Lengkapkan Keluarga Kami Doa Fasha Suami Ketika Di Mekah Dikurniakan Anak Lelaki


Peluang pergi ke Tanah Suci baru-baru ini dimanfaatkan sebaiknya oleh pelakon Fasha Sandha dan suami untuk melakukan ibadat dan berdoa. Malah Fasha menyatakan antara  doa yang dipohon ketika mengerjakan umrah ialah supaya dikurniakan cahaya mata lelaki.
“Jika dapat anak lelaki rezeki kami..”
Ujar Fasha, 39, keinginan untuk menimang cahaya mata lelaki itu juga merupakan hasrat yang diidamkan oleh suaminya, Aidil Aziz selepas dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun enam bulan.

“Ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, salah satu doa yang saya pohon adalah untuk mendapatkan zuriat lelaki. Sebab itu adalah permintaan suami untuk melengkapkan keluarga kami.

“Kalau ikutkan, suami sudah menyuarakan hasrat untuk anak kedua sejak tahun lalu lagi. Tapi saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama.
“Insya-Allah, kami akan berusaha untuk anak kedua pada tahun ini dan berharap dikurniakan seorang bayi lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan turut melahirkan rasa syukur apabila dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa kali tertangguh.
“Alhamdulillah, saya berada di sana selama sembilan hari. Empat hari di Mekah dan lima hari di Madinah. Saya bersyukur dapat mendoakan yang baik-baik untuk semua orang.

“Saya sangat teruja dan bersyukur apabila hasrat mengerjakan umrah buat kali pertama akhirnya terlaksana lebih-lebih lagi ditemani suami,” katanya gembira.
Kongsi Fasha, sebelum ini dia sudah lama menyatakan hasrat mengerjakan umrah, namun tidak boleh melakukannya kerana syarat pada ketika itu memerlukan dia membawa seorang mahram.
“Ketika itu saya belum berkahwin lagi. Jadi antara syaratnya saya perlu diiringi dengan mahram untuk buat umrah. Selepas saya berkahwin, seluruh dunia diserang Covid-19 pula,” jelasnya.
Fasha bersama Aisha dan anak saudaranya, Bunga Elhaq. Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Aidil pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan pertama Fasha bersama bekas suami, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram.
Kredit: Kosmo & IG Fasha Sandha
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
 
 
 
The post “Lengkapkan Keluarga Kami..” Doa Fasha & Suami Ketika Di Mekah Dikurniakan Anak Lelaki appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lengkapkan-keluarga-kami-doa-fasha-suami-ketika-di-mekah-dikurniakan-anak-lelaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Amalkan Doa Ini Agar Anak Terpelihara Dalam Kandungan Mudah Bersalin

Ibu Hamil Amalkan Doa Ini Agar Anak Terpelihara Dalam Kandungan Mudah Bersalin

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 302 hits
Surah ini boleh dijadikan sebagai doa untuk ibu mengandung dibacakan kepada anak yang dikandung Semoga ayat ayat daripada surah ini menjadi penyejuk hati dan juga permintaan yang dimakbulkan insya Allah Surah Al Fatihah Surah ini boleh dija...
Doa Suami Isteri Bahagia Amalkan Lepas Solat Elak Situasi Tegang Urat

Doa Suami Isteri Bahagia Amalkan Lepas Solat Elak Situasi Tegang Urat

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 157 hits
Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat Setiap suami mahukan isterinya dikurniakan syurga Isteri juga mahukan segala urusan suaminya dipermudahkan di sana nanti Begitu...
Saya Akan Jaga Mereka Tinggalkan Isteri Anak Lelaki Keluarga Mendiang Na Chul Jadi Perhatian

Saya Akan Jaga Mereka Tinggalkan Isteri Anak Lelaki Keluarga Mendiang Na Chul Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 348 hits
Sedih apabila memikirkan seorang pelakon berbakat dan punyai masa depan cerah dalam dunia lakonan terpaksa mengalah dengan kesihatan yang merosot ARTIKEL BERKAITAN Kelmarin pelakon Na Chul yang terkenal membawa banyak watak sampingan dalam ...
Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

Kegembiraan Seisi Keluarga Bertukar Duka Anak 5 Tahun Lemas Di Kolam Air Panas

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 341 hits
Seorang kanak kanak perempuan ditemukan lemas dalam salah sebuah kolam air panas ketika beriadah bersama keluarga di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong Baling Kedah kelmarin Ketua Polis Daerah Superintenden Shamsudin Mamat berkata po...
Greysia Polii Umumkan Kehamilan Anak Pertama Keluarga Sambut Haru Dan Bahagia

Greysia Polii Umumkan Kehamilan Anak Pertama Keluarga Sambut Haru Dan Bahagia

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 294 hits
Usia kandungan Greysia Polii saat ini sudah 6 5 bulan Semoga sehat sehat terus dan lancar sampai proses persalinan nanti ya
Tertekan Diabai Suami Bekas Isteri Cliff Umar Pernah Terdetik Bawa Anak Anak Terjun Sungai

Tertekan Diabai Suami Bekas Isteri Cliff Umar Pernah Terdetik Bawa Anak Anak Terjun Sungai

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 206 hits
Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah ibaratnya nasib bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah yang mendakwa hidup tertekan kerana diabai suami
Kuasa Pelukan Suami Anak Anak Hilang Segala Kepenatan Yang Kita Rasa

Kuasa Pelukan Suami Anak Anak Hilang Segala Kepenatan Yang Kita Rasa

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 351 hits
Kena rajin rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita Peluk juga anak anak Dengan melakukannya banyak manfaat yang akan kita perolehi Berpeluk ni memang nampak biasa nak buat pun tak susah Tapi ia memberi kesan terbaik untuk kesihatan fiz...
Hiburan You Ancam Keselamatan I Ajar Anak Maki Hamun I Menantu Datuk Zainal Abidin Pula Buat Pendedahan Tentang Suami

Hiburan You Ancam Keselamatan I Ajar Anak Maki Hamun I Menantu Datuk Zainal Abidin Pula Buat Pendedahan Tentang Suami

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 160 hits
Sepanjang minggu ini di mana mana platform media sosial hangat membicarakan tentang insiden yang berlaku di antara kedua dua isteri bekas jurulatih Liga Super Datuk Zainal Abidin Hassan Isteri pertamanya Datin Zalina Zaini dikatakan terasa ...
Ibu Muda Ini Sedih Anak Terpaksa Dibinkan Nasab Abdullah Selepas Suami Enggan Ke Jpn

Ibu Muda Ini Sedih Anak Terpaksa Dibinkan Nasab Abdullah Selepas Suami Enggan Ke Jpn

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 243 hits
nbsp Baru baru ini viral satu perkongsian di laman sosial yang memapakan kisah seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia masih belum berakhir Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Cik Pia di laman ...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia