Khasiat Habbatus Sauda Dan Cara Makan Yang Betul


Tahukah anda, khasiat habbatus sauda memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesihatan manusia?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat habbatus sauda yang perlu anda tahu dan cara memakannya yang betul.
Baca juga:
Khasiat Buah Zaitun  Khasiat Madu Khasiat Bunga Telang Apa itu habbatus sauda? Habbatus sauda atau juga dikenali sebagai Nigella Sativa, jintan hitam dan black cumin adalah salah satu dari makanan sunnah yang sangat dalam kalangan masyarakat beragama Islam.
Mengikut sejarah, habbatus sauda sudah sangat meluas digunakan dalam perubatan tradisional dan komplementari selama berabad-abad lamanya.
Dalil tentang khasiat habbatus sauda Disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: Kematian”. – (Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5687)
Cara makan yang betul Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda sebagai penawar.
Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk.
Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.
Khasiat habbatus sauda pada kesihatan 1. Anti-radang
Biji habbatus sauda mengandungi bahan yang dapat mengurangkan keradangan dalam tubuh, yang mana ia membantu mengatasi masalah seperti arthritis dan penyakit radang usus.
2. Menyokong kesihatan otak
Habbatus sauda mempunyai potensi untuk meningkatkan fungsi otak dan melindungi daripada penyakit neurologikal.
3. Memulihkan sistem pencernaan
Habbatus sauda dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung, loya, dan sembelit, serta membantu menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.
4. Mengurangkan risiko diabetes
Penyelidikan awal menunjukkan bahawa habbatus sauda boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah, menjadikannya berguna dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memberi manfaat untuk menstabilkan paras gula dalam darah.
Dalam kata lain, habbatus sauda boleh membantu meningkatkan pelbagai penanda kawalan gula darah, termasuk paras insulin dan paras gula dalam darah semasa berpuasa dan selepas makan.
5. Mengurangkan tahap kolestrol
Habbatus sauda boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, serta membantu menjaga kesihatan kardiovaskular.
Kaum wanita yang menggabungkan suplemen habbatus sauda dengan diet rendah kalori mampu untuk menurunkan tahap kolesterol mereka dengan lebih banyak daripada wanita yang tidak mengambil suplemen tersebut.
6. Tinggi dengan antioksidan
Habbatus sauda mengandungi antioksidan yang kuat, seperti thymoquinone, yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Ini secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
7. Melegakan selesema dan hidung tersumbat
Ia juga seringkali dijadikan sebagai bahan rawatan alami untuk membantu melegakan selesema dan hidung tersumbat. 
Caranya mudah sahaja, anda perlu hancurkannya sehingga menjadi serbuk dan kemudian, balut serbuk habbatus sauda tersebut dengan kain bersih. Dengan menghidu aromanya, ia boleh membantu melegakan selsema akibat cuaca sejuk dan hidung tersumbat. 
8. Melegakan sakit gigi
Sakit gigi adalah merupakan salah satu sakit yang tidak tertahan peritnya. Oleh itu, sekiranya anda tiba-tiba sakit gigi dan tidak mempunyai ubat berkaitan, anda boleh cuba gunakan habbatus sauda sebagai bahan rawatan. 
Anda hanya perlu masak ia bersama-sama cuka, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan berkali-kali sehingga sakit gigi anda berkurangan. 
9. Anti-penuaan 
habbatussauda mengandungi vitamin B dan zat besi yang boleh membantu melambatkan proses penuaan. Ia juga dipercaya dapat mencegah pembentukan pigmen dan kedutan. 
10. Mengurangkan sindrom PMS dan migrain 
Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala serta sindrom-sindrom PMS yang teruk, anda boleh cuba amalkan habbatusauda. Hal ini kerana beberapa kandungan dalamnya mampu melegakan kesakitan anda. 
11. Meningkatkan kesihatan mental
Minyak habbatus sauda juga dapat membantu mengurangi stres dan rasa cemas. Ia juga berpotensi untuk membantu dalam mengurangkan gejala-depresi.
Tips sebelum membeli Hari ini untuk dapatkan habbatus sauda tidak sukar kerana banyak dijual di pasaran. Namun yang menjadi masalahnya adalah bagaimanakah cara untuk menentukan sama ada produk tersebut asli atau tidak.
Dr. Rizal Abu Bakar berkongsi, menurutnya untuk membeli habbatus sauda anda perlu periksa kandungan Thymoquinone(TQ) yang terdapat di dalamnya terlebih dahulu.
Thymoquinone adalah sejanis komponen dalam habbatus sauda yang tinggi antioksidan, bersifat anti kanser, antibakteria, antimutagenik dan anti-radang. 
Sebaik-baik habbatus sauda adalah yang mengandungi lebih dari 30mg Thymoquinone atau sekurang kurangnya 3% daripadanya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari habbatus sauda ini dengan kajian saintifik, perubatan dan pendapat para ulama.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat habbatus sauda dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Berpanjangan. Taqwa.my Khasiat Habbatus Sauda, Mampu Menyembuhkan Pelbagai Penyakit? My Sihat Black Seed Oil: Health and Beauty Benefits. Healthline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/khasiat-habbatus-sauda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=khasiat-habbatus-sauda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul

Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 364 hits
Bagaimanakah cara guna pregnancy test yang tepat berpandukan kepada tips tips sebelum dan selepas penggunaan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara guna pregnancy test yang betul Baca juga Apa itu pregna...
Kocak Cara Wanita Ini Agar Suami Dan Anaknya Tak Main Hp Saat Makan Bareng Keluarga

Kocak Cara Wanita Ini Agar Suami Dan Anaknya Tak Main Hp Saat Makan Bareng Keluarga

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 161 hits
Berapa banyak ibu yang kesal dengan perilaku suami dan anaknya terlalu sering pegang HP di rumah Bahkan saat makan bareng Cara ini mungkin sangat ampuh
Cara Kira Ot Yang Betul Dan Terbaru Mengikut Pindaan Akta Kerja 2022

Cara Kira Ot Yang Betul Dan Terbaru Mengikut Pindaan Akta Kerja 2022

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 300 hits
Pengiraan OT adalah salah satu cara kira OT bagi kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja Mengenai cara kira OT ia akan dapat membantu para pekerja untuk mengetahui anggaran pendapatan tambahan yang bakal diterima oleh mereka Bagi setia...
Makan Murtabak Cheese Di Restoran Bismie Murtabak Cheese House Bertam Putra Kepala Batas

Makan Murtabak Cheese Di Restoran Bismie Murtabak Cheese House Bertam Putra Kepala Batas

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 188 hits
Restoran Bismie Murtabak Cheese House Bertam PutraAda port menarik untuk korang layan murtabak di Bertam Putra Kepala Batas ni Murtabak yang sempoi dan padu korang boleh makan di Restoran Bismie Murtabak Cheese Kira murtabak cheese ni diora...
Hilton Holidays Festive Feasts At Makan Kitchen Doubletree By Hilton

Hilton Holidays Festive Feasts At Makan Kitchen Doubletree By Hilton

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 335 hits
Hilton Holidays Festive Feasts at Makan Kitchen Doubletree by Hilton Musim percutian kini kembali Mesti ramai kan ambil cuti untuk spend time lebih bersama keluarga tercinta sempena cuti sekolah Dan cuti perayaan nanti Korang mungkin boleh ...
Tak Ada Duit Nak Makan Tetamu Tak Diundang Minta Izin Tuan Rumah Letak Nota Kecil Dalam Sampul

Tak Ada Duit Nak Makan Tetamu Tak Diundang Minta Izin Tuan Rumah Letak Nota Kecil Dalam Sampul

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 124 hits
malaysiadateline comOleh MAISARAH AISYA28 11 2023Selalunya yang hadir ke majlis adalah kenalan rapat pengantin serta sanak saudara yang dijemput keluarga Namun ada juga tetamu yang tak diundang hadir ke majlis ada yang datang tanpa rasa mal...
Bayi Agak Kecil Dari Umurnya Stres Kurang Makan Jadi Punca Aisyah Hijanah Mohon Beri Ruang

Bayi Agak Kecil Dari Umurnya Stres Kurang Makan Jadi Punca Aisyah Hijanah Mohon Beri Ruang

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 186 hits
Kemelut rumah tangga pempengaruh Aisyah Hijanah banyak mengganggu emosi dirinya begitu dengan kandungannya yang kini berusia lima bulan Melalui Insta Storynya Aisyah tampil menjelaskan keadaan dirinya kini malah turut berterima kasih kepada...
Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc

Mendekati Dan Memberi Makan Haiwan Liar Pada Jarak Paling Dekat Di Vinpearl Safari Phu Quoc

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 341 hits
Salam sejahtera semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Sebelum ni Maha dah ceritakan dan juga aktiviti malam yang korang boleh buat kalau bercuti ke Pulau Phu Quoc Vietnam Walaupun penat tapi se...
Makan Satay Pak Wan Di Bandar Tasik Puteri

Makan Satay Pak Wan Di Bandar Tasik Puteri

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 313 hits
Adik Ika laa nih ngidam nak makan satay Pak Wan Kalau di sekitar kediaman kak ana ni banyak je orang berniaga satay Ada tu di tepi jalan pun ada kak ana nampak dua tiga peniaga satay Tak pernah try kalau nak makan satay selalunya kak ana be...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa