah tak terbayang kentang goreng yang penuh dengan cheese yang meleleh siap ada isi daging?? Ha, itulah kelainan yang ditawarkan oleh Fam' Fries Kitchen. Ilham ini dihasilkan oleh pemiliknya sendiri iaitu pelakon Aedy Ashraf kerana dia sendiri memang sejenis hantu French fries. Setakat ni dah ada 5 cawangan Fam' Fries Kitchen termasuk di Foodmonger. Syabas Aedy Ashraf..
Untuk menu di Fam' Fries Kitchen, ada 4 pilihan topping yang boleh dipilih iaitu Chili Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries, Melted Cheese Fries dan Cheddar Cheese Fries. Bila dah pilih topping, kita boleh pilih tahap kepedasan pula sama ada Original, Spicy ataupun Very Spicy.. Nak lagi best?? Ha, hanya perlu tambah RM3 untuk dapatkan Double Trouble Cheese, Extra Beef Bacon atau Extra Chili... ummppphhh, yummy....
Ayo Fried Chicken
Kalau tadi kentang goreng bersalut cheese meleleh kan, ha Ayo Fried Chicken pula menawarkan ayam goreng bersalut cheese. Mungkin ramai yang kata memang trend sekarang ayam salut cheese. Tapi kan apa yang membuatkan kelainan pada Ayo Fried Chicken adalah resepi istimewa ayam goreng bersalut tepung yang dilimpahi dengan cheese yang banyak dan ditaburi dengan serbuk cili pasti memberi keistimewaan pada rasanya
Untuk kepuasan berganda, korang boleh memesan samaada nak set 6 ketul ayam + cheese atau 9 ketul ayam + cheese ataupun 12 ketul ayam + cheese. Tak cukup?? boleh la tambah ayam dengan harga hanya RM0.99 seketul ataupun extra cheese dengan harga RM2 sahaja. Ha, baru la puas makan kan.
3eleven Satay
Sebagai hantu satay, sis teruja dapat makan 3elevan Satay. Mana taknya satay dia besar-besar tau. Pastu perapan rasa dia pun sedap. Memang puas hati la dapat makan satay yang gemuk-gemuk ni. Ada satay ayam, satay daging, satay kambing, satay rusa dan satay perut. Dihidangkan bersama kuah kacang, bawang dan timun, boleh juga ditambah dengan nasi impit
Pastel Juice Bar
Tak lengkap kan kalau makan tapi tak minum. Kat sini minuman adalah di bawah vendor Pastel Juice Bar. Ada pilihan Ice Tea Selection, Thai Tea Selection, Fresh Juice Selection dan Milkshake Selection. Aritu sis order Thai Tea. Sedap gak. Bekas dia pun besar.
Secara keseluruhannya memang puas hati la lepak kat sini. Ha, sila jangan bagi alasan diet ye kalau datang Foodmonger. Memang rugi tau. Jadi kalau korang nak cari port lepak dan bersantai bersama teman-teman, keluarga atau yang tersayang boleh la datang ke Foodmonger
Alamat :
C-01-03 & C-01-03A,Tamarind Square 63000 Cyberjaya Selangor
Waktu Operasi :5PM-2AM setiap hari
Instagram :
www.instagram.com/foodmonger_my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/07/lepak-santai-dengan-makanan-enak-di.html