Lepak 3 Beranak Di Restoran Satay Sedap Sikamat
Assalamualaikum wrt..
Hi korang.
Selamat pagi...SA training 2 hari start hari ni dan esok...maybe x banyak entry la SA up untuk 2 hari ni...tapi last week SA dah cover banyak entry kan.
Sabtu malam lepas keluar beli barang dapur kami 3 beranak lepak kat Restoran Satay Sedap Sikamat di Temiang Corner...SA sebenarnha x tau wujudnya Satay Sedap Sikamat ni..rupanha dah ada since zaman PKP lagi..bermula meniaga depan rumah sampai dah punya premis sendiri. Sebelum ni lokasi di Pulai Perdana Sikamat sekarang dah pindah di Temiang Corner
Ni gara-gara Afzan blogger la ni dia update makan satay terus SA teringin makan satay sebelum ni makan Satay Bonda..yang SA rasa paling sedap kat area rumah SA..rupanya ada yang lagi sedap...cuma nak kena sabar menunggu la...ramai giler orang...selain oeanv melayu kita, jadi tumpuan jugak pada kaum cina dan india...SATAY Sedap Sikamat menjual pelbagai jenis sate iaitu ayam, daging, kambing dan perut. Ada jugak menu burger dan nasi lemak..
Sempat SA snap gambar untuk update blog.
Berpusing-pusing gak la Suami mencari tempat ni..rupanya senang aje nak ke sini..koranv waze je sure sampai.
Bukti orang ramai
Guna kontena je kiri kanan dan interior memang menarik..

Kaunter bayaran dan papan tanda paparkan menu..korang akan diberi kertas mengandungi menu untuk order sekali buku menu
Ada band jugak ye...setiap hujung minggu diorang perform kat sini..Gedabucks dh officially tutup so dah x banyak excitement malam minggu kat Seremban..ada kat sini so rajin la SA lepak sini nanti.
Ada tempat duduk style buaian juga kat sini..first come first served.
Buku menu

Gigih study menu

Kesayangan merangkap menteri kewangan

Akauntan keluarga
Kami 3 beranak yang membesar sihat bagai johan..
Brader ni suara sedap gila..SA enjoy berul dengar suara dia.
Minuman kami

Yeay satay dh sampai..order 5 satay daging, 5 satay ayam dan 5 satay kambing..kenapa order sikit?saje nak test dulu..nanti esok-esok boleh repeat lagi kan..
Satay kambing
Satay ayam
Satay daging
Kuah satay dia sedap giler
Dania order burger daging special
Total damage RM41..
Murah kan
So..kami dh jumpa tempat lepak baru untuk family kami..nnti bila-bila boleh la kami lepak sini lagi kan...makanan sedap..air pun ok, ada band dan tempatnya pun best untuk lepak..sentiasa full kat sini..
So blogger Seremban...SA recommended Satay Sedap Sikamat untuk korang cuba...worth to try..memang best... Ammi...Mummy Ayu, LZ dan semua blogger Seremban sila la try...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2025/12/lepak-3-beranak-di-restoran-satay-sedap.html