Lepak Mengopi Sebentar Di Brewh Us Paroi Jaya


Balik dari membeli barang dapur di KIP Mart Lavender Height, ajak encik suami singgah mengopi sebentar di Brewhäus paroi Jaya sebab dah kebetulan dekat

Brewhäus  ni pernah viral satu masa dulu. Tapi masa tengah hype tu tidaklah kami teringin nak pergi. Tahu-tahu je lah bila satu tempat tu viral, mesti ramai orang kan

Sebelum saya singgah sini, anak buah saya ada tanya saya kat mana tempat kopi best di Paroi Jaya? Saya jawablah Brewhäus. Kebetulan dia berada dekat dengan tempat majlis kenduri di Astana Zemi tu. Tapi sudahnya dia tak singgah sebab nak singgah di RNR je balik ke Kuala Lumpur

Anak buah tak jadi menyinggah, kita pula yang jadi menyinggah. Alang-alang dah dekat tu, kita pun singgahlah. Kami singgah pun betul-betul waktu Brewhäus baru buka. Waktu tengahari. Kira sedang elok lah mengisi perut masa tu



Brewhäus ni cafe yang beroperasi dalam sebuah banglo yang telah lama ditinggalkan yang terletak di kawasan perumahan. Nampak menarik konsepnya dan unik dengan tema hitam putih gaya industri. 
Kawasan pun luas dan selesa. Betul-betul cafe hipster yang menarik di Seremban ni. Sesuailah untuk lepak mengopi. Tertarik juga dengan signboard 3D Brewhäus di batu-bata ni. 


Bersih dan luas. Memang selesalah kalau nak lepak mengopi di sini. Jarak meja pun jauh-jauh. Kami orang pertama sampai. Jadi bolehlah ambil gambar tanpa perlu edit muka orang lain


Semasa buat pesanan, ada pula si Oyen ni menyibuk. Ramah mesra betul Oyen ni. Blacky pun ada. Dua dua kucing comel dan manja. Bulu bersih dan gebus gebas. Penyeri kedai ni. hihi...


Sementara encik suami buat pesanan juga, sempatlah saya melihat sekitar dalaman Brewhäus ni. Kalau tak suka port luar, boleh duduk di dalam ni. Menarik interior design dalaman rumah banglo ni. Rumah lama nampak klasik gitu.


Untuk pesan makanan dan minuman kena pesan di kaunter. Terus buat bayaran dan ambil nombor tunggu di meja. Bila dah siap nama akan dipanggil. 


Di kaunter juga ada menu yang ditawarkan di Brewhäus. Banyak pilihan minuman yang ada. Tak suka kopi, boleh minum teh



Untuk menu makanan tak banyak sangat pilihan. Ini je yang ada. Ada stall kecik berhampiran yang jual menu waffle dan croffle kalau tak silap. Tapi belum buka lagi. Jadi, kami pesan steak ciabatta je kongsi berdua



Macam biasa saya pesan caramel macchiato panas dan sejuk untuk encik suami. Tapi terbalik pula ditulisnya. Typo pula tu nama encik suami. Tapi tak apalah, sekadar hiasan je tu. Yang penting rasa kopinya. 
Caramel macchiato panas sedap, rasa dia tak akan berubah. Sebab tu suka minuman kopi panas. 


Untuk kopi, harganya standard lah macam kedai kopi yang lain



Steak Ciabatta dia didatangkan dengan wedges dan sos. Pertama kali makan, boleh dikira sedap juga walaupun kami berdua bukan pencinta daging. Suka pula dengan rocket salad yang diletakkan sekali dalam kepitan roti ni.


Sambil duduk lepak mengopi dan menyembang, nikmati permandangan indah disini. Best juga ye kalau ada rumah banglo dengan kawasan luas macam ni. Bolehlah duduk mengopi di luar rumah petang-petang. Berangan

Tak salah berangan, berangan itu percuma kann..


Disini tak boleh mereokok, tidak dibenarkan bawa makanan luar dan silalah buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan


Sebelum balik kita ambil gambar van Brewhäus ni. 

Brewhäus
322, Lorong Rajawali 1, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/01/lepak-mengopi-sebentar-di-brewhaus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kampung Setia Jaya Gaza Versi Malaysia Betul Ker

Kes Kampung Setia Jaya Gaza Versi Malaysia Betul Ker

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 279 hits
Pada tahun 1973 Tun Abdul Razak telah mecadangkan kawasan Kampung Setia Jaya juga beberapa kawasan sekitar Setapak Wangsa Maju diteroka dan dijadikan penempatan veteran tentera sama seperti Kg Congo di Bandar Tun Razak Sebab tu majoriti pen...
Penduduk Kg Setia Jaya Kekal Hingga Proses Penempatan Baharu Selesai

Penduduk Kg Setia Jaya Kekal Hingga Proses Penempatan Baharu Selesai

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 256 hits
Oleh Helmi Mohd Foad Penduduk Kampung Setia Jaya Setapak boleh menarik boleh nafas lega apabila pihak TAR Education Foundation tiada halangan untuk mereka kekal tinggal di situ sehingga proses penempatan baharu diselesaikan Perkara itu meru...
Rundingan Rumah Kpg Setia Jaya

Rundingan Rumah Kpg Setia Jaya

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 107 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan bersama wakil daripada TAR Education Foundation Hasil pertemuan pemilik membenarkan Penduduk Kg Setia Jaya tinggal sementara isu diselesaikan Penggantian rumah dalam rundingan
Platform Food Delivery Apps Misi Petaling Jaya Jaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Jadi Jimat Dan Cermat Selalu

Platform Food Delivery Apps Misi Petaling Jaya Jaga Kebajikan Ekonomi Rakyat Jadi Jimat Dan Cermat Selalu

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 280 hits
Pentadbiran Misi Rakyat Petaling Jaya mengajak seluruh Warga Kota Petaling Jaya menggunakan Aplikasi Misi sebagai platform Alternatif untuk membeli makanan dengan harga sama seperti jual di Kedai Rakyat Bijak dalam berbelanja dengan Jimat d...
Dewas Kpk Akan Serahkan Temuan Aset Firli Tak Tercantum Di Lhkpn Ke Polda Metro Jaya

Dewas Kpk Akan Serahkan Temuan Aset Firli Tak Tercantum Di Lhkpn Ke Polda Metro Jaya

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 114 hits
Dewas KPK akan menyerahkan hasil putusan sidang pelanggaran etik Firli kepada Polda Metro Jaya jika diperlukan
Gear Up For A San Thai Holiday Season With Kfc S Thai Inspired Offerings Petaling Jaya

Gear Up For A San Thai Holiday Season With Kfc S Thai Inspired Offerings Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 270 hits
Hi Everyone KFC Malaysia is inviting you to San Thai this holiday season with three mouthwatering additions The KFC San Thai Crunch KFC San Thai Burger and the much anticipated return of the Hot Spicy Shrimp will be available for a limited ...
26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

26 Tempat Makan Menarik Di Subang Jaya Pilihan Sesuai Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 362 hits
Subang Jaya sebuah bandar yang tak jauh dari hiruk piruk Kuala Lumpur yang menempatkan pelbagai fasiliti mengelilingi kawasan perumahan yang telah lama bertapak di negeri Selangor Kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di Subang Jaya...
Kg Setia Jaya Residents Unhappy With Low Offer For Moving Out

Kg Setia Jaya Residents Unhappy With Low Offer For Moving Out

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 309 hits
Kampung Setia Jaya folk say the TAR College Education Foundation the land owner had offered each household RM30 000 to RM40 000 to move KUALA LUMPUR Some 500 residents in Setapak here are claiming they are being unfairly evicted by their la...
Kg Setia Jaya Villagers Advised To Stay United Fight For Fair Compensation

Kg Setia Jaya Villagers Advised To Stay United Fight For Fair Compensation

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 195 hits
Kampung Setia Jaya villagers who are facing eviction are advised to stay united and fight to get fair compensation During a talk session today a former resident of now demolished Kampung Berembang in Ampang shared how his fellow villagers h...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy