Lembah Automotif Tanjong Malim Akan Beri Impak Pada Hartanah


 
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, berkata projek AHTV menuntut ketersediaan unit kediaman yang mencukupi bagi menampung permintaan dalam jangka masa panjang. (Gambar Bernama)BIDOR: Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
Menteri Besar Saarani Mohamad berkata Tanjong Malim bakal menyaksikan limpahan ekonomi daripada aktiviti projek pembangunan AHTV yang dijangka menjana 370,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pembinaan dan 160,000 apabila beroperasi kelak.
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) mengambil inisiatif menyediakan projek perumahan baharu bagi menampung permintaan tinggi.
Tambah beliau, projek AHTV sudah tentu menuntut ketersediaan unit kediaman yang mencukupi bagi menampung permintaan perumahan dalam jangka masa panjang.
“Selain itu, ia adalah sebahagian daripada aspek penting yang akan mempengaruhi pembangunan sosial masyarakat di kawasan sekitarnya sejajar dengan perkembangan semasa menerusi pelbagai projek yang sedang rancak dilaksanakan di kawasan ini (Bidor),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian projek perumahan dan rumah terbuka Aidilfitri.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional A Sivanesan; dan Pengarah Urusan Demi Hartajaya Sdn Bhd Vincenns Lim.
Saarani berkata projek perumahan melalui kerjasama awam-swasta yang dilaksanakan itu boleh diperkasakan untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui projek perumahan untuk rakyat.
“Saya dimaklumkan bahawa pembangunan projek perumahan Lakeview Residence@Bidor yang dibangunkan atas tanah milik LPHP telah pun dimulakan pada 20 Okt 2022 membabitkan 64 unit kediaman yang dibangunkan dalam dua fasa dengan 40% daripada keseluruhan unit berkenaan dikhususkan untuk Bumiputera.
“Kerjasama antara pihak LPHP dan Demi Hartajaya ini merupakan satu langkah bagi mewujudkan lebih banyak kawasan perumahan khususnya di kawasan subbandar untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat yang ingin memiliki rumah,” katanya.
Saarani menyeru pihak pemaju swasta untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui LPHP bagi membangunkan lebih banyak kawasan perumahan di Perak melalui kepelbagaian tawaran perumahan sama ada berkonsepkan rumah mampu milik mahupun dengan tawaran harga yang berpatutan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/lembah-automotif-tanjong-malim-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impak Queen Of Tears Nilai Aset Kim Jiwon Semakin Bertambah Cecah Hingga Berpuluh Juta

Impak Queen Of Tears Nilai Aset Kim Jiwon Semakin Bertambah Cecah Hingga Berpuluh Juta

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 296 hits
Kalau cakap tentang pelakon paling popular kini nama Kim Ji won pastinya akan meniti di bibir ramai orang Artikel Berkaitan Meskipun sudah muncul dalam banyak drama popular seperti Descendants of the Sun dan Fight for My Way drama Queen of ...
Astaka Memberikan Kontrak Rm150 Juta Kepada Kimlun Untuk Projek Hartanah Di Johor

Astaka Memberikan Kontrak Rm150 Juta Kepada Kimlun Untuk Projek Hartanah Di Johor

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 195 hits
Astaka Holdings Limited telah mengumumkan kontrak pembinaan bernilai RM150 juta kepada Kimlun untuk projek bernilai RM254 juta di Mount Austin Johor Projek Aliva akan mempunyai 499 unit dengan saiz binaan dari 595 kaki persegi hingga 1 075 ...
Jom Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera

Jom Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 712 hits
Bagi anda yang sedang mencari instrumen pelaburan baru anda mungkin boleh mencuba untuk melaburkan duit anda dalam Amanah Hartanah Bumiputera Seperti mana mana pelaburan sekalipun pelaburan dalam AHB tetap mempunyai risikonya Oleh itu anda ...
Train Frequency On Tanjung Malim Kl Sentral Route Cut To 15 Mins

Train Frequency On Tanjung Malim Kl Sentral Route Cut To 15 Mins

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 167 hits
Transport minister Loke Siew Fook says work on the Klang Valley Double Tracking Phase 2 will begin at the end of this month KUALA LUMPUR The train frequency for the KTM Komuter Tanjung Malim KL Sentral route will be increased from once per ...
Jawatankuasa Penaja Bersatu Tanjong Karang Bakal Diumum

Jawatankuasa Penaja Bersatu Tanjong Karang Bakal Diumum

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 123 hits
KUALA SELANGOR Jawatankuasa termasuk Ketua Penaja Bahagian Parti Bersatu Tanjong Karang bakal diumumkan susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Nur...
Petronas Mercedes Membincangkan Penyelesaian Selepas Jualan Bagi Sektor Automotif

Petronas Mercedes Membincangkan Penyelesaian Selepas Jualan Bagi Sektor Automotif

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 218 hits
PETRONAS Lubricants International dan Mercedes Benz Global Customer Service Parts akan bekerjasama untuk membangunkan penyelesaian teknikal yang mengoptimumkan prestasi dan kecekapan kenderaan bertujuan untuk mendorong kemajuan dalam sektor...
Sektor Automotif China Melonjak Menunjukkan Pertumbuhan Dua Digit Dalam Suku Pertama

Sektor Automotif China Melonjak Menunjukkan Pertumbuhan Dua Digit Dalam Suku Pertama

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 413 hits
Pasaran kereta China memperluas dengan ketara dalam suku pertama tahun ini dengan jualan dan eksport mengalami pertumbuhan dua digit Pada tempoh tersebut jualan kereta meningkat 10 6 peratus tahun demi tahun kepada 6 72 juta unit menurut da...
Touch N Go Group Reinforces Its Commitment To The Lembah Pantai Community In Conjunction With Hari Raya

Touch N Go Group Reinforces Its Commitment To The Lembah Pantai Community In Conjunction With Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 629 hits
Touch n Go Group reinforced its commitment to the Lembah Pantai community this Ramadan by providing support for those in need for their Hari Raya preparations The Group contributed RM30 000 in the form of shopping vouchers to 80 needy indiv...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page