Saya suka akan suasana santai di sini.
Amati ini bukanlah berada di kawasan bandar Batam. Namun ianya tidaklah begitu jauh dari bandar. Dalam 20 minit sudah sampai ke sini. Terletak di Jalan Jend Soeprapto Buana Central Park Batam, ianya pasti menjadi pilihan buat sesiapa sahaja yang datang ke Batam ini.
Dengan ruangan yang agak ringkas dan bersahaja, menjadikan tempat ini satu kawasan yang sesuai untuk didatangi sesiapa sahaja. Terdapat 2 ruangan iaitu ruangan berhawa dingin dan juga ruangan luar yang bebas berserta tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Antara kopi yang dibrew segar dan mengunakan biji kopi yang terbaik
Tidak hanya menyajikan kopi dan teh seperti kafe konversional yang lain, Amati juga menyajikan pelbagai jenis menu makanan yang lain untuk anda nikmati. Dikhabarkan lebih 100 jenis menu yang disediakan di sini.
Disediakan dengan cermat dan terlatih oleh para pekerja mereka yang santun melayani kehadiran anda. Dari pembuat kopi sehinggalah pelayan akan menjadikan pengalaman anda di sini cukup mendamaikan.
Salah seorang pembuat kopi di Amati, Cik Oktavia
Ayuh kita saksikan sedikit sebanyak menu yang telah saya bersama kawan-kawan nikmati pada kunjungan kami tersebut.
Pelbagai menu menarik yang kami cuba.
Daging sambal hijau yang sedap dan empuk.
Tidak sah kalau datang ke Indonesia jika tidak menikmati ayam sambal hijau mereka. Bila makan, pasti peluh membanjiri tubuh. Namun sedap!
Nasi Goreng Kambing. Sedap dengan segala bumbunya yang menyelerakan. Cebisan kambing juga banyak dan tidak kedekut. Setiap suapan penuh dengan kambing.
Ini pula nasi goreng istimewa mereka dengan segala makanan laut yang ada di dalam dan juga disajikan dengan ayam dan juga telur. Lengkap!
Ini antara menu yang saya fikir paling istimewa di sini, Tapai Goreng Cheese. Menarik dan jujur untuk saya katakan amat sedap. Kami pesan lagi dan lagi menu ini kerana satu sahaja tidak cukup. Ini yang paling saya cadangkan jika anda berkunjung ke sini.
Untuk anda yang ingin berkunjung ke sini, bolehlah mengikuti alamat seperti di bawah:|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |