Lemas Dalam Tali Air Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis Ibu Pengsan


Lemas dalam tali air, bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis, ibu pengsan. Ainun Mardiah Azeman, 14 ditemukan bapanya, Azeman Harun, 56, pada jam 5 petang di dasar tali air sedalam kira-kira semeter.
Lemas Dalam Tali Air Menurut Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan, bapanya menemui sendiri jasad adiknya di lokasi kejadian.
Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis, Ibu Pengsan “Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Tambah Ahmad Azizi, kali terakhir dia berjumpa dengan Ainun Mardiah ketika mengambil remaja itu pulang dari di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kala pada jam 4 petang.
Lebih menghibakan, ibu remaja itu, Roshanita Ahmat, 51, pengsan selepas mendapat perkhabaran terbabit dan dimasukkan ke wad untuk rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini namun sudah sedarkan diri.
Gambar kenangan Ainul Mardiah bersama rakannya. DALAM KEJADIAN KIRA-KIRA 5 PETANG SEMALAM, AINUL MARDIAH DITEMUKAN DALAM KEADAAN TERTINDIH DENGAN MOTOSIKAL YAMAHA EGO YANG DITUNGGANGINYA.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
Ahmad Azizi menunjukkan foto arwah adiknya, Ainul Mardiah. “Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“INI KALI KETIGA KAMI DIBERI UJIAN KEMATIAN APABILA DUA BERADIK SAYA JUGA DIJEMPUT ILAHI AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA SERTA LEMAS DI PAYA,” KATANYA.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Sumber: Harian Metro dan Sinar Harian 
Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Perempuan Austime 5 Tahun Lemas Di Taman Tema Air
Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun Lemas, Terjatuh Dalam Tasik
Lemas, Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi-manda Di Sungai Balak
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Lemas Dalam Tali Air, Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis, Ibu Pengsan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lemas-dalam-tali-air-bapa-naikkan-jasad-anak-perempuan-sambil-menangis-ibu-pengsan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Henti Lap Air Mata Anak Sulung Ina Naim Menangis Lihat Ibu Nikah Undang Sebak Warganet

Hiburan Tak Henti Lap Air Mata Anak Sulung Ina Naim Menangis Lihat Ibu Nikah Undang Sebak Warganet

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 134 hits
Anak sulung Ina Naim iaitu Ehmad Hadie Elfardie 16 yang tidak dapat menahan sebak apabila ibunya kembali bergelar isteri telah mengundang perhatian warganet Menerusi perkongsian video di media sosial Hadie yang duduk di sebelah bapa tirinya...
Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini

Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 145 hits
Anak remaja jadi makin memberontak Fasa remaja adalah tempoh kritikal dalam kehidupan seseorang di mana pelbagai perubahan fizikal emosi dan mental berlaku Seringkali ibu bapa mendapati bahawa anak remaja mereka mula menunjukkan sikap yang ...
Perkara Yang Ibu Bapa Patut Elak Daripada Dikatakan Kepada Anak

Perkara Yang Ibu Bapa Patut Elak Daripada Dikatakan Kepada Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 217 hits
As a parents tak dinafikan kita mesti nak bagi the best untuk anak anak Kan Namun kadang kadang dalam keadaan tertekan atau tak sedar kita mungkin terucap kata kata yang bagi kesan besar pada jiwa dan perasaan mereka Perkataan yang kita ang...
Berpisah 7 Tahun Detik Perjumpaan Ibu Bapa Dan Anak Sulung Undang Sebak

Berpisah 7 Tahun Detik Perjumpaan Ibu Bapa Dan Anak Sulung Undang Sebak

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 154 hits
Terpisah selama tujuh tahun dengan keluarga adalah rindu yang tidak dapat terungkap Demi mencari rezeki buat keluarga adalah pengorbanan yang tinggi nilainya Lebih meruntun jiwa sepanjang perpisahan itu tidak dapat melihat momen anak didepa...
Guru Sedih Luah Rasa Kecewa Bila Ada Ibu Bapa Tak Hirau Tahap Pembelajaran Anak

Guru Sedih Luah Rasa Kecewa Bila Ada Ibu Bapa Tak Hirau Tahap Pembelajaran Anak

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 141 hits
Guru sedih luah rasa kecewa bila ada ibu bapa tak hirau tahap pembelajaran anak Ibu bapa bukan sahaja bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan anak anak mereka tetapi juga memainkan peranan besar dalam pendidikan Guru Sedih Luah ...
Tak Dapat Hadiah Motosikal Anak Bakar Rumah Ibu Bapa

Tak Dapat Hadiah Motosikal Anak Bakar Rumah Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 131 hits
KOSMOSuspek membakar rumah ibu bapanya kerana kecewa tidak dibelikan motosikal InstagramJAKARTA Seorang lelaki di Cirebon wilayah Jawa Barat tergamak membakar rumah ibu bapanya sendiri kerana berang permintaannya untuk dibelikan motosikal t...
Seorang Bapa Membonceng Skuter Dibawa Oleh Anak Perempuan Bawah Umur Tanpa Topi Keledar Mendapat Kecaman

Seorang Bapa Membonceng Skuter Dibawa Oleh Anak Perempuan Bawah Umur Tanpa Topi Keledar Mendapat Kecaman

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 222 hits
Budak bawa skuter bapa boncengKOSMOTangkap layar menunjukkan gadis itu menunggang skuter di tengah jalan sambil dibonceng oleh bapanya InstagramNEW DELHI Perbuatan seorang bapa di India membenarkan anak perempuannya menunggang skuter di jal...
Layan Anak Lelaki Macam Raja Tindakan Salah Patut Sama Rata Macam Anak Perempuan

Layan Anak Lelaki Macam Raja Tindakan Salah Patut Sama Rata Macam Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 156 hits
Baik anak lelaki mahupun perempuan semuanya perlu dilayan sama rata Jika anak perempuan diajar mengemas rumah anak lelaki perlu diajar lebih lagi supaya terbiasa dengan tanggungjawab ini Bukan dibiarkan layan macam raja Ini yang mak ayah pe...
Ramai Ibu Mampu Me Time Lewat Malam Setelah Anak Tidur

Ramai Ibu Mampu Me Time Lewat Malam Setelah Anak Tidur

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 138 hits
Sebagai seorang ibu dunia kita seringkali dipenuhi dengan tanggungjawab yang tidak berkesudahan Dari pagi hingga malam ibu ibu sibuk menguruskan keluarga memasak mengemas membantu anak anak dengan kerja sekolah dan pelbagai lagi Namun ada s...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi